Sifat asal kejadian manusia tidak akan berubah, namun sikap manusia tak pernah berhenti berubah...berubah dengan semangat HIJRAH
Sunday, February 3, 2008
Menjengok Bayi Pintar
Salam buat semua..
Terdetik hati ini memilih tajuk di atas setelah kisah adik Adi Putra disiarkan baru-baru ini. Saya tidak pernah bertemu Adi Putra atau meneliti kisahnya secara serius, sekadar melihat apa yang dipaparkan media semata-mata. Biarpun terdapat kata-kata sumbang di sebalik kisah anak pintar ini, saya memanjat doa agar dia tidak menerima nasib serupa seperti prodigy sebelumnya yang hanya menyerlah pada usia muda sahaja. Akhirnya tidak kemana, langsung tersasar daripada harapan tinggi keluarga dan angan-angan kosong pihak berwajib. Maafkan saya kerana sedikit terkasar, namun begitulah yang selalunya terjadi pada kanak-kanak pintar d negara ini. Sila rujuk Hadafi Syndrom , We Will Lose Adi Putra dan Link untuk mengkuti kisah tersebut. Tiada usaha serius dilaksanakan oleh pihak berwajib selain memberikan publisiti luar biasa dan kemudiannya diberikan bantuan pelajaran yang dicanang sedunia. Berbanding dengan negara Yahudi yang sejak 1973 telah menubuhkan sebuah Institusi Pendidikan Khas bagi menempatkan kanak-kanak pintar ini.
Teruja rasanya bila mengetahui kanak-kanak gifted atau pintar ini dilahirkan dalam nisbah 1:50, suatu angka yang agak tinggi. Mereka ini mempunyai IQ lebih tinggi daripada 130, namun tidaklah melebihi 180 yang kununnya dikelaskan untuk golongan genius sahaja...(saya kurang berminat mengukur kepintaran menggunakan kaedah empirik). Pengalaman semasa di USM membolehkan saya bersahabat dengan 3 manusia dalam kategori genius. Dua daripada mereka adalah siswa cemerlang biar pun belajar ala kadar sahaja dan seorang lagi memilih untuk menjadi dungu. Apabila ditanyakan sebab kemerosotannya, mudah sekali jawapan sahabat ini, "sajala...aku dah boring jadi pandai, tak rock la brader".
Cukuplah sekadar selingan, posting ini saya tujukan khusus kepada pembaca yang ingin mengenal pasti sifat-sifat seseorang bayi pintar. Oleh kerana bilangan bayi pintar yang lahir agak tinggi, tidak mustahil ia wujud di kalangan keluarga kita. Senarai di bawah adalah antara sifat bayi pintar yang boleh dikesan iaitu :
1. Teramat peka pada sekeliling, matanya akan kerap memandang persekitaran.
2. Tidur yang sedikit sahaja berbanding bayi biasa.
3. Sentiasa memerlukan belaian/perhatian semasa jaga.
4. Boleh membuat mimik bunyian pada awal usia.
5. Terlalu sensitif pada bunyian, bau, rasa dan jenis kain (pakaian/lampin)
6. Mudah teriak apabila mengesan perubahan pada perkara di atas. (Dabrowski's Supersensitivities)
7. Cekap menggunakan permainan dan cepat bosan dengannya.
8. Aktif yang bersebab, tetapi tidak hyper.
9. Suka menyiasat dan cekap menyelongkar kawasan persekitarannya.
10. Lebih cepat boleh berjalan atau bercakap berbanding kebiasaan.
11. Mungkin lambat boleh bercakap tetapi sebutan perkataannya lengkap.
Bagi ibu bapa yang ada bayi seumpamanya, jangan pula cepat syok sendiri, sebaliknya bersyukurlah kepada Allah sebanyak-banyaknya. Apabila ada yang memuji-muji bayi ini, cepat-cepat katakan Alhamdulillah...serahkan pujian itu kepada Allah yang menjadikannya. Hal ini akan mengelakkan penyakit Ain yang mungkin merosakkan masa depan anak-anak pintar ini sebagaimana yang terjadi kepada sahabat saya tadi dan yang seangkatan dengannya. Sekian dulu untuk kali ini, sudikanlah pembaca bertanya kepada yang alim berkenaan penyakit Ain untuk penerangan lanjut...sekian wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aya tertarik dengan kata-kata saudara..jika lebih ramai pihak yang sedar akan isu ini, mungkin masalah yang tidak sepatutnya berlaku kepada kanak-kanak pintar ini akan dapat diatasi. jangan hanya berbangga ketika mereka berada ditakat yang tinggi, bagaimana pula jika kelebihan itu mula berkurangan. pihak berwajib juga perlu mengambil peranan vagi sentiasa peka bagi mengkallkan potensi mereka , khususnya ADIK ADI PUTRA...
Yer sy, tetapi apa kan daya...kita hanya mamapu peka dan simpati..., harap dipanjangkan dan beberkat kelebihan pada anak-anak bertuah ini Ya Allah..ameeen...
Post a Comment