Friday, February 22, 2008

Rehat Minda - Kisah Suami Romantis

Seorang lelaki singgah di sebuah hotel mewah di ibu kota. Melihat biliknya dilengkapi komputer siap dengan talian broadband, dia pun dengan romantisnya terus mengarang emel buat isterinya. Tanpa disedari, dia telah menghantar mesej tersebut kepada alamat yang salah.

Di sebuah apartmen di Bayan Lepas pula, seorang janda yang kesedihan baru sampai ke rumah selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Beliau terus menyemak emel untuk melihat sekiranya terdapat mesej takziah daripada saudara dan sahabat handai. Sejurus membaca emel pertama, si janda tersebut terus menjerit dan terlentang di hadapan komputer. Mesej di skin komputer adalah seperti berikut :

To : Isteriku-sayang@yahoo.com
Date : 22 Feb 2008
Subject : Abangmu telah selamat sampai

Salam buat ayangku,
Abang tahu Ayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Notebook siap dengan broadband pun ada..., dapat la jugak abang kirim emel pada ayang. Abang seronok sangat tengok semuanya kat sini dok ready, menanti kedatangan Ayang esok hari. Dah tak tahan sangat rindu nak jumpa Sayang esok. Abang doakan agar perjalanan Ayang ke sini akan lebih bermakna seperti yang Abang lalui ketika ini. Cepat-cepat sampai yer...wassalam
Moral kisah ini : sendri mau ingat...hehehe

No comments: