Thursday, January 10, 2013

Bila ada yang bertanyakan tentang Islam, hadiahkanlah buku ini...

Salam semua...

Awal tahun ini saya berkesempatan menghabiskan bacaan buku bertajuk Islam The Misunderstood Religion, karangan Dr Danial Zainal Abidin. Tajuknya menarik, isinya ternyata lebih baik. Saya tak berniat untuk membuat ulasan buku pada posting ini, sekadar nak berkongsi pendapat sahaja. Pada hemat hamba yang lemah lagi hina dan dhaif serta kurang ilmu makrifat serta banyak pula kesalahannya, buku ini memang sangat patut dimiliki semua umat Islam yang faham bahasa omputih...Kegunaannya banyak, pengisian ilmu buat diri sendiri, dijadikan modal berdakwah, untuk dibaca kepada keluarga, dan yang paling sesuai mungkin dijadikan hadiah kepada rakan bukan Islam yang nak tahu tentang kesyumulan Islam.

Jika anda petah berbicara, tahu seba sedikit tentang perbahasan aqidah antara agama (inter faith), banyak mengkaji kemukzijatan Al Quran, dapat menghubungkaitkan sains dan teknologi dengan Kalam Ilahi, serta fasih pula mendatangkan hujah aqli di dalam merungkai falsafah kehidupan, mungkin anda tak perlukan buku ini. Simpan sahaja duit anda untuk dilaburkan kepada amal bakti yang lain. Jika anda seperti saya yang masih bertatih dalam memberi pengertian kepada maksud sebenar hidup beragama, tak rugi pastinya duit yang anda laburkan untuk mendapatkan koleksi berharga ini. 

Beliah satu, jika tidakpun seribu! Sekian dahulu, wassalam.