Friday, April 25, 2008

Kebahagian Yang Datang Dengan Kesusahan


Semalam saya berpeluang menonton filem The Pursuit of Happyness lakonan Will Smith. Filem yang diadaptasi daripada kisah benar seorang insan bernama Chris Gardner menempuh liku hidup yang cukup mencabar. Mencabar sehinggakan beliau terpaksa merempat di dalam tandas awam bersama anaknya yang berumur 5 tahun demi mencari kebahagiaan hidup.

Kisah ini terlalu banyak pengajarannya, tak mampu untuk saya ulas dalam posting yang ringkas ini. Namun secara ringkasnya, Chris adalah seorang yang begitu cekal dan tabah menempuh dugaan hidup. Dia dibesarkan dalam keadaan yang sungguh mengharukan, biarpun mempunyai kecerdasan luar biasa semasa di sekolah. Setelah berkahwin hidupnya semakin sengsara sehinggakan terpaksa merengkuk di dalam penjara hanya disebabkan tidak mampu membayar saman parking. Sejurus keluar beliau terus berkejaran ke satu temuduga penting yang mengubah hidupnya dengan pakaian yang sama dipakainya di dalam penjara. Kesusahan menyebabkan Chris begitu tabah mengejar cita-citanya untuk hidup senang biarpun seringkali menemui jalan sukar.

Akhirnya kesenangan menjadi milik Chris dan beliau kini adalah jutawan terkenal dan dijadikan sumber inspirasi oleh rakyat Amerika. Beliau tidak senang kerana kroni, dan tidak juga kerana tuah. Kejayaan Chris adalah kerana rezeki yang dijanjikan Allah kepada mereka yang berusaha....seperti ayat yang selalu diulang-ulang oleh para ustaz,"Dalam susah ada senang". Moral daripada kisah ini....jangan sampai kesenangan menjadikan kita susah, dan jangan pula menyusahkan kesusahan yang sedia ada. Tempuhilah kesusahan demi kebahgiaan yang mendatang....wassalam.

Thursday, April 17, 2008

Amanah Yang Mengamankan Dunia



Tengahari tadi, saya mengikuti forum Maulidur Rasul yang dianjurkan di tempat kerja. Forum yang padat dengan keinsafan ini, diselang selikan pula dengan sedikit jenaka dan kisah tauladan telah berjaya menarik perhatian hadirin yang memenuhi ruangan surau. Satu isu menarik yang ingin dikongsikan bersama adalah perihal sifat Nabi yang digelar Al Amin (beramanah).

"Nabi s.a.w berpesan di antara tanda hampirnya Kiamat adalah hilangnya sifat amanah, dan apabila amanah itu diberikan kepada bukan ahlinya", kata ustaz dengan penuh semangat di dalam loghat Terengganu. Ramai hadirin yang mengangguk tanda setuju, malah ada pula yang dah dapat mengesan ulasan berikutnya.....sambil tersenyum sendiri (paham-paham ajelah yer).


"Perkataan amanah itu sendiri berasal daripada kat dasar aman, bermaksud sifat amanah akan mengamankan dunia", sambungnya lagi. Baginda Nabi s.a.w membawa keamanan kepada penduduk Makkah dengan sifat amanah sebagai menjadi aset terpenting. Malah diriwayatkan juga sebelum berlakunya Hijrah, baginda berpesan kepada Saidina Ali r.a agar memulangkan kembali harta penduduk Mekah yang diamanahkan kepada baginda. Termasuklah harta tersebut milik mereka yang memusuhi baginda di Mekah, hmmmm pelikkan begitu musuh pula yang diamanahkan untuk menyimpan harta. Tetapi itulah yang dimaksudkan amanah mengamankan dunia. Kebaikan yang bersifat universal tanpa menira ras, agama dan perbezaan sebesar mana sekalipun.

Amanah bukan sekadar diterapkan dengan adanya undang-undang, kerana penguasanya sendiri mungkin tidak amanah. Lagikan pegawai BPR sendiri ditangkap rasuah, dan sekarang BPR bakal mendapat jaket baru, dah bergelar Suruhanjaya la pulok...(perghhhh kecek Ganu le pulok kawe). Amanah juga bukan sekadar permainan bibir bagi juak-juak yang berada di menara gading atau institusi yang kununnya berteraskan integriti. Amanah adalah soal keberkatan, dan keberkatan tidak mungkin mampu dirasionalkan oleh ilmu logik. Keberkatan adalah isu Ketuhanan, dan pedomannya sudah tentu datang dari sumber yang Qadim.

Kesimpulannya, marilah kita semai sifat amanah berbekalkan keinsafan kendiri dan pedoman Ilahi. Amanah yang bakal mengamankan dunia dan menjanjikan kebahagiaan di akhirat, wassalam.


Tuesday, April 15, 2008

Perpisahan Yang Sukar

Salam semua,

Setibanya di bandar Kuantan semalam, perasaan sayu dan gembira bercampur baur bermain di dalam hati. Sehinggakan lampu isyarat hijau dan merah dah tak dapat dibezakan lagi, namun Alhamdulillah selamat jua saya akhirnya. Benar kata orang tua-tua, "Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan" dalam sungguh ayat orang-orang tua kita.

Perpisahan bukan sesuatu yang mudah buat saya, biarpun untuk sementara. Teringat pula kisah 7 tahun lalu ketika saya meninggalkan keluarga untuk mengikuti Kursus Asas Kebombaan di Kuala Kubu Bharu selama 6 bulan. Namun keadaan ketika itu suasananya lebih pilu, telefon dan sebarang perhubungan dengan dunia luar langsung tidak dibenarkan selama 3 bulan. Malah, nak ke kedai koperasi di sebelah asrama pun dilarang keras bagi kadet baru seperti kami. Saya hanya berkesempatan pulang ke kampung setelah 4 bulan di sana. Sedih mengenangkan anak saudara kesayangan yang masih kecil yang dah tak kenal lelaki hitam legam berkepala botak di hadapannya. Perghhh....tangkap pilu betoii...kalah filem Sembilu Kasih.

Kini keadaannya sedikit berbeza kerana saya sudah bekeluarga dan yang ditinggalkan adalah isteri dan anak sendiri. Namun dengan kecanggihan teknologi dan tiada sekatan yang dikenakan, saya berdoa agar penghijrahan kali ini akan membawa rahmat dan keberkatan yang berpanjangan. Biarpun saya terpaksa menanggung suatu Perpisahan Yang Sukar. Apa lah sangat nak dibandingkan dengan kengkawan yang meninggalkan keluarga demi berkhidmat atau belajar di luar negara. Nak balik pun tambang berjuta-jua (rupiah), sabor jer la yer...wassalam

" Sifat asal kejadian manusia tidak akan berubah,
namun sikap manusia tak pernah berhenti berubah,
berubah dengan semangat hijrah "

Thursday, April 10, 2008

Ayahanda Adnan Masuk PAS- Biaq Betoi!

Sepanjang berita pasca PRU12, tidak ada satupun yang betul-betul membuatkan saya jatuh kerusi. Tapi 'hari ini dalam sejarah' . Dato'Adnan Ibrahim, bekas pengetua semasa saya di STAR Ipoh mengikuti Matrikulasi USM telah hantar borang masuk PAS.....fuiyohh nasib baik saya tak duduk atas kerusi.

Bagi para pelajar Martikulasi USM di STAR sekitar tahun 1994-95 tentu masih ingat betapa hampehnyer Cikgu Adnan Ibrahim semasa bergelar pengetua dahulu. Ada ka patut, siap bawa pistol ke sekolah, nak belagak orang BTN la kunun....sapa la nak bunuh pengetua pada zaman tu (sekarang tak tau la pulak). Dengan title seorang Tok Aji, setiap petang Ayahanda akan turun padang berseluar pendek ketat dengan rambut afronya ala-ala Diego Maradona.

Kelakar juga bila mengenangkan 6 orang sahabat kami yang ditangkap merokok siap ditangkap gambar beramai-ramai dengan rokok penuh di mulut. Katanya nak dijadikan bukti suatu hari nanti apabila mereka dah menjawat jawatan penting (Khir Toyo pun sekadar kasi penyapu jer). Haaa ada lagi satu last, dia juga orangnya yang constant mencerca dan mencamdek Ustaz Basyir setiap pagi di perhimpunan disebabkan faktor politik semata-mata (rasanya Ustaz akhirnya bersara dan jadi ADUN PAS sepenggal di Perak).

Namun, sekeras hati manusia akhirnya Allah jualah yang mencampakkan hidayah...Syukur saya ke hadrat Ilahi, Ayahanda Adnan akhirnya insaf dan memilih jalan yang betul. Insaf sepertimana berita di link, yang melaporkan dia sendiri mengaku banyak kesalahannya dahulu.
"Saya ini banyak buat salah, menukarkan guru-guru ke tempat yang jauh. Saya ingin menebus kesalahan saya, kerana itulah saya menyertai PAS, bimbinglah saya sekeluarga" katanya dengan nada sayu.
Tak ramai orang yang sanggup mengaku sedemikian, biarpun declare sudah insaf. Saya berharap dia telah insaf sepenuhnya dan mendoakan kesejahteraan Dato' Adnan sekeluarga. Ayahanda juga memilih jalan yang betul, dengan memasuki PAS dan mengisytiharkannya secara terbuka.

Posting ini bukanlah untuk bercerita perbuatan orang yang pernah saya meluat suatu ketika dahulu, tidak pula nak membodek beliau. Saya tidak kenal rapat dengan beliau sejak dulu dan kini sekalipun, namun berharap agar perjuangan baru ini akan menghimpunkan kami bersama selamanya...amennnn.

My Humble Menteri Besar


Salam everyone...

This is my first english posting, pardon me if anything goes wrong...wachaa. Actully I had just read TheStar Online of an interview with Kedah's MB, or should I called him My MB? (I had mentioned of my greenyellow bloods colour on the previous posting, so this My MB title suits me hopefully)

Since Malaysian are proudly to support My Team, My TV3, My Metro, My Celcom and ect....I am proudly to support My MB as well. Not just because of him being one of the PAS MB, but of his humble persona that attracts me more actually. Please read the interview here to get what I mean and have a nice day dude...

Wednesday, April 9, 2008

The 13th Warrior - Perjalanan Ahmad Ibnu Fadlan


Saya baru sahaja selesai menonton filem The 13th Warrior yang diadaptasikan daripada sebuah novel Eaters Of The Dead perihal catatan perjalanan Ahmad Ibnu Fadlan . Biarpun filem ini tidaklah menggambarkan dengan tepat cacatan bersejarah Ibnu Fadlan, masih berbaloi bagi saya menontonya. Terutamanya dengan 'ending'nya yang cukup menyentuh kalbu...(Ketua Pahlawan mati dalam keadaan terduduk bagaikan seorang raja di istana).


Saya sebenarnya mula tertarik mendapatkan filem ini setelah membaca ulasan ilmiah dari laman Saifulislam. Sejarah sebenar di sebaliknya tidaklah difikirkan sangat, saya bukannya orang ilmiah. Sekadar teruja mengikuti filem adaptasi kisah pengembaraan seorang Muslim yang jarang sekali diangkat ke layar perak. Di Malaysia filem seumpamanya mungkin sahaja seperti Sembilu Kasih, Janji Diana, Sepet dan Mukhsin (hehehe, marah abg Yusof Haslam dan kak Yasmin nanti).

Tak layak bagi saya untuk mengulas bab filem nie, mengabehkan boreh jer jang. Saranan saya kepada semua pembaca, carilah DVD filem ini di pasaran jika berkesempatan. Baik la sikit daripada asyik menonton Mr Bean jer kannn....Selamat mencari dan menonton.

Tuesday, April 8, 2008

Kisah Di Asahan - Change Parade Atau Tercirit?

Sejak demam pilihanraya bermula, kisah di Asahan terhenti seketika. Sebenarnya sukar juga untuk diingati kesemua kisah menarik sepanjang di Asahan kerana backup memory yang tak cukup power (tak tau la nak tambah RAM apa lepas ni). Saya cuba lah coretkan sekadar termampu buat para peminat kisah pewira 5 sen tak cukup seringgit ini.

Setelah malam pertama di Asahan, kami dipecahkan mengikut peringkat masing-masing. Kadet Peringkat 2 dan 3 kena masuk hutan, manakala saya dan kengkawan yang masih nangoi (Peringkat 1) masuk ke Kem Asahan. Keadaan kem di kawasan pergunungan memberikan kesan effek sementara yang cukup menambat hati pengunjung pertama seperti kami. Suasananya sungguh segar dan nyaman bagaikan berada di Eropah, bernafas sahaja sudah berasap-rasap mulut dan hidung kami.

Program bermula dengan latihan PT (physical training) pagi. Kalau tadi asap keluar dari mulut dan hidung, kali ini kepala pula yang berasap (mungkin sebab kepanasan yang mendadak kut). Disambung pula dengan latihan kawad dan kelas taktikal, begitulah aktiviti harian kami selama 5 hari. Sebelah malam pula aktivitinya pelbagai. Row call setiap selepas solat Isya' adalah masa untuk mendengar syarahan jurulatih yang pandai pula nak kenakan kami termasuklah bila diadakan Change Parade. Saya memanggilnya tercirit, sebab sekali kena je, terus keluar asap di kepala. Aktiviti ini memaksa kami menukar pakaian mengikut parade yang diminta oleh jurulatih dalam masa yang sangat singkat, maka al maklumlah keputusannya. Ada yang dah tak ingat jenis pakaian, ada yang dah tak jumpa pakaian malah ada yang kalut terlebih sampai dah tak kenal antara badak afrika dengan kawan sendiri. Yang peliknya ada juga yang sempat mengintai kadet wanita menukar pakaian...hampehhh.

Saya selalunya akan volunteer untuk melakukan rondaan malam, sesatunya aktiviti yang boleh menyelamatkan diri daripada sebarang saspen yang disengajakan ini. Namun saspen semasa meronda tetap ada. Chobaannya bergantung kepada kekuatan spiritual individu (paham-paham ajelah yer). Sebenarnya kalu sesiapa yang selalu keluar masuk hutan, antara kekuatan yang amat diperlukan selain daripada fizikal adalah sentuhan rohani. Banyak juga ujian yang akan tiba, termasuklah tersesat, terjumpa lembaga, haiwan pelik atau kawasan nan indah malah ada juga sampai tersampuk histeria. Sebab itulah jurulatih akan menyampaikan sedikit sebanyak petua sebelum masuk hutan sebagai panduan. Kami cuma ikut yang mana tidak bertentangan aqidah sahaja, yang agak kabur tu kenalah dijauhkan juga.

Lima hari di kem agak selesa sebenarnya, minggu seterusnya kami akan masuk ke hutan sebenar. Dua hari sebelum kami keluar kem, datang pula pasukan Rejimen Artileri Diraja. Sempat juga kami melihat peluru roket artileri yang sebesar peha, harganya sebiji sahaja mak oiiii dah beribu-ribu lemon. Ada member yang sempat posing lagi dengan pelbagai kenderaan pelancar roket pasukan tersebut, malah dapat berbual dengan pengendalinya pun dikira pengalaman beharga buat kami.


Oklatu, dah terpanjang pula cerita kali ni, panjang sangat pun nanti orang jemu. Nantikan kisah seterusnya aktiviti di hutan yang entah bila nak keluar postingnya....wallahua'lam. Wassalam. Gempur Wira 3X!!

Monday, April 7, 2008

Keberanian Yang Tetiba Muncul - Pelik bin Ajaib

Pernah saya ceritakan terdahulu, minat saya terhadap lakonan Barry Prima dengan pelbagai aksi stunt persilatan yang tak masuk akal. Namun otak si anak kecil tidaklah mampu membaca kehebatan yang sangat luar biasa itu sekadar suatu 'camera trick' sahaja. Kisah kepahlawanan, peperangan dan aksi cemas sememangnya diminati ramai mungkin disebabkan faktor yang satu ini; sifat keberanian.

Jika diperhatikan sejak akhir-akhir ini ramai pula nampaknya dah mula menunjuk berani. Keberanian yang tetiba muncul setelah terdapat sedikit perubahan pada iklim politik tanah air (ada paham maksud saya sekarang??). Sejak dua menjak ini juga, ramailah pula yang mengaku sebagai penyokong kuat itu dan ini, seolahnya dia ini baru hidup selepas 8hb Mac. Lantok lah ke deme, kepelbagaian sikap manusia ni camera trick pun kalah....(korbou pun mampuih, bak kata orang Rembau).

Untuk menambah seri pada posting ini, saya sertakan klip video filem The Last Samurai yang memaparkan kisah keberanian wira sejati. Keberanian sekumpulan samurai dipimpin oleh Katsumoto mempertahankan prinsip yang dipegangnya, biarpun mereka ini tewas akhirnya (tewas dengan cara terhormat). Cuba-cubalah renungkan mesej yang tersirat dari posting ini yer....Selamat bersiaran.



Rumah Nasi - Pesanan Emak Yang Cukup Bermakna

Salam semua,

Teringat pula kisah semasa kecil, sewaktu emak mengajar erti bersyukur apabila mendapat nikmat makanan. Kata emak "nasi ni teriak kalau kita makan dia tak habis, nanti dia tak mai dah kat rumah ni" (nasi akan menangis andai tidak habis dimakan dan nasi itu takkan datang kembali). Malah diajarnya juga cara menghabiskan sepinggan nasi biarpun kita sudah tidak berselera memakannya...dengan dibuatnya Rumah Nasi.

Rumah nasi dibuat dengan menghimpunkan nasi dan lauk yang masih berbaki di dalam pinggan secara berkelompok. Setiap kelompok nasi akan diandaikan sebagai sebuah rumah dan dimakan dengan sekali suap. Maka secara psikologinya, seorang anak kecil akan hanya melihat 3-4 kali suapan sahaja lagi untuk menamatkan hidangan. Memungkinkan selera makan si anak itu kembali, di samping dapat juga mengajar ilmu matematik di hadapan rezeki. Kaedah ini sangat berkesan terhadap saya...mudah sahaja kan begitu. Bagi pembaca yang berkenaan atau berkenan (berminat) dengan kaedah ini, selamatlah mencuba yer.

Terima kasih emak, di atas pesanan tersebut yang mengajarku agar tidak membazir dan bersyukur sejak kecil lagi. Lagu ini ku tujukan khas buat emak dan setiap insan bergelar ibu yang sudi membaca lamanku yang serba dhaif ini. Selamat berdendang.....



Friday, April 4, 2008

Madah Bercili - Pengajaran Yang Sukar Dilupai

Ketika ini saya sedang menonton rancangan Mac Gyver, teringat pula peristiwa berbaur madah bercili yang pernah dialami. Semuanya gara-gara kesilapan saya yang sering bercakap mendahului akal. Dua dialog di bawah menceritakan adegan yang tak ingin kita lihat.


Dialog pertama :
(Ketika isteri saya baru membeli kereta Produa Kenari)

Kawan : Zam, kereta Kenari OK ka?
Saya : Kenari ni tinggi sesuai sangatla dengan aku, tak payah nak tunduk lagi dah. Bla..bla..bla..., baguih sangat..bla..bla..bla.., tak rugi beli...bla...bla...bla.
Kawan : Ooo yer ke, aku pun kena beli satu la..yang jenis tinggi-tinggi nie.
Saya : Hang nak beli kereta apa?
Kawan : Lori...
Saya : (Adoiiii.....)


Dialog kedua : (Ketika berbual mengenai kereta baru dengan seorang jiran)

Jiran : Macam mana kereta baru, awat hang tak beli Livina?
Saya : Livina sempit sikit bla...bla..bla.., lagipun aircond dia bla..bla..bla..bla.., lagi baik beli Avanza.
Jiran : Tunggu lagi sebulan, sebijik nanti sampai kat parking tu.
Saya : Ok yer ka..hang booking kereta apa?
Jiran : Livina jer...(sambil tersenyum meleret)
Saya : (Erkkkkk.....)

Moral daripada dialog di atas, jangan berlebih-lebih ketika menjawab soalan. Kalau yang ditanya satu, jawablah sekadar dua atau tiga sahaja. Jika anda cuba menjawab sehingga sepuluh, buruk padah yang menanti....(hampir sebulan saya menanggung malu dan rasa begitu bersalah setiap kali berjumpa dengan jiran tersebut)

Kecerdikan Yang Menguji

Salam semua

Sejak semalam, saya telah mula berehat di rumah bagi menghabiskan cuti tahunan yang masih berbaki. Walaupun terdapat ruangan masa yang begitu luas untuk menambah posting di blog, saya kehilangan mood. Mood yang hilang kerana masih bersedih setelah membaca sorotan kisah Sufiah yang dirundung malang itu. Ulasan penuh ilmiah dengan komen-komen yang agak adil boleh dilawati link.


Saya sarankan agar pembaca budiman dapat mencari makna penyakit Ain seperti yang pernah ditulis pada posting lepas bertajuk Menjenguk Bayi Pintar. But life goes on...marilah kita doakan semoga Sufiah dan mereka yang senasib dengannya dikembalikan Allah ke jalan yang benar. Ameen....