Thursday, February 21, 2008

Camera Trick Yang Berpengaruh


Ketika berusia 8 tahun, saya bercita-cita hendak menjadi tok guru silat.. yer, akibat terpengaruh dengan cerita-cerita pendekar di TV ala-ala Jaka Sembung (Barry Prima), Loceng Maut (Mokhtaruddin), Antan Suria (Latif Borgiba) dan seumpamanya. Saya terpesona atau lebih tepatnya tertipu dengan imej guru silat yang berkuasa tinggi, boleh terbang ke sana sini dan sentiasa menang menentang musuh. Cita-cita saya tidak pernah kesampaian melainkan kesan parut di lutut dan siku akibat terlalu kerap membuat penerjunan bebas dari pokok belimbing di belakang rumah, tanda kedangkalan seorang budak hingusan.

Kini budak tersebut tidak lagi mempercayai camera trick atau drama siri putar belit yang saban hari dipaparkan di kaca TV. Naik bosan pulak jadinya, sehinggakan kartun Sponge Bob pun kini rasanya lebih ilmiah daripada siaran berita nasional. Saya tidak pasti apakah cita-cita kanak-kanak hari ini. Gerun pula bila memikirkan mereka mungkin berminat menjadi Tuan hakim atau "Tetuan hakim", emmm imej yang hampir sama dengan guru silat kegilaan saya dahulu...


(Tipah tertipu, tipah tertipuuuu....Correct....correct....correct.....)


Note : Penat juga nak buat posting politik, motifnya tak berubah. Nampak gayanya kena dipelbagaikan juga posting selepas ini, harap kurang la sikit penat tu.

No comments: