Wednesday, February 13, 2008

Ujian IQ – Rehatkan Otak Anda

Salam buat semua,

Oleh kerana suasana di shoutmix agak panas dengan beberapa komen politik , eloklah kita rehatkan minda dengan sesuatu yang agak ringan. Marilah kita menguji IQ kali ini dengan beberapa soalan mudah. Jika semua soalan itu dijawab dengan tepat, pembaca bolehlah tersenyum lebar kerana berstatus genius gilerr....andai kata anda kantoi, silalah buat temujanji untuk dibekam kepala anda (acah jer yer jangan mare)

Ok, sudi-sudikanlah mengikuti kesemua soalan ini, tidak rugi mencuba terutamanya jika anda terlalu bosan mengadap PC. Perhatian penting adalah anda perlu jujur dengan mengambil masa 10 saat sahaja untuk menjawab, kemudian sila semak jawapan yang disediakan....selamat mencuba. (Soalan-soalan ini juga mungkin tidak sesuai bagai pembaca yang terlalu serius)

Soalan Pertama:

  1. Namakan tikus yang berjalan menggunakan dua kaki sahaja?


    Bagus Mickey Mouse....mudah jer kan, IQ anda hebat,teruskan dengan soalan seterusnya...


  2. Namakan itik yang berjalan menggunakan dua kakinya sahaja?


    Jika anda menjawab Donald Duck....tandanya anda perlu dibekam segera kerana itik sememangnya berjalan dengan dua kaki sahaja...(jangan putus asa, cuba soalan seterusnya jika masih berminat mengetahui tahap IQ anda).


  3. Dalam suatu pertandingan merentas desa, anda memotong pelari di kedudukan tempat kedua, apakah kedudukan anda sekarang?


    Jika anda menjawab no 1, anda boleh buat temujanji bekam, jawapannya tempat ke 2 la brader.......dah potong orang no 2, mestila di kedudukan kedua.


  4. Jika anda memotong pelari yang terakhir, berapakah pula kedudukan anda sekarang?


    Jika anda menjawab no 2 terakahir....anda masih perlukan rawatan ...sebab tak mungkin anda boleh memotong peserta terakhir(mana boleh potong orang last, ingat F1 ker)...ok sila jawab soalan terakhir, ini adalah penentu kepada semua soalan di atas, jika anda berjaya, anda memang GENIUS...tak perlu dibekam.


  5. Bapak Aini mempunyai 5 orang anak perempuan iaitu Nana, Nani, Nanu, Nini...apakah agaknya nama anak yang ke 5?


    Jika jawapan anda Ninu....makanlah banyak2 jus kurma & kismis minda yer...jawapannya tentulah Aini.


No comments: