Ketika kita masih berteka-teki tarikh PRU ke 12, rakyat Turki sedang meraikan kejayaan parti AKP mendapatkan kembali hak pemakaian tudung kepala terhadap pelajar wanita di universiti. Sejak 28 tahun lalu perkara ini telah diharamkan oleh pemerintah terdahulu yang mengamalkan prinsip Turki Hadhari... maksud saya Turki Moden. Di sebalik bantahan oleh sebilangan kecil golongan sekular termasuklah pihak tentera, majoriti rakyat menyokong tindakan ini.
Sila layari link untuk mengikuti berita tersebut dan analisa berkaitan. Saya juga sarankan pembaca dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca link mengenangkan kesulitan yang dialami rakyat Turki semasa larangan tersebut berlangsung.
Semoga Allah memberkati perjuangan para pendokong dan penyokong parti AKP yang bijak menempuhi cabaran politik di Turki. Dan mudah-mudahan kebijaksanaan yang sama dapat meresap kepada rakyat Malaysia jua hendaknya....Ameen..
No comments:
Post a Comment