Salam buat pembaca...
Setelah beberapa posting lepas menumpukan tajuk berat sebelah, izinkan saya menyentuh persoalan yang lebih terbuka. Persoalan ini telah lama berlegar di fikiran namun belum mampu diulas dengan serius. Hanya setelah dimaklumkan isteri betapa warga di sekolahnya turut mengikuti blog abu alfateh, terasa pula untuk menulis tajuk ini .
Tajuk pendidikan sebenarnya melibatkan keseluruhan masyarakat dan ia menentukan masa depan negara . Saya sendiri suatu ketika adalah pelajar, kemudiannya pernah membuka pusat tuisyen dan kini ini beristerikan dengan seorang guru. Kisah di sekolah samada berbentuk pengalaman lampau atau aktiviti semasa isteri adalah antara topik wajib perbualan kami di rumah. Seronok apabila perbincangan itu membuahkan hasil yang positif. Namun rungsing pula sesekali memikirkan apa yang akan terjadi di masa depan.
Untuk posting kali ini marilah kita sama-sama renungkan 2 senario berikut sebagai buah mula :
1) Laporan NUTP mendapati peratusan guru yang stress agak membimbangkan.
2) Peningkatan kes membunuh diri di kalangan para pelajar.
2) Peningkatan kes membunuh diri di kalangan para pelajar.
Apa sebenarnya terjadi pada sistem pendidikan hari ini? Adakah kita sedang melangkah ke hadapan atau sedang bersiap sedia melakukan kamikaze?. Mungkinkah sosio ekonomi masyarakat kini telah begitu jauh berubah sehinggakan sukar untuk dibezakan antara pelajar sekolah dan pelajar universiti? Maafkan saya jika kenyataan ini menginggung emosi sebilangan pembaca. Saya juga tidak memberikan sebarang statistik pada 2 kes di atas kerana secara peribadi, saya agak sukar menelan hasil kajian berdasarkan data untuk subjek kemanusiaan. Buatlah berjuta statistik sekalipun, jika tujuannya sekadar untuk menyediakan laporan semata-mata, hasilnya adalah "nothing".
Mungkin ada titik pertemuan di sebalik semua ini, dan sentuhan pembaca sekalian amat diperlukan untuk posting susulan. Sudikanlah memberi sedikit idea untuk mencari di mana titik pertemuan tersebut. Kita sebenarnya MAMPU andai kata kita IKHLAS dan TIDAK MALAS untuk bertindak. Maafkan saya sekali lagi kerana sekadar menyuarakan masalah tanpa sebarang penyelesaian. Insya Allah, posting susulan akan menyenaraikan tips mudah yang boleh dilakukan untuk meringankan kemelut ini....tak perlu rasanya melantik perunding untuk sediakan laporan panjang-panjang yer....wassalam.
No comments:
Post a Comment