
Kisah di Asahan semasa menjalani Latihan Khemah Tahunan adalah pengalaman yang paling melucukan bagi saya sepanjang 3 tahun berada di dalam ROTU. Lucu yang hanya wujud setelah keluar daripada sengsara di hutan Asahan, sedangkan ketika latihan kami terkapai-kapai. Ya, terkapai untuk mencari damai, namun tidaklah meraban seperti sajak "Ku Cari Damai Abadi". Terasa bagaikan matahari terlalu lambat bergerak selama 2 minggu kami di Asahan, yang terletak bersempadan antara 3 buah negeri di selatan tahan air.
Kadet dari USM Tronoh digelar Delta Company, terkenal kerana keakraban kami tanpa mengira peringkat dan pangkat. Keakraban ini bukan dibuat-buat, tetapi adalah tulus hati setelah menerima latihan sedemikian

Perjalanan menuju ke Asahan amat memeritkan, jentera yang kami naiki sepertinya telah digunakan sejak zaman Perang Jepun. Jangan cakaplah soal keselesaan, nak dapatkan angin segar sekalipun amat sukar dek bau minyak disel dan asap hitam yang

Sebenarnya team fitik perlu bekerja lebih daripada anggota biasa, namun ramai yang tidak nampak kelebihannya. Saya sekadar menjangka, pasukan yang membantu jurulatih tentunya mendapat sedikit keistimewaan, dan tekaan saya terbukti amat tepat. Pasukan kami yang tiba lebih awal, dapat menyaksikan aksi kadet lain didenda separuh maut sejurus menjejakkan kaki di hutan Asahan seawal jam 2.30 pagi. Sedangkan kami dihidangkan jamuan ringan oleh jurulatih kerana telah membantu mereka mendirikan khemah dan sebagainya. Walaupun saya tidak gembira melihat kawan-kawan dibelasah sedemikian rupa, saya masih boleh tersenyum menghirup teh sambil mencicah roti empat segi....ahhhh lepas satu bala.
Emmm bagaimana betuk latihan seterusnya...tunggu. Posting kali ini nampaknya sekadar menceritakan persediaan awal dan ketibaan kami di sana. Saya akan ceritakan kisah nostalgia di dalam hutan pada posting berikutnya Insya Allah.
1 comment:
Hang take cover!!!
Post a Comment