Sunday, December 27, 2009

Andai ku tahu...kapan tiba ajalku




IPOH 26 Dis. – Seramai 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat, Sani Express terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, lapan kilometer dari Plaza Tol Ipoh Selatan di sini, awal pagi ini.

Nahas ngeri tersebut menyebabkan ada di antara penumpang putus kepala serta beberapa anggota badan lain.

Baca selanjutnya di bawah:


Utusan Malaysia Online - Berita Utama


Setiap kali ada kemalangan maut melibatkan bas ekspress, saya pasti akan terpanggil untuk melihat senarai nama yang penumpang yang maut. Sekadar berharap agar nama yang saya kenali tidak berada di dalam senarai yang maut mahupun cedera parah. Pastinya selepas ini pelbagai pihak akan mencanangkan pelbagai pelan tindakan untuk dipertimbangkan oleh pihak berwajib. Sebagai seorang pemandu kenderaan, pengguna perkhidmatan bas dan rakyat Malaysia, saya menyeru semua pemandu, penumpang bas dan rakyat Malaysia memulakan perjalanan anda dengan berdoa. Berdoalah kepada Allah dengan memohon perlindungan dan keselamatan semasa bermusafir...Insya Allah, terpelihara hendaknya. Sekian dahulu wassalam.



Tuesday, December 15, 2009

PETRONAS : Retro sekejap bro...


Salam semua....

Hari ini saya nak kongsikan sejarah PETRONAS yang cukup mencabar di awal penubuhannya. Rasanya ramai yang tak tahu betapa hasil bumi Malaysia pada suatu ketika telah dikerjakan sewenang-wenangnya dengan cukup lumayan oleh syarikat asing. Saya terpanggil untuk menyiarkan kisah ini setelah membaca satu buku yang bertajuk Tuah dan Jebat di PETRONAS. Saya syorkan semua rakyat Malaysia membaca buku ini untuk sedikit pencerahan betapa selama ini negara kita telah dijajah dari luar dan dalam.

Saya terpanggil untuk menyiarkan temuramah ini yang baru sahaja ditemui di You Tube sebentar tadi. Sila klik di link untuk mendapatkan keseluruhan sessi temuramah ini. Bolehlah dikatakan satu ringkasan daripada kisah panjang yang telah ditulis di dalam buku tersebut. Selamat bersiaran.....wassalam.

Sunday, December 6, 2009

Hidup Adalah PR - Episod 3

Salam buat semua...

Dah dua kali kisah PR menjadi pilihan saya, bukan niat nak tunjuk 'terra'sekadar berkongsi cerita. Kepada anda yang masih belum cukup yakin, satu lagi kisah saya akan kongsikan berkenaan kejayaan manusia biasa dengan PR yang luar biasa. Dengan PR yang baik, beliau dan rakan-rakan telah berjaya menubuhkan sebuah syarikat yang kini menerajui bidang IT iaitu Microsoft.

Tentu sekali semua yang membaca blog ini kenal pengasas Microsoft yang sekali pandang sahaja dah tampak jelas muka 'geek'nya . Saya bukanlah pengkagum manusia yang bernama Bill Gates ini, namun agak seronok juga menjejaki kisah peribadi beliau daripada seorang 'geek' menjadi jutawan beliana....

Untuk meringkaskan cerita, saya syorkan semua pembaca sila lawati kisah beliau dan rakan-rakan di sini. Al-kisahnya sekumpulan anak muda dengan PR yang cukup baik dan keyakinan tinggi telah di'sedekahkan' perisian penting daripada syarikat Xerox dan Apple Inc. (Biarpun mereka selepas itu telah menciplak perisian tersebut). Kecemerlangan PRlah yang sebenarnya telah mengubah Microsoft daripada sebuah syarikat cap ayam kepada peneraju bidang IT sehingga kini. Anda masih tak percaya? Saksikanlah sendiri keseluruhan di bawah...Sekian dahulu wassalam.


Petikan daripada filem Pirates of Silicon Valley:

Wednesday, December 2, 2009

Aku menulis bukan kerna nama..


Salam semua...


Sejak dua minggu ini semangat untuk menulis kembali menjelma, abu-alfateh bagaikan mati hidup semula. Saya sebenarnya ada berhasrat untuk menutup terus akaun blog ini dek kerana geram pada tulisan nyamuk yang bersepah-sepah bagaikan sampah-sarap yang tak terkutip di bandaraya Alor Setar. Tulisan yang hampir membuat saya membakar terus jejaringan kelambu di alam blog yang sejak kebelakangan ini menyesakkan dada. Pelbagai cerita timbul di sini dan sana, perbagai persepsi diulas oleh semua, mengaku pandai dan bijaksana, walhal sikit jer betul lebihnya autaa....Bak kat arwah seniman idola saya, "tompok-tompok taik unta!".

Semua orang samada yang pandai berkata-kata mahupun si bisu boleh sahaja mengarang cerita di dalam blog masing-masing. Dah menjadi adat manusia, semua orang yang menulis akan cuba meyakinkan orang ramai akan kebenaran tulisannya. Saya menulis bukan untuk menyalahkan sesiapa, namun saya agak khuatir dengan perkembangan semasa. Bimbang dan khuatir kerana manusia tetap manusia biarpun ilmunya bertahta. Bimbang dan khuatir kerana syaitan menggoda mengikut kasta. Kasta rendah mudah jer tarinya dan kasta tinggi rentaknya berbeza.

Pada hemat saya yang serba dhaif ini, orang yang hebat ilmu dan amal seringkali digoda dengan ujian riak dan ta'jub. Bila kedua-dua godaan itu dah masuk jarum, syaitan akan membisikkan pula unsur kesombongan yang membuak-buak. Pada hemat saya yang dhaif ini juga, saya rasa ada sebahagian kecil blogger dah termakan jarum ketiga syaitan ini. Apabila rating pengunjung mereka dah mencecah ratusan ribu malah sehingga angka juta, secebis komen yang menyokong artikel yang ditulis akan dianggap bagaikan Mohor Diraja.....

Atas sebab inilah saya ada kalanya menyampah dan merajuk untuk memblog namun semangat menulis yang kembali inipun adalah atas sebab yang sama. Biarpun pengunjungku tidak seberapa, biarpun suaraku bagaikan tiada gema, aku menulis bukan kerna nama....Kalau ada yang terasa maaf ku pinta, salah silapku bukan disengaja. Lain hari kita sambung ceritaaaaaa....wassalam.





Monday, November 30, 2009

Hidup Adalah PR - Episod kedua



Salam semua...

Pernah di suatu hari seorang kawan baik saya naik angin di pejabat dek kerana satu perkara yang boleh dikatakan agak kecil. Kawan saya ini mendapat satu email daripada bossnya pada jam hampir 5 petang meminta untuk disediakan satu tugasan penting. Hal ini berlaku sehari sebelum beliau bercuti panjang pada esok harinya. Biarpun dah menjadi kebiasaan kami, waktu pulang dari pejabat adalah sama dengan waktu lembu pulang ke kandang dan ada kalanya pula seperti ayam masuk ke reban, tugasan sedemikian sepatutnya diberikan lebih awal.....

Tindakan sang ketua yang seolahnya dah terover bossy melihatkan cara dia meminta dilakukan tugas itu di kala hampir tamat waktu rasmi pejabat. Kawan saya yang pada hari itu juga secara kebetulan terpaksa menumpang ke pejabat kerana keretanya dah semput, terkial-kial menyiapkan kerja tersebut. Sesudah siap, dia pun menghantar laporan melalui email dengan harapan semua kerjanya telah dibereskan seadanya. Sayang sekali, harapan tinggal harapan.

Sang ketua telah membalas email dengan satu pertanyaan ringkas namun perlu pula jawapan segera. Kawan saya terus membalas email tersebut sambil menggelengkan kepala tanda dah fedup. Sang ketua membalas lagi email dengan satu soalan ringkas lain yang juga terus dijawab kembali email tersebut oleh kawan saya sambil menjerit stupid lah!. Perkara ini berlangsung beberapa kali sehinggalah kawan saya memberi satu jawapan bodah untuk mematikan soalan seterusnya.

Moral daripada cerita ini....PR perlu dilakukan secara terus dan bersifat fizikal. Janganlah sesekali belasah dengan email sahaja dan mengharapkan orang lain faham sepenuhnya apa yang ingin kita arahkan, nyatakan, sampaikan dan apa saja yang berkaitan dengannya. Saya tak nafikan ada kalanya SMS daripada pasangan anda dengan ayat berbunga-bunga lebih bermakna daripada bercakap berjam-jam. Namun dalam keadaan kritikal seperti kes di atas, email dan SMS rasanya perlu dihadkan.

Kawan saya tentu sekali dah dicop oleh boss. Tak pasai-pasai juga si boss dapat panggilan stupid bahkan menerima jawapan yang poyo daripada anak buah sendiri. Kalaulah ada di antara mereka berdua yang sanggup mengangkat gangang telefon, takkan seburuk itu kesudahannya. Diharapkan kisah ini dapat memberikan manfaat buat yang sudi membaca dan buat penulis sendiri..apa-apa pun PR mau baik brader, sekian wassalam.

Monday, November 23, 2009

Hidup adalah PR


Salam semua...

Hari ni saya teringat kembali kata-kata seorang sahabat yang agak senior semasa bekhidmat di Penang Port dahulu. Saya berjumpa beliau semasa sedang mengambil ubat di klinik. Kata beliau, "Azam, hidup ni PR (Public Relation) saja...hang pandai bawa diri dengan manusia, Insya Allah hang mudah la nak idup". Saya sekadar mengiyakan kata-kata beliau tanpa berfikir sangat maksud yang tersirat. Mungkin kerana saya rasa hidup ini bukanlah semudah itu untuk digambarkan.

Setelah lebih setahun setengah saya meninggalkan Penang Port, saya kembali terfikir bahawa mungkin ada benarnya kata-kata tersebut. Hidup ini adalah PR atau muamalah kita sesama manusia dan kita juga berPR dengan Dia yang Maha Mengetahui. Apabila kita bereskan kedua-dua perhubungan ini, Insya Allah kehidupan ini akan lebih terasa maknanya. Nak cerita panjang tak sempat la pulak. Bab-bab cerita panjang nanti-nantilah yer. Apa-apa pun diucapkan selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha kepada semua pengunjung yang Muslim dan wassalam.

Saturday, October 31, 2009

Rileks kejap ngan Bro Yusuf

Salam semua....

Sesekali layan lagu bro Yusuf Islam terasa la rileksnya...kelasss abg Yusuf ni, lagu dan lirik sama naik. Teringat plak kat arwah ayah yang dah lebih 10 tahun meninggalkan kami skeluarga. Al-Fatihah untuk ayahku yang tercinta...sekian wassalam.


Saturday, October 10, 2009

Apo kona eh jang...versi N31

Salam semua,

Moh kite dengar lagu klasik orang neghori nie. Biarpun audio ngan lontaran suara penyanyi tak berapa ngam...lirik dia ada mesej buat para pengundi esok. Kalu BN tak menang kali ni, rasanya 'kecederaan' Datuk Azezzz Khan boleh melarat sampai masuk ICU. Apa-apa pun selamat mengundi buat semua orang Bagan Pinang yer...wassalam.


Saturday, October 3, 2009

Berniaga Kembali...Ayuh Hidup Sihat!

Salam semua....

Sedar tak sedar, dah hampir dua bulan saya tak 'update' blog. Bukan sibuk yang menghalang, bukan masa yang membatasi...saya sebenarnya kurang motivasi. Motivasi yang semakin membasi dek kerana terlalu membaca blog politik yang sukar untuk dilepaskan setiap kali menyentuh laptop. Cerita demi cerita, andaian demi andaian, tuduhan tak pernah padam, semua pihak tak nak kalah, semua pihak nak tunjuk handal, sesama kawan kata hang aku, rakyat jelata haru biru.

Tambahan pula ketika balik beraya di Alor Setar 'Bandaraya Sampah' bebaru ni statusnya masih kekal seadanya, pi mai pi mai duk tang tu jugak. Habislah pahala puasa saya duk mengutuk si juara sampah sewaktu dia tak jadi YB dulu....hampeh duk ada. Namun dengar katanya, Alor Setar akan berseri semula November ini. Janji yang diberikan oleh MB Kedah, untuk menyelesaikan masalah sampah menyampah ini. OK la tu, janji boleh selesai harapnya...jangan janji tinggai janji, masuk buah keluar biji....

Sebenarnya di sepanjang 2 bualan saya menyepi, saya sibuk mentelaah kaedah untuk kembali berniaga. Dah lama sangat saya tak berniaga, biarpun itu adalah cita-cita utama saya setelah bergelar mahasiswa. Portal mudah.my sentiasa dikunjungi untuk melihat barang-barang yang sering diiklankan, dan saya turut sesekali mengiklankan beberapa produk untuk 'test market'. Saya juga turut membaca tulisan beberapa penulis seperti Chef Li dan Azizi Ali untuk mendapatkan kembali 'feel' menjadi peniaga. Bukan duit yang menjadi dorongan, minat terhadap perniagaan sebenarnya yang membuatkan hati ini sentiasa terpaut untuk kembali 'aktif' seperti dulu-dulu.

Sejak bersekolah lagi saya aktif berniaga, bermula di stadium Darulaman kemuadian di tapak pesta, saya menjual belon dan pelbagai jenis kekacang. Semasa di universiti juga tak kurang hebatnya bisnes juga yang saya majukan, dengan menjadi 'tokey' kertas A4, perkhidmatan photostat, makanan segera tak segera pun ada, macam-macam adaaa.....Habis je belajar saya terus membuka bisnes kecil-kecilan dengan modal sendiri, kedai photostat dan perkhidmatan lain yang sewaktu dengannya. Sayang sekali, bisnes hanya mampu bertahan setahun sahaja setelah saya mendapat tawaran berkhidmat di Penang Port. Semasa di Penang Port juga minat berniaga masih membara, masa terluang dihabiskan dengan membungkus kekacang dan keropok untuk dihantar ke kedai dan kantin kilang. Pendek kata, namakan apa saja produk keperluan harian, saya pasti tahu harga borongnya ketika itu. Kini, semuanya tinggal kenangan....

Dengan kesibukan dan penat lelah di pejabat dan masa yang diluangkanbersama keluarga, saya selesa sekadar menjadi pembeli semata-mata. Sesekali geram juga untuk kembali berniaga, namun dipendamkan sahaja cita-cita itu menjadi angan-angan. Sehinggalah sejak sebulan lepas setelah saya membaca satu buku karangan Chef Li bertajuk OKB, Orang kaya Bertaqwa. Saya seolahnya seperti dikejutkan dari mimpi. Mimpi yang membuai diri ini semenjak mendapat rezeki berganda menerusi pekerjaan baru dan anak pinak. Saya terasa perlu untuk melakukan sesuatu untuk memenuhi impian dan cita-cita.

Mungkin ada hikmahnya saya masih belum bergelar peniaga sepenuh masa, namun berazam untuk kembali ke gelanggang asal sebelum di mamah usia. Buat masa ini, biarlah saya usahakan dahulu perniagaan yang saya minati secara sambilan dan masa hadapan saya serahkan kepada yang Esa untuk menentukan. Saya masih setia bersama majikan dan saya juga masih bersemangat untuk meneruskan tugasan harian. Perniagaan hanyalah usaha sampingan untuk mengisi ruang kosong yang terluang sambil membantu mereka yang memerlukan. Insya Allah saya akan sediakan perkhidmatan "berbekam" di sekitar kawasan bandar Kuantan ini sebagai permulaan. Inilah langkah pertama saya untuk kembali berniaga...doakan saya maju jaya. Sekian dahulu, wassalam.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan....





Salam Ramadhan buat semua...

Malam ini saya bersolat di tepi kaki lima masjid dek kerana terlewat sedikit kepergian ke masjid untuk bersolat Isya'. Jemaah di masjid hampir sama dengan solat Jumaat siang hari tadi....Alhamdulliah. Andai kata semua manusia dapat melihat rahmat dan ganjaran yang diberikan Allah terhadap solat berjemaah di rumahNya ini...besar kemungkinan saya hanya solat di atas jalam raya. Andai kata Allah memperlihatkan pula balasan yang menanti mereka yang meninggalkan solat Isya'...emmm saya sendiri tak pasti ceruk mana yang boleh saya tempatkan dahi ini untuk bersolat. Namun hanya Allah jua yang mengetahui nilai sebenar kebajikan hamba, balasan sebenar kebejatan penderhaka, baik buruknya perilaku kita semua. Kepada yang membaca...saya pohon ampun dan maaf tak terhingga andai kata tersalah dan terkasar bahasa. Marilah sama-sama kita berdoa, di bulan mulia malam berbahagia, muga diberikan rahmat, dilindungi bala...ameeen. Wassalam

Saturday, July 25, 2009

Tips berguna daripada Grant Cardone

Salam Semua...

Biarpun kesan kemurungan ekonomi dunia dah hampir kurang terasa, biarpun pasaran kerja dah kembali tenang, biarpun tiada tanda-tanda jelas bahang ekonomi dah menyusahkan 'majoriti' rakyat Malaysia....air yang seolahnya tenang ini sebenarnya masih ada buaya. Hari ini saya nak kongsikan suatu beberapa tips berguna yang disampaikan oleh Grant Cardone dalam bentuk klip video.

Saya mulanya tertarik dengan beberapa siri video beliau di You Tube kerana penjelasannya berhubung kegawatan ekonomi agak lain daripada lain. Silalah lawati sendiri siri pembicaraan beliau di You Tube untuk penjelasan selanjutnya. Sebagai 'buah mula' saya sertai di bawah ini 2 klip menarik daripada beliau.Selamat bersiaran....wassalam.



Wednesday, July 15, 2009

Kajian umur Saydatina Aishah ketika berkahwin..


Salam semua....

Tajuk posting kali ini lebih 'berat' daripada biasa. Bagi pembaca yang sering ke laman yang membicarakan ilmu-ilmu Islam dan yang seangkatan dengannya, ia bukanlah satu isu baru. Telah ramai umat Islam yang sedar tentang isu ini, namun masih ramai lagi yang kuat berpegang kepada hadith daripada Sahih Bukhari menyebut umur 6 dan 9 tahun sebagai rujukan kepada usia Saydatina Aishah R.A semasa bernikah dan tinggal bersama dengan baginda Nabi S.A.W. Terlebih dahulu, ingin saya nyatakan di sini bahawa tiada langsung niat di hati ini untuk berlagak pandai dan jauh sekali untuk menidakkan keilmuan para ulamak, tuan guru dan ustaz yang telah gigih menyampaikan ilmu Islam sejak zaman-berzaman.

Kajian pemurnian umur sebenar Ummu Mukminin telah dijalankan oleh beberapa Ulama Hadith di sebelah India-Pakistan sejak sekian lama. Saya hanyalah sekadar berkongsi kajian tersebut agar pembaca dapat menilai dan merujuk kepada mereka yang lebih pakar. Sejujurnya, saya sendiri masih belum dapat mendalami perkara ini melainkan 'logik' daripada kajian ini terlalu sukar untuk dipertikaikan.

Terdapat dua sumber yang boleh dirujuk pembaca iaitu di dalam versi bahasa Inggeris yang dilakukan oleh Maulana Muhammad Farooq Khan dan kajian Hazrat Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi (almarhum) yang diterjemah ke dalam bahasa Malaysia. Untuk memudahkan semua, saya petik sebahagian daripada link tersebut di bawah ini. Selamat menelaah....wassalam.


Sedikit petikan untuk membuka minda :

(1) Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya enam tahun), dan mula tinggal bersama suaminya s.a.w. ketika umurnya 19 tahun (bukannya sembilan tahun) selepas peristiwa Hijrah ke Madinah.

(2) Umur Saidatina Khadijah r.a. adalah 25 tahun (bukannya 40 tahun ) semasa beliau mengahwini Nabi Muhammad s.a.w. yang mana pada ketika itu juga turut berumur 25 tahun. Khadijah r.a. bukanlah seorang wanita yang tua semasa berkahwin dengan Rasullullah s.a.w., malah kedua-duanya adalah sebaya. Nabi s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama dengan seorang wanita sebaya di mana mereka memperoleh empat orang anak perempuan dan tiga orang anak lelaki. Mereka saling menyayangi dan menghormati satu sama lain, dan menikmati kebahagiaan hidup bersama.

(3) Anak perempuan Nabi s.a.w., Saidatina Fatimah r.a. telah dilahirkan di Mekah sebelum Nabi dilantik sebagai rasul, dan telah berkahwin dengan Saidina Ali r.a. di Madinah pada usia yang sesuai iaitu 19 tahun (bukannya sembilan tahun).Beliau telah berjaya membuktikan bahawa Muhammad s.a.w., rasul terakhir, adalah manusia yang paling agung di alam semesta ini dan juga pembimbing serta guru yang terhebat di kalangan umat manusia, tidak mengahwini seorang wanita tua demi kekayaan, juga tidak mengahwini gadis bawah umur (yang berumur sembilan tahun). Baginda ialah seorang yang tinggi adabnya dan bertamadun dan hidup dalam masyarakat yang bertamadun, di mana perkahwinan di bawah umur adalah sesuatu yang hina.Jadi, bagaimana mungkin baginda s.a.w. mengahwini seorang kanak-kanak yanh masih mentah ? Dan juga beliau berjaya membuktikan bahawa tiada perbezaan umur di antara baginda dan Saidatina Khadijah r.a., sorang janda muda, yang mana menunjukkan bahawa baginda melepasi masa mudanya bersama dengann seorang wanita yang sama padan iaitu seorang bangsawan yang telah mendapat gelaran ‘Wanita Suci’ semasa Zaman Jahiliyah di Mekah.

Tuesday, July 14, 2009

Steve Jobs yang pandai bersembang..

Salam semua...

Saya baru sahaja selesai menjalani satu latihan untuk menjadi 'Trainer' sepanjang minggu lepas. Selesai latihan, saya mula membelek-belek di You Tube perihal mereka yang pakar dalam bidang ini...maksud saya pakar sembang! Pakar sembang ini jauh bezanya dengan mereka yang sembang kemaih (cakap besar) mahupun yang loyar buruk (merapu).

Antara pakar (sembang) penyampai yang saya maksudkan adalah Steve Jobs, peneraju Apple Inc. Biarpun saya bukanlah penggemar mahupun pembeli 'gadget' keluaran Apple, namun teknik penyampaian CEO nya sesuatu yang perlu saya pelajari.

Silalah tonton klip di bawah untuk belajar beberapa teknik penyampaian berkesan daripada beliau...sekian wassalam.



Sunday, June 28, 2009

Imunisasi...Pemulihan atau Industri?

Salam semua...

Dah lama sebenarnya saya nak buat satu posting berkaitan baik buruknya mendapatkan suntikan vaksin. Namun dek kerana terfikir, saya bukanlah jenis manusia yang suka membuat kajian ilmiah, saya kendurkan dahulu niat tersebut sehinggalah dah hampir setahun berlalu. Hampir 12 bulan lepas Reezam, seorang kawan saya di Kulim menelefon bertanyakan sebarang petua atau doa untuk anaknya yang demam tak kebah selepas di'cucok' imunisasi bulan yang ke-18. Pelbagai cara telah beliau usahakan untuk mengatasi masalah kesihatan anaknya yang datang silih berganti. Sejak daripada peristiwa itulah saya mula menelaah di Youtube...

Biarpun bacaan di Youtube bukanlah setaraf belajar dengan seorang guru mursyid, jauh sekali untuk saya yakini seratus peratus kebenarannya...saya tak boleh nak menolak 100% kandungannya. Dari Youtube jugalah saya mengetahui bahawa satu dunia dah dikelentong hidup-hiudp oleh Amerika dan konconya berhubung isu Pemanasan Global (satu isu yang saya sangat yakini mengarut sejak lama dahulu).

Sesungguhnya semua kuasa besar dunia moden ini bergantung kepada ekonomi! Bagi mereka ekonomi ada Tuhan! Mereka ini menguasi dunia dengan pegangan ekonomi mereka dan pengawalannya secara berleluasa (termasuklah dengan kuasa undang-undang) agar diterima pakai oleh manusia lain. Mungkin sahaja kita adalah antara manusia lain yang masih lemah pengetahuan (teknologi dan sebagainya) dan percaya bulat-bujur-melintang dengan apa sahaja isu yang dilagukan oleh puak 'dajjal' ini. Kesannya..habis duit sedunia dibelanjakan kepada sesuatu yang entah betul entahkan tidak....ala-ala membeli barangan "Direct Selling" la jugak.

Kembali kepada tajuk imunisasi, saya harap pembaca sekalian dapat berlapang dada dengan pandangan alternatif daripada Dr Leonard Horowitz. Isu ini dibawa sebagai pertanyaan yang perlu dicari sendiri jawapannya, samada pembaca nak percaya atau tidak...terpulanglah. Bacalah daripada sumber alternatif, lihat dari pelbagai sudut, berdoalah agar diberikan petunjuk dan akhirnya yakinlah dengan suara hati anda...Wallahua'lam dan wassalam.

Selamat bersiaran dan teruskanlah menelaah....

Saturday, June 20, 2009

UG : Ulasan Ust Ahmad Awang dan Saifulislam..mesti baca

Salam semua......

Sejak bermulanya perang mulut antara dua pemikiran yang berlaku di dalam parti PAS bebaru ini, ramai yang gelisah dan tak kurang juga yang dah naik darah. Tinjauan saya ketika melawat ke blog yang menyokong mahupun yang menentang isu UG (Unity Govt.) ini, rata-rata moodnya hampir sama. Yang menyokong menghentam puak berlawanan dan begitulah pula pihak yang satu lagi....."pi mai-pi mai tang tu".

Saya sendiri terasa juga nak turut serta dalam acara maki hamun di dalam blog berkenaan, namun setiap kali pendapat saya dilontarkan ada sahaja masalah yang timbul menyebabkan ulasan saya tak dapat tersiar.....sehinggalah ke hari ini. Saya diketemukan dengan satu tulisan yang agak adil dan boleh diketengahkan untuk bacaan umum. Silalah baca sendiri kedua-dua laman di bawah untuk mengetahui lebih lajut apa yang yang saya maksudkan.

Harapan saya hanyalah satu, agar semua kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa bersejarah ini dan 'dikembalikan' ke jalan yang benar. Selamat membaca .



Baca selanjutnya di Greenboc :


"Sehingga hari upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak (Dato’ Seri Haji Nizar Jamaluddin) agen UMNO masih lagi datang menemui saya di perkarangan Istana Iskandariah. Sehari sebelumnya Dato’ Zahid Hamidi mengejar saya untuk pertemuan 4 mata dengannya tetapi beliau gagal berbuat demikian apabila saya meminta pihak polis mengawal rumah saya (rujuk posting berkenaan tahun lepas).

Bayangkanlah bagaimana perasaan saya atau sesiapa juga seperti yang saya alami tiba-tiba mendapat tahu kemudian Pimpinan Tertinggi PAS berunding dengan UMNO untuk membentuk kerajaan PAS bersama UMNO/BN. Walaupun saya hanya mengetahuinya selepas kira-kira 2 bulan kemudian, saya tetap terasa amat pelik dan tersentuh dengan tindakan pimpinan itu. Apahal pun saya menerimanya kerana ia sudah menjadi perkara akademik dan sejarah sahaja. "



Baca selanjutnya di Saifulislam :


Harakahdaily tiada maklumat.

Laman web rasmi PAS tiada maklumat.

Usrah masih bertatih untuk mengecap nilai efisyensi.
Dan dalam masa yang sama Mursyidul Am berkata sesuatu manakala Tuan Presiden berkata sesuatu yang lain.


Alasan manipulasi media sudah tidak laku kerana PAS serta sesiapa sahaja mempunyai 1001 ruang untuk menyatakan apa yang tidak boleh dinyatakannya di media milik UMNO atau Barisan Nasional. Mana mungkin penjelasan dilewat-lewatkan, berulang-ulang kali… tanpa menjangkakan kerugian dan kemalangan menimpa PAS akibat sikap tidak kompeten seperti ini.

Jangan nanti alasan ‘ada benda yang orang tidak boleh tahu’ diulang berkali-kali sehingga massa pun sudah malas untuk ambil tahu.

Era perang digital, jangan lagi membawa sikap analog yang membinasakan.

Thursday, June 18, 2009

Baik dan buruknya Sampah...


Salam semua....

Terkejut beruk peminat politik satu Malaysia apabila Tn Guru Mursyidul Am menyebut "sampah" semalam. Namun saya sebenarnya masih men'sampah' dengan masalah sampah sebenar yang masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Kedah. Bagi pembaca yang masih tak paham maksud saya, sila rujuk ke link 1 dan link 2.

Mungkin bagi sesetengah orang, soal sampah bukannya perkara besar, tak perlu disegerakan....terpulanglah. Jangan sampai ada yang di'tong sampah'kan nanti bila PR13 sudahlah. Teringat pula saya kisah seorang rakan yang pernah bekerja dengan Alam Flora sebelum berkhidmat di Penang Port dahulu. Suatu hari, keretanya secara kebetulan mengikuti sebuah lori sampah maka si isteri terus mengeluarkan komen negatif perihal bau daripada lori tersebut. Sahabat saya dengan tenang menjawab, "Busuk-busuk pun, sampah ni la yang duk jadi sumber rezeki kita dulu". Hebat juga falsafah kawan saya sorang ni....tahap wali!

Akhir kata, saya tak berniat menyinggung mana-mana pihak dan tak pula nak menyokong sesiapa. Sampah tetap sampah, biarpun ia memberi manfaat kepada golongan tertentu. Sebagai Muslim, saya dipertanggungjawabkan untuk menjaga kerbersihan diri dan alam sekitar maka sampah perlu dibuang seadanya. Samada sampah di Bandaraya Aloq Setaq mahupun "sampah" yang TGNA maksudkan, tolonngggglah sesiapa yang berkaitan tengok-tengokan yer! Sekian wasalam.

Monday, June 8, 2009

Mari 'Muqobalah' dengan Amerika pulok...

Audience members listen to a translation through headphones as U.S. President Barack Obama speaks at Cairo University on June 4.


Salam semua....

Tajuk di atas hanyalah cetusan hati penulis setelah kalahnya Abang Mat di dalam pemilihan tempoh hari seperti yang diduga ramai pihak sedari awal. Terlepas lagi peluang penulis nak mendengar celoteh Abg Mat sebagai Timbalan Presiden selepas tak kesampaian mendengar syarahannya di Parlimen. Biarlah Abang Mat tak bergelar ulama, tak juga diterima sebagai ahli dalam bidang profesional...namun lubang hidungmu tetap menjadi pooojaan hatiku.

Cukuplah dengan soal pemilihan pemimpin, saya nak kongsikan secebis kisah yang berlaku di Mesir pada 4 Jun yang lalu. Berlaku suatu peristiwa yang jarang-jarang didengari oleh anak Melayu dulu, kini dan harapnya tidaklah selamanya. Seorang Presiden kepada sebuah negara yang amat tidak popular di kalangan umat Islam telah membicarakan ucapan dan petikan Ayat Suci yang hanya popular di bibir umat Islam. Terdapat pelbagai reaksi daripada pertubuhan Islam seluruh dunia berhubung peristiwa ini, samada yang bersifat pro dan kontra. Namun saya menyeru semua pembaca agar membuat penilaian sendiri dan cuba renungkan apa yang tersurat dan kalau boleh yang tersirat. Kalau nak lebih jelas lagi, ajaklah sesapa yang patut untuk ber'Muqobalah' dengan Barack Obama selepas ini yer...Selamat bersiaran, wassalam.






Wednesday, June 3, 2009

Mari kita lihat siapa yang kena ....



Salam semua,

Jika anda perlu memilih seorang ketua daripada 8 orang yang sahabat di dalam gambar di atas, yang mana satukah agaknya menjadi pilihan hati anda? Untuk makluman, kesemua mamat ni adalah sama bijak, terkedepan, jurus dan berkepimpinan. Mungkin ada yang berkata nanti "Lantaklah! Kalau sekadar mai cerita ja, Pekan Rabu pon belambak"...(bak kata orang Kedah)

Saya nak kongsikan suatu kisah yang berlaku semasa menjadi panel penemuduga anggota bomba di pelabuhan. Semua yang hadir temuduga sudah lulus 5 ujian fizikal termasuklah mengangkat berat, naik tangga, panjat tali, menjulang tangga dan berenang. Akhirnya saya mendapat ilham untuk membuat keputusan berdasarkan contoh tulisan mereka...Rasionalnya, ciri fizikal mereka hampir kesemuanya sama, mereka juga telah lulus kesemua ujian fizikal. Saya cuma perlukan satu ciri tambahan iaitu kebolehan menulis untuk mencatat buku log harian, agar semua di balai faham aktiviti yang dicatatkan.

Menjelang musim muktamar PAS kali ini, banyak la pulak berkumandang di sana sini suara yang mengkritik dan memuji terhadap individu tertentu. Namun banyak yang lebih bersifat sumbang dan lebih 'sensasi' daripada realiti. Tak pasti yang mana satu betulnya atau yang direka-reka. Sebagai pembaca, janganlah pula kita terlalu cepat membuat keputusan hanya berdasarkan cerita-ceriti ini. Lidah yang bercakap tak bertulang, tangan yang menulis fitnah, tak makan saman. Nasihat saya, berhati-hatilah...(saya memilih untuk tidak meletakkan sebarang link kepada tulisan yang berbaur fitnah ini)

Kesimpulannya, kita tak boleh menilai seseorang berdasarkan apa yang dilihat dan apa yang digambarkan oleh orang lain kepada kita. Kita perlu menilai seseorang itu berdasarkan kerja buatnya dan rasionalkan dengan apa tugas yang patut mereka jalankan kemudian hari. Jangan pula nanti ada yang terpaksa membaling dadu bak kata Pak Brahim Pendek, "Mari kita lihat, siapa yang kena...".
Kepada semua perwakilan, saya doakan selamat bermuktamar dan selamat memilah pemimpin. Sekian dahulu, wassalam.

Thursday, May 21, 2009

Ada apa dengan RM1.3 juta....?

Salam semua....

Minggu lepas semasa berbual-bual dengan sepupu sebelah isteri di Jitra, dia sempat berkongsi sebuah kisah perihal seorang VIP yang terkenal seantero Malaysia. Sepupu saya ini bekerja sebagai penyelia projek untuk kerja-kerja baik pulih di rumah hartawan belionar tersebut. Sebagai anak jati Kedah, dah jadi suatu kelaziman bagi anak Kedah jika menceritakan sesuatu, pasti dengan bersungguhnya ala-ala pulun tahap gaban.

"Hang agak-agak berapa harga pintu rumah dia?", tanya beliau kepada saya sambil tersengeh dan mengangguk-angguk. "Tah la...dalam 20 ribu la kot, pintu rumah nak mahai tera mana sangat", saya membalas dengan muka toyo."Banyak la 20 ribu hang, 1.3 juta!"

Erkkk....saya terus menghirup kopi biarpun langsung tak terasa dahaga. Di dalam hati, saya berkata sendirian, "Murahnya harga duit bagi orang berada, mahalnya harga kesenangan bagi si papa". Ya Allah jauhkanlah diri ini daripada menjadi golongan yang boros berbelanja, Ya Allah jauhkanlah juga diri ini daripada menjadi golongan yang kedekut menderma...ameen. Sekian dahulu wassalam.

Monday, May 11, 2009

Wabak H1N1..atau manusia berhati "swine"


Salam semua....

Mungkin ada pembaca yang dah sedikit bosan menunggu artikel terkini daripada laman ini, maafkan saya...nak pohon derhaka pun malu, dah lama dahhhhhh. Cumanya saya pohon juga perhatian pembaca budiman untuk tidak menulis perihal politik negara yang dah terlebih kuah, daun kari dan yang seangkatan dengannya. Sungguhpun demikian, bohonglah saya andai kata sedikit perselisihan pendapat yang berlaku disebabkan artikel "Kerja-kerja bodoh di dalam PAS" tidak menarik perhatian ini. Saya sebenarnya dah kembali menjenguk ke blog politik disebabkan artikel ini semata-mata nak mengetahui perkembangan terkini dan kesannya terhadap parti PAS. (Meskipun suatu ketika dah 'declare' tak mau nak ambil pot lagi....merajuk la kunun)

Sebenarnya ada benda yang saya nak kongsi bersama pada posting terbaru ini, sesuatu yang sukar dibuktikan namun perlu difikirkan dan dikaji sendiri kebenarannya oleh pembaca . Saya pernah menulis tetang Spanish Flu, suatu masa dahulu dan saya juga pernah membayangkan konspirasi jahat yang berlaku di dalam dunia hari ini melibatkan juak-juak kuasa ekonomi besar dunia. Namun, jika anda klik pada semua pautan tersebut, saya tidak pernah sekalipun menceritakan secara detail bentuk dan program jahat yang dirancang oleh mereka ini. Apa paedahnya buat posting camni, sekadar nak kasi orang pening kepala baik tak payah. Bukan berniat untuk mengusutkan otak pembaca, saya lebih suka agar pembaca dapat membuat sedikit kajian sendiri berhubung sesuatu isu yang dilontarkan.

Untuk permulaan ini, saya cadangkan para pembaca sekalian cuba klik pada dua pautan di berikut berkenaan dengan kisah selsema babi dan konspirasi jahat Amerika di sebaliknya. Selepas anda membacanya, sila cari sendiri samada terdapat kebenaran pada artikel tersebut. Nasihat saya agar anda tidak terlalu runsing dan gelisah dengan sebarang konspirasi jahat manusia....Demi mengejar kemewahan, demi menambahkan laba, manusia boleh menjadi haloba dan tamak daripada babi. Semewah, sehaloba dan setamak mana sekalipun manusia, dia masuk kubur juga akhirnya. Sekian dulu buat malam ini, wassalam.

Wednesday, April 29, 2009

Rezeki bertambah..syukur (updated)


Salam semua...

Dah lebih sebulah laman ini tak di 'update', entah jin apalah yang menyerang saya sehinggakan setiap kali nak dikemaskini blog ada sahaja yang mengganggu samada dalam bentuk teknikal mahupun kesihatan fizikal. Emm....inilah antara sedikit dugaan yang perlu dihadapai apabila nak bercakap bab jin dan setan ni. Kalu tak tahan dugaan, kena duk diam-diam la dulu.

Namun hari ini saya sempatkan juga mengarang. Alhamdulillah, semalam lebih kurang jam 9.10 malam emaknya Muhammad Nuruddin Al Fateh dah selamat melahirkan anak kami yang kedua di Klinik Al Farabi, Kuantan. Dilahirkan hampir 2 minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan. Syukur sangat...... kerana mudah pula lahirnya adiknya Fateh, biarpun tak merasa lagi lah mak toknya di Kedah nak menimang cucu perempuan. Sangat mudah dilahirkan dan kami juga dipermudahkan pula dalam banyak urusan berkaitan biarpun kali ini berada jauh dari keluarga. Nanti saya 'update' berita berserta gambar wajah-wajah berseri pada bulan ini, insya Allah.


Terkini :

Izzuddin Abdus Salam, nama bersempena seorang tokoh ulama silam dipilih bagi bayi kami yang kedua ini. Biarpun namanya sedikit klasik, mudah-mudahan ketokohan dan ketaqwaan ulama silam itu dapat tertempias pula ke gerbang rumahtangga kami hendaknya. Buat masa ini, Izzudin dimasukkan semula ke hospital untuk rawatan Jaundis (penyakit kuning). Insya Allah, hari ini mungkin permata hati kami yang kedua ini dibenarkan keluar daripada hospital.

Sepertimana yang dijanjikan terdahulu, saya sertakan sedikit koleksi gambar keluarga untuk tatapan bersama. Saya dan isteri juga mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih dan jazakallah di atas doa kalian semua buat kami sekeluarga saya....wassalam.
Fateh : "Yeyey...bang long dapat adik..boleh lawan-lawan...."


Wajah Izzuddin Abdus Salam, (ikut mak dia la pulok)


Fateh : "Hmmm kecik tettt adik Izzuddin ni, boleh lawan-lawan ke ngan bang long?...."

Sunday, March 22, 2009

Seni warisan Melayu


Salam semua...

Hampir semua berita di akhbar setiap hari sibuk membicarakan bab pemilihan ketua dan pemimpin. Saya mengambil kesempatan nak mewar-warkan salah satu ciri utama pemilihan ketua bagi orang Melayu. Sesuatu yang dah dilupai oleh generasi moden kini iaitu pemilihan ketua berasaskan kepada ketangkasan berpencak silat. Mungkin anak Melayu kini lebih berbangga dengan seni bela diri yang diimport, tanpa mengkaji kehebatan yang ada di bumi sendiri. Mungkin juga sebahagiannya merasakan seni silat agak lapok, kuno atau tak 'kool' untuk dipelajari dan diamalkan. Terpulanglah, jika tak kenal mana nak datangnya cinta.

Berbalik kepada soal nak memilih ketua tadi, bayangkanlah jika kehebatan tahap Hang Tuah sekadar memadai untuk dilantik sebagai Laksamana (Menteri Pertahanan)....nak jadi Perdana Menteri macam mana agaknya ya? Dengan teknologi YouTube anda dah tak perlu nak dibayangkan lagi. Saksikanlah sendiri ilmu kepahlawanan anak Melayu yang telah diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa...Selamat memilih pemimpin dan selamat bersiaran. Wassalam.


Tuesday, March 17, 2009

Virus adalah Jin....?


Salam semua...

Melihat tajuk posting kali ini boleh membuatkan sebahagian pembaca abu alfateh tejatuh kerusi. Manakan tidaknyer, sekali imbas saya seolahnya sedang membuat fatwa baru. Apa hal pulaknya jin, syaitan, hantu dan jembalang ini nak dikaitkan dengan virus, bakteria, kuman dan penyakit manusia ni...Dah terlebih zikir ke bapaknya si Fateh ni? Emmmm..bukan saya yang kata ye, saya sekadar mengulang apa yang dikatakan oleh pihak yang lebih maklum.

Sebenarnya minggu lepas saya berkesempatan mengikuti ceramah perubatan Islam di pejabat. Maka dari situlah juga dibahaskan betapa penyakit manusia yang di diagnos secara fizikal di hospital ini juga ada kaitannya dengan jin dan syaitan. Malah penceramah dengan penuh yakin turut menyamakan virus komputer juga katanya diilhamkan oleh jin. (Hal ini akan disambung pada posting berikutnya Insya Allah). Jika pembaca ingin mengetahui dengan lebih lanjut, silalah melawat sendiri laman web MORAPIS EDAR sebagai rujukan yang lebih sohihhhhhh..(bak kata ustaz gen Y).

Sejujurnya, saya tak kisahkan sangat samada anda percaya atau tidak dengan kenyataan tersebut. Sebabnya...saya sendiri pernah berfikiran sedemikian sejak beberapa tahun lepas, biarpun hakikat kebenarannya taklah mengujakan sangat. Namun perkaitan antara jin dan penyakit sebenarnya terlalu dekat untuk dibayangkan secara kasar. Jin menyerang menusia mengikut saluran darah, virus juga sama. Jin makan lebihan makanan, bakteria juga sedemikian. Jin boleh membuatkan ketidakseimbangan di dsalam badan, itulah juga tugas penyakit. Maka sifir mudahnya, jin dan rakan-rakan mungkin ada kaitannya dengan penyakit fizikal. Malah lebih kurang 10 tahun lepas, saya pernah terbaca di dalam akhbar Utusan Malaysia kisah seorang banduan yang dijangkiti virus AIDS sembuh hanya dengan solat hajat!! Jin (virus HIV) dah lari la kut....

Cukuplah dahulu sebagai pendahuluan, Insya Allah jika ada kelapangan nanti akan saya usahakan sedikt pencerahan berhubung tajuk ini seterusnya. Sekian dahulu wassalam.

Sunday, March 8, 2009

Rawatan Bekam - petikan dari Utusan Malaysia


Salam semua...
Dah lama saya tak berbicara bab rawatan bekam, kali terakhir adalah lebih setahun lalu iaitu di dalam posting Rawatan Bekam - Siri 3. Semuanya gara-gara kehilangan softcopy buku Rawatan Bekam yang saya susun hampir 5 tahun lepas. Hari ini entah apa mimpinya, saya kembali berminat mencari-cari topik bekam di sekitar laman web. Ahlamdulillah, nampaknya rawatan bekam dah mulai diterima oleh masyarakat. Semakin ramai yang mencuba kaedah ini dan menyarankannya kepada rakan taulan. Sebagai perawat bekam yang dah 'pencen', saya turut bersyukur dan mengharapkan lebih ramai lagi yang akan menceburkan diri sebagai perawat. Jika ada pembaca di sekitar Kuantan ini yang ingin mempelajarinya (secara percuma) atau ingin berkongsi pengalaman....janganlah segan silu menghubungi saya. Di bawah ini saya sertakan artikel ringkas daripada Utusan Malaysia berhubung kaedah rawatan bekam. Selamat membaca dan wassalam.


Utusan Malaysia 1 Nov 2008. SEREMBAN 31 Okt
. - Seorang pengamal rawatan tradisional di Seremban Jaya dekat sini menawarkan perubatan secara berbekam iaitu salah satu bentuk rawatan alternatif kepada mereka yang menghadapi pelbagai jenis penyakit. Pengamal rawatan tradisional berkenaan, Abdul Hadi Mohd. Isa berkata, sejak beliau menawarkan khidmatnya lima tahun lalu sambutan yang diberikan oleh orang ramai terutama masyarakat setempat amat menggalakkan. Malah, katanya, kebanyakan mereka yang pernah menggunakan khidmatnya akan mengulangi rawatan beberapa kali selepas merasakan keberkesanan rawatan tersebut terhadap penyakit yang dihadapi.''Rawatan ini dengan izin Allah boleh mengubati pelbagai jenis penyakit kecuali Aids dan Hepatitis B. Ia merupakan sejenis rawatan yang telah wujud sejak beribu tahun dahulu. ''Lebih istimewa lagi ia merupakan cara perubatan yang pernah diamalkan oleh Rasulullah dan para Sahabat baginda. Saya terpanggil untuk meluaskan teknik ini kepada masyarakat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malah, Abdul Hadi berkata, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi telah menyatakan ketika Rasulullah dalam perjalanan Israk Mikraj, Baginda menemui malaikat yang menyuruh umat Islam menggunakan bekam untuk tujuan kesihatan. Beliau berkata, fungsi bekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor yang mengandungi toksid dan jika dibiarkan boleh merosakkan sistem badan. ''Toksid adalah endapan racun yang tidak boleh ditapis oleh tubuh manusia. Ia berpunca daripada pencemaran air dan udara, zat pewarna dalam makanan, pengawet, perisa makanan, sayur yang diracun serta gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan menagih dadah. ''Bagi menghilangkan toksid rawatan secara berbekam adalah cara paling sesuai.
Ia selamat tanpa kesan sampingan yang ketara," katanya lagi. Beliau berkata, secara umumnya terdapat empat jenis bekam iaitu bekam basah, bekam kering, bekam luncur dan bekam tarik. ''Bekam basah bertujuan mengeluarkan darah kotor, bekam kering adalah untuk keluarkan angin manakala bekam luncur bertujuan melancarkan perjalanan darah di bahagian kedua urat belikat.''Kaedah bekam tarik pula digunakan untuk menghilangkan sakit kepala," katanya lagi. Mengenai alat untuk berbekam pula beliau menggunakan alat bekam moden yang perlu dipastikan tahap kebersihannya setiap masa bagi mengelakkan jangkitan. ''Setiap kali selesai digunakan alat tersebut akan direbus di dalam air mendidih 100 darjah Celsius selama 15 minit bagi menjamin kebersihannya. Sarung tangan dan jarum yang telah digunakan akan dibuang," ujarnya. Berhubung caj yang dikenakan, beliau berkata, setiap rawatan dikenakan bayaran sebanyak RM60. ''Namun begitu jika pesakit saya di kalangan mereka berpendapatan rendah saya tidak akan kenakan bayaran tetap sebaliknya mereka boleh membayar setakat mereka mampu," tambahnya.

Saturday, March 7, 2009

Raja kertas...


Salam semua...
Maka tersebutlah kisah pada hari ini berhimpunnya sekelian rakyat jelata yang hina dina merentasi gelombang pahlawan berkepala merah yang taat lagi patuh kepada Raja. Rajanya itu bukanlah sekadar pemerintah negara, bukan Raja Melayu yang sedang murka kununnya diderhaka, bukan juga Raja Kapoor si filem star dan sudah barang tentu pasti bukannya raja spade permainan poka. Raja kepada sekelian pahlawan gagah perkasa lagi taat perintah ini adalah raja kertas.

Raja kertaslah yang memerintah mereka supaya melakukan segalanya. Raja kertas juga yang menyuruh mereka menyembur pemedih mata di Masjid Negara dan menangkap sesiapa sahaja yang derhaka. Raja kertas adalah bisa segala bisa, puaka segala puaka dan raja segala raja. Bikin orang hilang kawalan, kewarasan, teman, kesopanan dan kasih sayang. Mereka bahkan sanggup gadaikan masa depan anak bangsa dengan alasan kununnya nak majukan negara. Sila klik di sini untuk mengetahui apa yang bakal dipersoalkan oleh anak cucu kita nanti.



Porahhhhhhh....hanya kerana kepingan kertas bedebah, manusia sanggup gadaikan maruah. Lupa mana benar mana yang salah, lupa nak taat perintah Allah. Malang sungguh kepada pengikut raja kertas ini, malang yang tak ke sudah. Serangkap peribahasa moden dari saya, "Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati pecah tembelang". Sekian dulu wassalam.

Friday, March 6, 2009

Angan-angan ku di suatu masa...

Salam semua...

Ketika posting ini dicatat, saya baru sahaja pulang daripada kedai gunting rambut. Terasa seronok pula dapat berbual dengan tukang gunting yang dah bergelar 'tokey' dalam usia 20an. Beliau pun agak sama seronoknya mendapat pelanggan yang bergitu tekun dan berminat mendengar kisah asal-usul kerjayanya bermula. Kerjaya yang sebenarnya pernah menjadi salah satu daripada 3 cita-cita saya ketika kecil. Namun dek kerana terlebih 'study', cita-cita tersebut berkubur secara rasmi....secara tak rasmi masih ada sebenarnya. (Antara tugas tak rasmi saya kini adalah menggunting rambut emak, isteri, Fateh, anak-anak saudara sehinggalah ke bapak mertuaku yang berada di kampung )

Saya sukakan seni, dan senilah yang kuat mendorong setiap kali tangan ini memegang gunting atau mesin rambut. Apabila sesekali berkesempatan melihat para pramugari bergaya semasa di dalam penerbangan, gaya rambut merekalah yang cuba saya jelmakan semula kepada emaknya si Fateh. Pendandanan saya tidaklah sehebat mana pun , namun perasaan seronok (atau lebih kepada syok sendiri) timbul setiap kali melihat kerja seni yang terhasil. Cerita bab bergunting ni, teringat pula kisah semasa di kampus. Semasa 3 tahun mengikuti latihan ROTU, rambut kami semua perlu ditebas setiap minggu. Antara penebas rambut tersohor ini termasuklah mereka-mereka yang kini dah bergelar Dr (PhD)...wow!

Mulia sebenarnya kerjaya penggunting ni, namun tak ramai pula yang menaruh minat atau bercita-cita untuk menjadikannya sebagai suatu kerjaya. Kepada pembaca yang nak ada niat nak mengubah kerjaya atau kepada yang masih mencari-cari kerjaya sesuai, cuba-cubalah berjinak memegang gunting. Kalau tak dapat jadi tukang gunting profesional pun, gunting ajalah rambut anak-anak kat rumah tu. Duit jimat, badan tak penat, masa cepat, pahala pun dapat. Dah kerap saya cadangkan kepada saudara mara di kampung untuk mempertimbangkan kerjaya sebagai tukang gunting, satu pun tak lekat. Orang lagi suka makan gaji daripada jadi 'tokey', ramai juga yang memandang tukang guntuing sebelah mata. Sedangkan, hakikatnya kerjaya tukang gunting ni 'masyuk baguih punya dok ada'. Anda tak percaya?...emm percayalah. Sekian dahulu, wassalam.



Saturday, February 28, 2009

Malang Pak Belalang - Siri 2

Salam semua...
Baru sehari pak menteri mengumumkan tol bakal naik, PM dengan bangganya dah 'cancel'....tak jadi naik pulok dah. Nampaknya kisah drama ulangan 2008 lalu ditayangkan kembali. Bagi segelintir manusia yang dah tak ingat drama ulangan ini, bersyukur tak sangka lah mereka. Puji melambung-lambung langkah yang disifatkan baik dan tepat pada masanya ini. Apa yang tepat entah dia tahu ke idak.
Yang pasti perjanjian dah dibuat, samada naik tak naik....bayarannya sama jer. Syarikat konsesi tol dapat serupa jer. Sapa kata kita tak bayar, kena hantuk kepala kuat-kuat kat dinding. Fikirkan balik kalaulah pengguna tak perlu bayar, sapa yang tolong bayarkan yer? Kalau masih tak faham, naik rumah flat tingkat 17 dan cuba buat terjunan bebas. Mengabehkan boreh jer.....cukuplah dulu yer. Pak Belalang dah tersyasul plak nie....sekian, wassalam

Friday, February 27, 2009

Malang Pak Belalang...

Salam semua...

Apabila kita berjanji dengan seseorang, pastikan perjanjian tersebut tidak memakan diri seperti kisah Pak Belalang. Pak Belalang tak terjerat di dalam kisah tersebut kerana diselamatkan oleh nasibnya yang agak baik (dan dengan bantuan skrip). Andai kata nasibnya malang, maka seluruh negara akan dijual...perghhhh.

Sebenarnya saya nak bercakap bab perjanjian konsensi tol. Al kisah tol ini sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tak jadi. Kini katanya nak naik 68 sen/km pulak dah..Perghhh, malang sungguh Pak Belalang...(dah tak tau nak kata apa). sekian dulu, wassalam.

Saturday, February 21, 2009

Hijau Bumi Tuhan....

Salam semua....
Andai ada yang bertanya pada kita, siapakah yang memiliki alam ini dan segala yang terkandung didalamnya? Jawapannya pasti mudah bukan....anak kecil yang baru masuk PASTI pun tahu jawapannya. Namun sayang seribu kali sayang....ramai yang hanya tahu menjawab, bercakap, bermesyuarat, berdebat, merencana, menganalisa, berhujjah, naik turun mahkamah, sumpah dan seranah, berkonspirasi dan menabur fitnah, rasuah dan pecah amanah, alasan demi alasan...korbou pun dah bosan.

Di saat ekonomi dunia sedang gawat, ekonomi negara sedang tenat, pekerja-pekerja dah mula dipecat, peniaga-peniaga pun untungnya dah singkat, tajuk muka depan akhbar duk asyik keluar cerita bab khalwat. Mungkin itu sahaja strategi yang buleh menggamit pembaca, atau mungkin juga depa pun dah takda idea....entahlah. Cerita sensasi tak akan menutup kegawatan yang sedang berlaku, malah makin parah adalah. Kehangatan emosi yang sedang diapi-apikan kini adalah strategi yang agak membahaya...(saya tak pasti andai maksud sebenar ayat ini difahami). Di saat semakin ramai pekerja (swasta) yang bakal diberhentikan atau telahpun diberhentikan, tak nampak pun sebarang langkah serius secara kolektif sedang dilakukan oleh mana-mana pihak. Hampir semua manusia yang dilantik rakyat sebagai pemimpin pada PRU lepas masih berbulan madu dan seolahnya terlupa tugas besar di hadapan, di belakang dan di mana sahaja mereka berada.

Saya sekadar makan gaji dan menjadi kuli di tempat kerja, namun tanggungjawab untuk memastikan syarikat maju dan berjaya tidak mengenal kuli atau majikan. Jika kuli atau majikan duk sibuk dengan hal-hal remeh, hal-hal hampeh, sibuk nak rebut jawatan, sibuk dengan agenda peribadi, sibuk nak rebut segunung impian atau ber"bukit" Dewan Undangan...jawapannya, "jawablah sendiri". Kegawatan ekonomi akan mengundang kegawatan sosial, kegawatan sosial akan meninggikan tekanan perasaan, tekanan perasaan akan mewujudkan kucar kacir, kucar-kacir adalah alamat nak melingkupnya sesebuah negara. Jika ada pembaca masih lagi tak paham maksud sebenar artikel songsang ini, mudah sahaja..."Lu pikirlah sendiri"....Pohon derhaka dan selamat berdendang dengan lagu di bawah dendangan XPDC. Sekian, wassalam.


Sunday, February 15, 2009

Dari Telinga wujudnya Chakra...



Salam semua...

Posting kali ini sepatutunya sambungan kepada posting Antara Telinga dan Mata yang telah disiarkan sejak sebulan lalu. Namun memandangkan jurang masa yang agak lama, saya memilih satu tajuk baru sekadar untuk menggamit perhatian pembaca. Bagi yang tak pernah mendengar perkataan Chakra, anda tak perlu bimbang atau malu kerana perkataan tersebut tak akan ditanya pun di dalam kubur nanti. Bagi (muslim) yang terlalu taksub dengan Chakra pula, anda dinasihatkan agar jangan terlalu ta'jub kerana sebarang kebolehan di dunia ini hanyalah bersifat sementara dan bakal lenyap setelah masuk ke kubur.

Secara ringkasnya Chakra adalah 7 pusat tenaga di dalam tubuh manusia. Amalan tertentu yang bersifat meningkatkan 'tenaga dalam' contohnya melalui bunyian tertentu (mantra) yang dilafazkan oleh si pelaku akan mengaktifkan Chakra tersebut. Oleh kerana semua ini turut melibatkan amalan keagamaan terutamanya bagi agama Hindu dan Buddha, saya rasa cukuplah penerangan ringkas di atas sebagai pengenalan semata-mata. Anda boleh mendapatkan makluman lanjut di mana-mana enjin pencarian atau contohnya seperti di Wikipedia.

Saya sebenarnya nak kaitkan semua ini dengan zikir, doa munajat dan bacaan Al Quran. Sebenarnya Islam sebagai agama kehidupan telah menyediakan begitu banyak makanan rohani yang tak ternilai bandingnya. Namun dek kerana kejahilan diri sendiri, mudah benar kita teruja dengan amalan kerohanian lain seperti meditasi, yoga, reiki dan sebagainya. Ada juga yang seronok memperlekehkan (malah membidahkan) amalam bacaan Al Quran, zikir dan doa yang dibacakan secara beramai-ramai. Alunan merdu semua zikir ini sebenarnya ada fungsi tertentu sebagaimana yang dimaksudkan oleh perkataan Chakra tersebut (yang turut ada persamaan dengan teori sains moden). Chakra disamakan dengan Sistem Endokrin (sistem rembesan hormon). Secara mudahnya, berzikir atau membaca Al Quran dengan sempurna bakal mengaktifkan sistem rembesan hormon badan dan seterusnya meningkatkan kualiti kesihatan diri.



Saya dah tak mampu nak menulis lanjut, cukuplah sekadar di sini dahulu....Sesak juga sebenarnya nak mencari ayat sesuai bila bercerita bab chakra-menchakra ni. Silap haribulan, zikir tak kemana chakra pulak yang dicari. 'Pohon derhaka' andai ada yang 'murka' dengan posting kali ini, sedikit lain dari yang lain-lain. Kesimpulannya.....pikirlah sendiri ye.

Friday, February 13, 2009

Ubat penyakit gagap....

Salam semua...
Di saat ramai peminat politik yang menunggu dan memerhatikan perkembangan negara menjelang 7hb April nanti, tak kurang ramainya juga yang kemaruk nak meraikan hari 'apa ke jadahnya tah' esok hari. Namun ada pula sebahagian lagi daripada golongan Melayu Celup yang sibuk dengan agenda 'gender' yang tak reti nak duk diam. Di saat orang tengah sibuk, masa ni jugaklah dia nak buat-buat sibuk dengan agenda gendernya yang dah basi dan lapok. Bagi golongan Melayu Celup ni, apa sahaja isu bisa dihangatkan...sebab depa ni kaki jihad. Jihad utama puak ni adalah membantah apa sahaja hukum yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Yang pastinya, tanda-tanda kebinasaan manusia semakin nyata. Manusia semakin biadap, umat Islam semakin bengap, para alim ulamak pula ramai yang dah terkena penyakit gagap. Sebut pasai gagap ni, saya teringatkan kisah seorang sahabat lama yang dahulunya gagap namun kini dah berstatus 'celeberiti'. Kegagapan beliau dahulu kini hilang 100% hasil mengamalkan ubat khas yang rasanya cukup alergik bagi golongan Melayu Celup. Rahsianya hanyalah menjadikan Al Quran sebagai santapan rohani harian dan menghafalnya sebanyak mungkin. Kini, beliau adalah di antara penceramah terkenal dan sering ke udara di corong radio saban hari. Anda tak percaya? Percayalah......wassalam.

(Disertakan juga di bawah ini klip video YouTube perihal 'celebriti' gagap dan biadap masa kini)

Tuesday, February 10, 2009

Minta bertempat...barulah berkat

Salam semua...

Seketika apabila ribut melanda di beberapa negeri di Utara...saya teringatkan sesuatu. Saya teringatkan sahabat kisah saya Harizan. Saat kami semua dibelasah teruk di kaki Bukit Asahan dengan aksi Commando Rest, beliau dengan penuh selamba tersenyum sambil berkata pada saya,"aku doa Allah bagi aku jadi pandai, ameen...".

Moral ceritanya, apabila kita ditimpa musibah atau dizalimi, berdoalah. Ketika ini, doa kita Insya Allah teramat makbul. Begitulah jua keadaannya apabila kita kehilangan sesuatu, berdoalah agar Allah gantikan dengan yang lebih baik. Pastinya sesuatu yang lebih baik akan disampaikan jua. Minta biar bertempat, dendam bergantikan berkat, hilang bergantikan cepat, marah bergantikan nasihat, meluat tetaplah meluat. Namun persoalannya sejauh manakah kita semua yakin dan percaya? Percayalah....wassalam.



Friday, February 6, 2009

Kawan Makan Kawan....

Salam semua...

Saya dah tak minat nak mengulas perihal menceritakan drama 'Lompat si Katak Lompat' atau 'Kejor Yop Kejor' yang nampaknya masih belum selesai. Sekadar nak berkongsi satu klip video yang agak menarik di YouTube menceritakan betapa pentingnya sebuah persepakatan atau bahasa mudahnya 'Pakatan'. Andai kita tersilap pilih partner, alahai alamat kena makan la kome...Selamat bersiaran, wassalam.



Wednesday, February 4, 2009

Dalam susah ada senang....

Salam semua...

Setelah beberapa hari berlalu dengan penuh sengal di negeri Darul Ridzuan...YAB MB Perak telah diilhamkan untuk membuat suatu keputusan yang cukup sukar sebenarnya. Keputusan yang terkandung sifat baik dan buruknya, mahupun susah dan senangnya yang tersendiri. Mungkin ramai yang bimbang perjuangan PR di Perak di saat (menanti) tumbang, saya berfikir sebaliknya. Bagi saya, biarlah kita nampak beralah dan berhemah daripada sengal. Pasti terdapat hikmah di sebalik gerhana ini yang mungkin kita sebagai insan biasa tidak mengerti untuk menafsirkannya. Apatah pula apabila terdapat unsur kegelojohan dan ketamakkan yang dah tak dapat nak dibendung lagi.

Jika Allah bakal mengizinkan negeri Perak untuk dipimpin oleh seorang yang sehebat Ir Nizar di masa akan datang, saat itu pasti datang. Biarlah kesemua itik nila, ayam pepiru, badak sumbu, tapir, cipan, orang utan dan mana-mana haiwan bertopengkan manusia yang bergelar YB dapat dikenal pasti betul-betul. Biarlah kita betul-betul balajar jatuh bangun dalam politik sebelum beriya-iya nak ke Putrajaya. Biarlah rakyat seluruh negara menilai sendiri betapa tamak dan gelojohnya segelintir pemimpin politik jenis cap ayam. Saya bukannya menyeru agar kita mudah mengalah atau takut pada cabaran...sekadar menyuarakan pendapat peribadi yang tersemat di hati. Sifirnya mudah sahaja :

Menang di dunia + menang di akhirat = amanah
Menang di dunia + kalah di akhirat = pecah amanah (cap ayam)
Kalah di dunia + menang di akhirat = mehnah (dugaan)
Kalah di dunia + kalah di akhirat = punahhhh....
Sekain dahulu wassalam.....

Biar bodoh daripada kurang ajar..

Salam semua...

Sehari dua ni, perkembangan politik negara agak panas. Panas dengan berita pelik dan ajaib, lucu dan mengarut, sedih dan sayu, menyampah dan mual, atau bak kata budak-budak sekarangan...sengal. Anda boleh melihat betapa kuasa dan harta boleh menyebabkan manusia jadi tak berkemaluan, tak bertamaddun dan yang paling dahsyat lagi tak beradap. Dengan sedikit harta dan kuasa juga, manusia boleh bercakap semberono dan bertindak semahunya. Kes sebeginilah antaranya yang menyebabkan saya dah sengal nak ambil pusing bab politik.

Saya teringatkan satu tazkirah di pejabat mengungkap kata-kata Imam Ghazali berhubung perangai manusia. Katanya lebih kurang begini: "Orang bodoh adalah mereka yang tak belajar daripada kesalahannya. Orang pandai adalah mereka yang belajar daripada kesalahan diri sendiri. Orang cerdik adalah mereka yang belajar daripada kesalahan sendiri dan kesalahan orang lain". Sedikit tambahan kepada maksud mutiara kata tersebut daripada saya : "Orang kurang ajar adalah mereka yang tak pernah rasa bersalah dengan kesalahannya dan kesalahan orang lain". Kalau di dalam pasukan berunifom, falsafahnya mudah sahaja, "bodoh takpa, jangan kurang ajaq....!".

Rasanya saya perlu berhenti di sini dahulu, dah naik pulak tiba-tiba tekanan darah ni. Harapnya kita semua belajar daripada kesilapan besar yang berlaku di sana, dan tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai. Semoga Allah melimpahkan ilham, kesabaran dan kekuatan spiritual kepada YAB MB Perak dan para pejuang keadilan di sana...Ameen. Disertakan di bawah ini sebuah lagu perihal perjuangan Palestin untuk menurunkan sedikit tekanan darah, sekian Wassalam.


Sunday, February 1, 2009

Selamat Tinggal Huggies, Selamat Tinggal Pekan....


Salam semua...

Pada posting lepas saya cuba untuk mencari alternatif kepada dua produk utama bayi iaitu lampin Huggies dan susu Lactogen. Alhamdulillah..setelah puas membelek-belek sekitar laman web, saya dipertemukan dengan produk bersesuaian. Sila klik kedai lampin Anis dan susu Biomil untuk dua produk alternatif tersebut. Tolong sebarkan maklumat sebegini kepada rakan-rakan dan bagi yang minat berniaga, pertimbangkan pula untuk menjadi pengedar. Harapnya semua pembaca abu alfateh juga dapat menyokong kempen 'boikot seumur hidup' kali ini...jangan pula bila perang dah nampak seolahnya berhenti, kita pun berhenti boikot...hampeh duk ada. Kalu nak seribu daya, dan daya ini bukannya untuk dipertimbangkan lagi. Boikot adalah satu kewajipan!

Bagi mereka yang masih ragu-ragu untuk membuat keputusan meninggalkan terus produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat 'sahabat yahudi' ini, sila klik di sini untuk sedikit pencerahan. Kalu tak mau jugak, hampa klik kepala sendiri sampai cerah....jangan marah nooo.

Saya juga pada pagi tadi telah meninggalkan bandar Pekan yang indah menawan. Kali ini saya berpindah pula ke Bukit Rangin, Kuantan. Lokasinya inilah yang lebih bersesuaian untuk didiami kerana isteri saya kini mengajar di Sek Men Sains Sultan Ahmad Shah (SEMSAS). Biarpun terpaksa mengangkut barang dan berkemas buat sekian kalinya, saya redha dan bersyukur. Dibandingkan susah kami dengan susah saudara di Gaza, emmmm celah kuku jer la. Sekian dulu buat kali ni, mata dah kuyu, badan pun dah nak layu. Jangan lupa pesan awal tadi, 'boikot seumur hidup'. Wassalam...

Tuesday, January 27, 2009

Salam Buat Para Pejuang...



Salam semua....
Nampak gayanya saya perlu lebih kuat bermujahadah untuk mengadap komputer sejak bermulanya tahun 2009. Biarpun Israel dah angkat bendera putih di Palestin, nafsu dan syaitan kat dalam diri ini tak penah-pernah jemu menghalang posting baru keluar dari laman abu-alfateh. Kerap kalinya saya hanya tewas dengan dugaan kepenatan bekerja dan masa di hujung minggu pula dihabiskan bersama keluarga. Cumanya malam ini semangat untuk menulis kembali segar. Sesegar hirupan Kopi Radix "Mai Secawannn"...yang baru dinikmati sebentar tadi.

Namun sebenarnya 'cas' ini mungkin disebabkan semangat setelah pulang daripada majlis 'Solat Hajat dan Ceramah Perdana Palestin di Stadium Sultan Abdul Halim yang jaraknya cuma 500 meter daripada rumah saya di Taman Wira Mergong. Berkat doa beramai-ramai di tengah padang mungkin telah menggerakkan hati ini untuk kembali menaip. Selain berdoa, infaq dan boikot, satu lagi kudrat yang termampu dilakukan adalah sebaran semangat secara penulisan. Harapnya tiupan semangat kali ini akan dapat mengatasi perasaan letih dan mengantuk yang menyerang diri setaip kali hati ini terdetik untuk memblog.

Sambil berjalan pulang tadi juga, saya terfikir seorang diri perihal kempen boikot yang masih giat dilaungkan. Tanpa ingin menyalahkan orang lain, saya merujuk kepada diri sendiri yang masih kekal dengan produk lampin Huggies dan susu Lactogen yang syarikat pengeluarnya tersenarai sebagai penyokong Yahudi. Di saat saya mencemuh di dalam hati kepada para perokok yang tak pernah jemu penyumbang dana peluru dan bom kepada Yahudi, saya sendiri sebenarnya sudah hampir 19 bulan menyumbang ke dana yang sama. Pohon bantuan pengunjung budiman sekelian untuk memberikan maklumat alternatif yang bersesuaian bagi 2 produk penting ini untuk kita kongsikan kepada semua rakan bloggers yang lain. Sekian dulu buat malam (pagi) ini....saya nak mulakan pencarian di Goggle kalau-kalau terjumpa sedikit pencerahan. Wassalam.


Thursday, January 8, 2009

Bandaraya Sampah...

Salam semua...

Saya terpanggil untuk menulis perihal pekan Alor Setar yang berstatus "Bandaraya", sejurus membaca satu artikel di Kedah Lanie. Saya agak terkejut dan hampir jatuh kerusi dek kerana membaca tajuk "Masalah Sampah Selesai" di Bandaraya Alor Setar. Sebenarnya, pernah terdetik di hati memberikan gelaran "Bandaraya dalam Sampah" kepada tanah tempat lahir yang ku cintai. Apakan daya, itulah hakikatnya biarpun Alor Setar mendapat pemerintah baru.

Bukan kerana benci kepada pekan Alor Setar, namun saya meluat! Meluat dengan karenah ahli politik tin kosong. Tak perlulah saya nak sebutkan nama, semua penduduk Kedah tentunya masih ingat siapa gerangan yang begitu bangga membawa plastik sampah ke pejabat MBAS suatu ketika sebelum PRU12 dahulu. Namun kini, setelah beliau berjaya terpilih sebagai Ahli Parlimen....sampahnya pun tak kemana. Sejujurnya saya berpendapat, tin kosong sebegini selayaknya jadi ahli politik kedai kopi jer.

Maaflah kepada peminat beliau kerana saya bercakap di atas kepasiti sebagai anak jati Alor Setar. Rumah keluarga saya betul-betul di kawasan pekan Alor Setar maka saya tak perlukan maklumat tambahan sekalipun daripada Harakahdaily untuk mengetahui status sebenar masalah sampah di Alor Setar. Pesan kepada pembaca budiman yang menetap di sana, bawa-bawalah bersabar...Masalah kita ni jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di Palestin, tak seberapa pun. Sampah boleh dikawal jika berkemahuan, tin kosong boleh dijual ke kedai kitar semula. Jika ada yang tak puas hati dengan posting ini dan nak tanya saya macam mana nak selesaikan masalah ini, senang je jawapannya..Lu Pikirlah Sendiri.

Antara Telinga dan Mata...


Salam semua...

Dah agak lama saya 'take cover' sejak berpindah di bandar Pekan yang nan indah dan ceria suasananya. Penduduk di Pekan kebanyakannya adalah orang tempatan, maka saya dapat merasakan betapa rakyat Pahang juga sebenarnya ramah tamah dan sangat prihatin . Berbanding di bandar Kuantan yang rata-rata penduduknya adalah penduduk 'bermukim' semata-mata, suasana kejiranan agak kurang meriah.

Namun posting kali ini bukan nak bercerita bab jiran, meriah ataupun orang Pekan. Saya nak berkongsi beberapa isu menarik berkenaan telinga manusia...yer jangan terkejut nooo. Katakanlah anda diminta membuat pilihan antara mata dan telinga, salah satunya perlu di buang. Yang mana satukah pilihan anda...(10 saat dari sekarang). Emmmm saya yakin majoriti akan memilih mata, termasuklah diri ini. Ramai yang menyangka mata terlalu penting sebagai sumber penglihatan dibandingkan dengan fungsi telinga yang nampak seakan tak berapa 'glamour'.

Saya tak nak berhujah panjang lebar dari sudut kepentingan telinga dan mata, kerana kedua-duanya pasti penting buat insan. Namun kita sering melupakan fungsi telinga. Mungkin kerana tak ramai yang menyedari betapa orang pekak sebenarnya lebih tak keruan daripada orang buta. Betapa ramai orang buta yang menjawat jawatan tinggi, menjadi pemimpin, jutawan malah sehinggakan boleh menghafaz Al Quran. Bahkan orang buta juga agak mudah mendapat ihsan masyarakat sekeliling kerana butanya. Bandingkan pula dengan orang pekak, berapa kalikah anda tersempak dengan al-hafiz yang berkeadaan pekak? Malah kebiasaannya, orang pekak menjadi bahan ketawa masyarakat dan kehidupannya jauh lebih sukar dari sudut emosi secara keseluruhan.

Mesej yang ingin saya sampaikan bukanlah untuk membandingkan keutamaan antara buta dan pekak. Saya sekadar nak mengingatkan diri sendiri dan semua pembaca budiman agar menjaga telinga masing-masing. Sebab utamanya adalah pekak tak akan sembuh....buta ada rawatannya malah orang buta lazimnya dikurniakan Allah dengan mata hati. Maka pesanan akhir daripada saya, selamat menjaga telinga. Setiap bunyian yang didengar bakal mengubah sikap dan perlakuan manusia..tak percaya? Percayalah.....wasslam.

Saturday, January 3, 2009

Manusia mudah lupa, atau tak mau beringat...


Salam semua....

Kelmarin saya berkesempatan solat Jumaat di Masjid Balok Makmor dengan isi khutbahnya penuh semangat mengajak para jemaah menghulurkan bantuan kepada saudara kita di Palestin. Khatib dengan penuh emosi menceritakan penderitaan dan perjuangan yang berlaku di tanah bumi Anbiya' itu. Kami sudahi solat Jumaat dengan bersama-sama mengaminkan 'Qunut Nazilah' dengan penuh harapan agar bumi Palestin kembali tenang.

Rasa benci, geram dan marah yang membuak-buak bagaikan memanggil jasad ini untuk turut serta di dalam perjuangan panjang yang telah berlangsung sejak 61 tahun demi membebaskan bumi Palestin. Perasaan bersalah dan malu pada diri sendiri turut menguasai diri ini yang sehingga kini tak terdaya untuk bersama-sama berjuang menentang kezaliman zionis dan para pengikutnya. Mujurlah getaran perasaan itu akhirnya dapat dilepaskan bersama-sama ungkapan doa dibacakan Imam yang menegakkan roma dan menghadirkan gelora.

Namun di sebalik semua yang berlaku di Palestin.....bumi Malaysia juga tak kurang bahangnya. Bahang kerakusan para pencinta keseronokan tanpa batas, kebebasan tanpa sempadan, akhlak yang tak berlandaskan hukum, moral yang tak berlapikkan adat dan hidup yang tak kenal ajal...Semuanya 'boleh' di bumi ini, yang penting 'hidup mau enjoy'....mudah sekali falsafah golongan ini. Samada mereka ini di dalam kejahilan atau mereka sengaja dibiarkan agar menjadi jahil sedemikian rupa, Tuhan sahajalah yang mengetahui.

Saya termenung sendirian memikirkan samada gelora dan bahang di Palestin bakal melanda rakyat Malaysia yang sedang seronok dibuai budaya 'happening' ini....entahlah Wallahu a'lam. Kepada semua pembaca abu-alfateh, marilah kita bersama-sama berdoa agar para Mujahideen di Palestin mendapat bantuan dan rahmat daripada Nya. Agar perjuangan mereka mendapat ganjaran dan pahala, agar ruh mereka yang gugur syahid dibalas dengan nikmat yang berlipat kali ganda dan agar kita di sini tak mudah lupa serta dijauhkan daripada bala dan bencana, ameennn ya Allah. Wassalam......