Wednesday, July 15, 2009

Kajian umur Saydatina Aishah ketika berkahwin..


Salam semua....

Tajuk posting kali ini lebih 'berat' daripada biasa. Bagi pembaca yang sering ke laman yang membicarakan ilmu-ilmu Islam dan yang seangkatan dengannya, ia bukanlah satu isu baru. Telah ramai umat Islam yang sedar tentang isu ini, namun masih ramai lagi yang kuat berpegang kepada hadith daripada Sahih Bukhari menyebut umur 6 dan 9 tahun sebagai rujukan kepada usia Saydatina Aishah R.A semasa bernikah dan tinggal bersama dengan baginda Nabi S.A.W. Terlebih dahulu, ingin saya nyatakan di sini bahawa tiada langsung niat di hati ini untuk berlagak pandai dan jauh sekali untuk menidakkan keilmuan para ulamak, tuan guru dan ustaz yang telah gigih menyampaikan ilmu Islam sejak zaman-berzaman.

Kajian pemurnian umur sebenar Ummu Mukminin telah dijalankan oleh beberapa Ulama Hadith di sebelah India-Pakistan sejak sekian lama. Saya hanyalah sekadar berkongsi kajian tersebut agar pembaca dapat menilai dan merujuk kepada mereka yang lebih pakar. Sejujurnya, saya sendiri masih belum dapat mendalami perkara ini melainkan 'logik' daripada kajian ini terlalu sukar untuk dipertikaikan.

Terdapat dua sumber yang boleh dirujuk pembaca iaitu di dalam versi bahasa Inggeris yang dilakukan oleh Maulana Muhammad Farooq Khan dan kajian Hazrat Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi (almarhum) yang diterjemah ke dalam bahasa Malaysia. Untuk memudahkan semua, saya petik sebahagian daripada link tersebut di bawah ini. Selamat menelaah....wassalam.


Sedikit petikan untuk membuka minda :

(1) Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya enam tahun), dan mula tinggal bersama suaminya s.a.w. ketika umurnya 19 tahun (bukannya sembilan tahun) selepas peristiwa Hijrah ke Madinah.

(2) Umur Saidatina Khadijah r.a. adalah 25 tahun (bukannya 40 tahun ) semasa beliau mengahwini Nabi Muhammad s.a.w. yang mana pada ketika itu juga turut berumur 25 tahun. Khadijah r.a. bukanlah seorang wanita yang tua semasa berkahwin dengan Rasullullah s.a.w., malah kedua-duanya adalah sebaya. Nabi s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama dengan seorang wanita sebaya di mana mereka memperoleh empat orang anak perempuan dan tiga orang anak lelaki. Mereka saling menyayangi dan menghormati satu sama lain, dan menikmati kebahagiaan hidup bersama.

(3) Anak perempuan Nabi s.a.w., Saidatina Fatimah r.a. telah dilahirkan di Mekah sebelum Nabi dilantik sebagai rasul, dan telah berkahwin dengan Saidina Ali r.a. di Madinah pada usia yang sesuai iaitu 19 tahun (bukannya sembilan tahun).Beliau telah berjaya membuktikan bahawa Muhammad s.a.w., rasul terakhir, adalah manusia yang paling agung di alam semesta ini dan juga pembimbing serta guru yang terhebat di kalangan umat manusia, tidak mengahwini seorang wanita tua demi kekayaan, juga tidak mengahwini gadis bawah umur (yang berumur sembilan tahun). Baginda ialah seorang yang tinggi adabnya dan bertamadun dan hidup dalam masyarakat yang bertamadun, di mana perkahwinan di bawah umur adalah sesuatu yang hina.Jadi, bagaimana mungkin baginda s.a.w. mengahwini seorang kanak-kanak yanh masih mentah ? Dan juga beliau berjaya membuktikan bahawa tiada perbezaan umur di antara baginda dan Saidatina Khadijah r.a., sorang janda muda, yang mana menunjukkan bahawa baginda melepasi masa mudanya bersama dengann seorang wanita yang sama padan iaitu seorang bangsawan yang telah mendapat gelaran ‘Wanita Suci’ semasa Zaman Jahiliyah di Mekah.

3 comments:

abdrahim kassim said...

aku sokong 1000%. Hati-hati dengan puak-puak yang cuba menghina keluarga Rasulullah.

effa said...

salam, sejarah mengenai Siti Khadijah r.a. adalah betul yg Khadijah r.a. berkahwin dgn Rasullullah s.a.w. pada umurnya 40 thn. dan Rasullullah S.A.W ketika itu berumur 25 tahun. Kalau anda mengatakan catatan anda betul, mengapa apa yg saya pelajari, fahami dan kebanyakkan buku yg saya baca dari tulisan pendakwah arab sendiri mengatakan umur Saidatina Khadijah R.A. ketika itu adalah 40 tahun. Manakala Rasullullah S.A.W adalah 25 thn.

Dari saya,
yg mencintai Rasullullah S.A.W dan Saidatina Khadijah R.A

Abu Alfateh said...

Salam Effa,

Sepertimana yg dimaklumkan pada muqaddimah posting, sy sekadar menyampaikan kajian daripada Maulana di India-Pakistan, bukannya mengadakan satu hujjah baru.

Saya masih menghormati pendapat lain, yg dahulunya saya sendiri yakin dengan pendapat tersebut.

Namun, saya lebih selesa hujjah yang dinyatakan dari dengan kajian ini, biarpun nampak seperti melawan arus.

Hal ini bukannya perkara aqidah yang perlu dibahaskan, sekadar kisah sejarah. Jika anda selesa dengan 'fakta dan hujah' sejarah yang anda telah baca sejak sekian lama, silakan.

Saya hanyalah insan kerdil yg ingin berkongsi hasil kajian ini kepada umum...wassalam.