Tuesday, January 27, 2009

Salam Buat Para Pejuang...



Salam semua....
Nampak gayanya saya perlu lebih kuat bermujahadah untuk mengadap komputer sejak bermulanya tahun 2009. Biarpun Israel dah angkat bendera putih di Palestin, nafsu dan syaitan kat dalam diri ini tak penah-pernah jemu menghalang posting baru keluar dari laman abu-alfateh. Kerap kalinya saya hanya tewas dengan dugaan kepenatan bekerja dan masa di hujung minggu pula dihabiskan bersama keluarga. Cumanya malam ini semangat untuk menulis kembali segar. Sesegar hirupan Kopi Radix "Mai Secawannn"...yang baru dinikmati sebentar tadi.

Namun sebenarnya 'cas' ini mungkin disebabkan semangat setelah pulang daripada majlis 'Solat Hajat dan Ceramah Perdana Palestin di Stadium Sultan Abdul Halim yang jaraknya cuma 500 meter daripada rumah saya di Taman Wira Mergong. Berkat doa beramai-ramai di tengah padang mungkin telah menggerakkan hati ini untuk kembali menaip. Selain berdoa, infaq dan boikot, satu lagi kudrat yang termampu dilakukan adalah sebaran semangat secara penulisan. Harapnya tiupan semangat kali ini akan dapat mengatasi perasaan letih dan mengantuk yang menyerang diri setaip kali hati ini terdetik untuk memblog.

Sambil berjalan pulang tadi juga, saya terfikir seorang diri perihal kempen boikot yang masih giat dilaungkan. Tanpa ingin menyalahkan orang lain, saya merujuk kepada diri sendiri yang masih kekal dengan produk lampin Huggies dan susu Lactogen yang syarikat pengeluarnya tersenarai sebagai penyokong Yahudi. Di saat saya mencemuh di dalam hati kepada para perokok yang tak pernah jemu penyumbang dana peluru dan bom kepada Yahudi, saya sendiri sebenarnya sudah hampir 19 bulan menyumbang ke dana yang sama. Pohon bantuan pengunjung budiman sekelian untuk memberikan maklumat alternatif yang bersesuaian bagi 2 produk penting ini untuk kita kongsikan kepada semua rakan bloggers yang lain. Sekian dulu buat malam (pagi) ini....saya nak mulakan pencarian di Goggle kalau-kalau terjumpa sedikit pencerahan. Wassalam.


1 comment:

AntiJajah said...

Assalaamualaikum Saudara Muhammad Nuruddin Al Fateh,

Alhamdulillah! Teruskan BOIKOT. BOIKOT ZIONIS! JAHANAM ISRAEL. Semoga boikot kali ini akan berterusan, bukan sekadar manifestasi kemarahan, yang bersifat sementara. Matlamat akhir kita sepatutnya ialah melemahkan (kalau pun tidak boleh melumpuhkan) ekonomi Zionis supaya:
1. Sumbangan dana oleh syarikat-syarikat Yahudi kepada pelobi-pelobi polisi di Amerika (dan negara-negara maju lain) berkurangan dengan ketara (kalau pun tidak terhenti sama sekali). INI YANG PALING PENTING.
2. Sumbangan dana oleh syarikat-syarikat Yahudi kepada Negara haram Israel berkurangan dengan ketara
3. Pelaburan syarikat-syarikat multinasional Yahudi di Israel berkurangan dengan ketara

Saya berkempen supaya memboikot perniagaan Zionis Yahudi secara spesifik/terpilih, seragam dan berterusan. Saya mengenengahkan pendekatan yang pratikal, yang mudah diikuti oleh khalayak—HANYA SATU JENAMA UNTUK SETIAP PRODUK. Risalah-risalah berwarna dibuat sendiri, mengandungi hanya produk yang ada di pasaran Malaysia sahaja.

Untuk memuat-turun risalah-risalah dalam format PDF sila ke blog saya:

http://boikot-boycott.blogspot.com/

Blog ini khusus untuk wacana boikot. Risalah-risalah dikemaskini secara berterusan.

Semoga Allah memberkati usaha anda. Saya dengan ini mohon menempel.

AntiJajah.