Friday, April 25, 2008

Kebahagian Yang Datang Dengan Kesusahan


Semalam saya berpeluang menonton filem The Pursuit of Happyness lakonan Will Smith. Filem yang diadaptasi daripada kisah benar seorang insan bernama Chris Gardner menempuh liku hidup yang cukup mencabar. Mencabar sehinggakan beliau terpaksa merempat di dalam tandas awam bersama anaknya yang berumur 5 tahun demi mencari kebahagiaan hidup.

Kisah ini terlalu banyak pengajarannya, tak mampu untuk saya ulas dalam posting yang ringkas ini. Namun secara ringkasnya, Chris adalah seorang yang begitu cekal dan tabah menempuh dugaan hidup. Dia dibesarkan dalam keadaan yang sungguh mengharukan, biarpun mempunyai kecerdasan luar biasa semasa di sekolah. Setelah berkahwin hidupnya semakin sengsara sehinggakan terpaksa merengkuk di dalam penjara hanya disebabkan tidak mampu membayar saman parking. Sejurus keluar beliau terus berkejaran ke satu temuduga penting yang mengubah hidupnya dengan pakaian yang sama dipakainya di dalam penjara. Kesusahan menyebabkan Chris begitu tabah mengejar cita-citanya untuk hidup senang biarpun seringkali menemui jalan sukar.

Akhirnya kesenangan menjadi milik Chris dan beliau kini adalah jutawan terkenal dan dijadikan sumber inspirasi oleh rakyat Amerika. Beliau tidak senang kerana kroni, dan tidak juga kerana tuah. Kejayaan Chris adalah kerana rezeki yang dijanjikan Allah kepada mereka yang berusaha....seperti ayat yang selalu diulang-ulang oleh para ustaz,"Dalam susah ada senang". Moral daripada kisah ini....jangan sampai kesenangan menjadikan kita susah, dan jangan pula menyusahkan kesusahan yang sedia ada. Tempuhilah kesusahan demi kebahgiaan yang mendatang....wassalam.

4 comments:

sham said...

Assalamualaikum,
Cerita yang cukup berkesan sebagai satu pengajaran bahawa kesusahan itu adalah satu rahmat dugaan.
Tak ramai yang sanggup hidup apabila susah kerana diri tak pernah belajar makna payah.
wahhuallam

Abu Alfateh said...

Wslm Sham..

Belajar dari kepayahan kesannya lebih mendalam (makan dalam)dan pastinya lebih dihargai...

Anonymous said...

Salam...

Banyak manfaat baca kisah ini.Sebenarnya hidup di dunia ini adalah persinggahan/sementara untuk ke akhirat kelak.Namun macam-macam dugaan yang kita hadapi itu biasalah untuk hidup.Mudah-mudahan kita menjadi orang yang paling bersyukur.

Abu Alfateh said...

Ameeennn....