Tengahari tadi, saya mengikuti forum Maulidur Rasul yang dianjurkan di tempat kerja. Forum yang padat dengan keinsafan ini, diselang selikan pula dengan sedikit jenaka dan kisah tauladan telah berjaya menarik perhatian hadirin yang memenuhi ruangan surau. Satu isu menarik yang ingin dikongsikan bersama adalah perihal sifat Nabi yang digelar Al Amin (beramanah).
"Nabi s.a.w berpesan di antara tanda hampirnya Kiamat adalah hilangnya sifat amanah, dan apabila amanah itu diberikan kepada bukan ahlinya", kata ustaz dengan penuh semangat di dalam loghat Terengganu. Ramai hadirin yang mengangguk tanda setuju, malah ada pula yang dah dapat mengesan ulasan berikutnya.....sambil tersenyum sendiri (paham-paham ajelah yer).
"Perkataan amanah itu sendiri berasal daripada kat dasar aman, bermaksud sifat amanah akan mengamankan dunia", sambungnya lagi. Baginda Nabi s.a.w membawa keamanan kepada penduduk Makkah dengan sifat amanah sebagai menjadi aset terpenting. Malah diriwayatkan juga sebelum berlakunya Hijrah, baginda berpesan kepada Saidina Ali r.a agar memulangkan kembali harta penduduk Mekah yang diamanahkan kepada baginda. Termasuklah harta tersebut milik mereka yang memusuhi baginda di Mekah, hmmmm pelikkan begitu musuh pula yang diamanahkan untuk menyimpan harta. Tetapi itulah yang dimaksudkan amanah mengamankan dunia. Kebaikan yang bersifat universal tanpa menira ras, agama dan perbezaan sebesar mana sekalipun.
Amanah bukan sekadar diterapkan dengan adanya undang-undang, kerana penguasanya sendiri mungkin tidak amanah. Lagikan pegawai BPR sendiri ditangkap rasuah, dan sekarang BPR bakal mendapat jaket baru, dah bergelar Suruhanjaya la pulok...(perghhhh kecek Ganu le pulok kawe). Amanah juga bukan sekadar permainan bibir bagi juak-juak yang berada di menara gading atau institusi yang kununnya berteraskan integriti. Amanah adalah soal keberkatan, dan keberkatan tidak mungkin mampu dirasionalkan oleh ilmu logik. Keberkatan adalah isu Ketuhanan, dan pedomannya sudah tentu datang dari sumber yang Qadim.
Kesimpulannya, marilah kita semai sifat amanah berbekalkan keinsafan kendiri dan pedoman Ilahi. Amanah yang bakal mengamankan dunia dan menjanjikan kebahagiaan di akhirat, wassalam.
4 comments:
Assalamualaikum,
Amanah pada zaman sekarang adalah seperti mencari permata di celah-celah timbunan pasir
Ada tersembunyi tetapi cukup sukar untuk dicari dan begitulah adanya keadaan yang berlaku pada hari ini.
Pemimpin itu yang dipilih oleh rakyat tetapi pemimpin itulah yang mengkianati amanah oleh rakyat.
Wsalam..warahmatullah...
Itu la pasal, sebab tu sesetengah org takut nak dilantik jadi pemimpin...takut tak terpikul amanah.
Namun tak kurang juga yang berebut nak jadi ketua (AJK masjid pun jadi rebutan, pelik bin ajiab gak tu)...
Assalamualaikum,
Berebut ke jawatan bukannya kerana ikhlas hati untuk berkhidmat tetapi untuk keuntungan peribadi yang tersirat
alaa...tok2 imam pun ramai yang tertipu dengan dakyah dunia yang buta kerana duit yang secubit berbanding dengan amalan yang berkat.
Dunia dah nak kiamat...macam2 ada...
Post a Comment