Saturday, February 23, 2008

Pagar Yang Mana Satu


Harapkan Pagar Pagar Makan Padi, adalah peribahasa Melayu yang maksudnya sudah dimaklumi semua. Namun sejarah menunjukkan sejak zaman berzaman, orang Melayu tidak membuat pagar di sawah bendang mahupun semasa menjemur padi. Timbul pula tanda tanya, mengapa pagar yang dipersalahkan..? Adakah kesalahan berpunca daripada pagar ataupun tuan pagar itu sendiri..? Pagar hanyalah simbolik kepada pemegang amanah, dan kita yang memberi tanggungjawab itu adalah tuan pagar yang sepatutnya lebih pandai memilih.


Apabila kita gagal memilih pagar sejak dari mula lagi, kita sebenarnya telah memilih untuk gagal (atau kata kawan saya melingkup).... Pagar boleh diperbaiki, namun lebih sempurna kalau ditukar terus keseluruhan pagar itu. Gantikannya dengan pagar yang baru, yang mampu melindungi kepentingan kita dari dirampas orang. Pagar yang berkualiti tentu saja mahal harganya, sukar dipasang dan mungkin juga tidak banyak corak pilihannya berbanding pagar 'cap ayam'.


Di sebalik cerita pagar ini, saya teringat seloka Inggeris semasa di sekolah rendah dulu yang mungkin ada sedikit kaitannya....


"Humpty Dumpty sat on a wall.
Humpty Dumpty had a great fall.
All the king's horses and all the king's men
Couldn't put Humpty back together again"


Silalah buat penilaian sendiri kaitan seloka di atas dengan posting kali ini, saya sekadar menulis mengikut firasat hati. Kesimpulannya, kita bebas memilih pagar maka jangan pula cemerkap ala Humpty Dumpty yang hanya duduk atas (tembok) pagar dan akhirnya terbarai, tak dapek Den nak nolong...


No comments: