TATACARA RAWATAN
Jenis-Jenis Bekam
Bekam adalah suatu kaedah rawatan yang amat mudah dipelajari dan diamalkan. Mengikut kajian penulis, bekam boleh dilakukan dengan 3 cara iaitu :
1. Bekam angin - Ia merupakan kedah bekam ringkas dan paling asas kerana tidak melibatkan pengeluaran darah. Bekam angin perlu dilakukan berulang-ulang kali dalam suatu tempoh masa. Pengulangan ini perlu kerana ia tidak mengeluarkan kotoran dari tubuh secara terus sebagaimana bekam darah. Teknik ini lebih menumpukan kepada prinsip inflammation seperti yang telah diterangkan terdahulu. Kaedah bekam angin yang ringkas ini juga sesuai dipraktiskan oleh orang awam kerana ia tidak memerlukan latihan atau kepakaran khas.
2. Bekam darah – Ia adalah kaedah bekam asal seperti yang telah diterangkan pada Siri 1. Kaedahnya juga hampir sama dengan bekam angin cuma kali ini torehan dilakukan untuk menusuk kulit pesakit oleh perawat yang mahir. Torehan perlu dibuat dengan berhati-hati agar darah yang dikeluarkan hanyalah darah yang kotor di bawah kulit pesakit. Ada juga pembekam yang menggunakan pacat atau lintah untuk mengeluarkan darah. Kaedah ini juga amat berkesan namun tidak dibahaskan pada buku ini yang hanya akan menumpukan pada kaedah rawatan bekam menggunakan pam vakum dan lancet.
3. Urutan bekam – Kaedah ini sama seperti bekam angin cumanya cawan bekam digerakan seperti pergerakan mengurut. Sedikit minyak perlu digunakan agar kulit pesakit tidak melecur akibat pergerakkan cawan tersebut. Urutan bekam akan meninggalkan kesan inflammation yang agak serius namun masih relevan dan diterima sebagai terapi alternatif dengan kesan menakjubkan.
Kaedah Mengepam Darah
Terdapat 3 kaedah untuk mengepam darah yang biasa dipraktiskan kini iaitu menggunakan pam vakum , kaedah pembakaran dan hisapan. Penulis mencadangkan penggunaan pam vakum kerana tekanan kepada kulit dapat dilaraskan mengikut kesesuaian pesakit. Kaedah ini didapati lebih berkesan dan selamat daripada cara tradisi yang memerlukan api sebagai pemanas ataupun teknik hisapan tanduk. Pam ini boleh didapati dengan harga dari RM20 ke RM200 mengikut jenis, kualiti dan rekabentuk.
Cara Menggunakan Pam Vakum
Pam vakum manual amat mudah dipelajari dan digunakan. Ia menggunakan kekuatan tangan untuk mengepam keluar udara bagi menghasilkan keadaan vakum (kedap udara) di dalam cawan khas. Tanpa kehadiran seorang pakar, kita boleh berbekam (bekam angin) di tempat terpilih mengikut aturan yang ditetapkan.
Berikut adalah kaedah menggunakan pam vakum (Rujuk rajah pam) :
1. Masukkan piston ke gun entrance secara perlahan-lahan
2. Letakkan mulut cawan ke tempat yang hendak dibekam
3. Pam udara keluar dari cawan
4. Tanggalkan pam dari cawan dengan pusingan arah/lawan jam
5. Tekan tombol pada piston untuk menghalang udara keluar
6. Biarkan cawan melekap selama 10-15 min (proses bekam angin)
7. Kawasan kulit yang berbulu perlu dicukur untuk elakkan udara keluar
8. Tanggalkan cawan dengan menarik tombol piston
9. Cawan perlu ditarik perlahah-lahan agar kulit tak melecit
10. Sapukan pelembab atau minyak herba selepas selesai
Tatacara yang dinyatakan di atas adalah kaedah bekam angin yang boleh juga dilakukan berulang kali bagi setiap sesi rawatan. Bekam darah dibuat setelah selesai langkah terdahulu (bekam angin), dan disambung tatacaranya seperti berikut :
1. Sapukan larutan antiseptik pada kulit
2. Mulakan tusukan menggunakan lancet atau pisau belit
3. Pam semula kawasan tersebut dan biarkan darah keluar
4. Darah akan membeku setelah beberapa minit
5. Cuci kawasan bekam dengan larutan antiseptik/minyak herba
Peringatan :
"1. Kawasan yang dibekam akan mengalami kesan inflammation yang biasanya akan hilang dalam tempoh beberapa hari"
“2. Bekam darah perlu dilakukan oleh pembekam yang terlatih sahaja”
Ikuti sambungan seterusnya pada Siri ke-4 : "Peraturan Rawatan"
6 comments:
apakah hukum bekam dalam Islam ustaz.......?
Salam H.Allah, sekadar yang saya tahu Bekam adalah harus bagi tujuan perubatan, namun ada pendapat yang mengatakan ia sunat kerana satu Sunnah Nabi S.A.W. Tidak salah untuk memegang mana-mana pendapat asalkan bukan menjawab soalan periksa...(yang tu kena rujuk buku teks la ye)
nak tanya. alat utk bekam berapa harganya?tempat?
harga alat bekam ikut jenis dan kualiti, yg termurah dalam RM15 jer..ada yang cecah 200
NBoleh dicari di kedai yg jual barang2 dari China. Sesekali di pasar2 malam pun leh jumpa ..IAllah
Salam Uztaz,
Berminat untuk membaca ruangan bekam ustaz. Harap ustaz dapat meneruskan dengan Siri Ke - 4.
Fantastic blog! Do you have any hints for aspiring writers?
I'm planning to start my own website soon but I'm a little lost on everything.
Would you suggest starting with a free platform like Wordpress or go for a paid option?
There are so many options out there that I'm completely overwhelmed .. Any ideas? Cheers!
My web page acoustic guitar chords for beginners
Post a Comment