Tajuk di atas mungkin sedikit kasar, namun hakikatnya semua yang bekerja makan gaji baik sang CEO mahupun si pencuci tandas hanyalah kuli semata-mata. Lagak si kuli selalunya berbeza-beza mengikut pangkat, gaji, kroni, pendidikan malah senioriti. Kini perkhidmatan kuli menjadi semakin kritikal sehinggakan terpaksa diimport daripada negara luar. Ada kuli yang bergaji sehingga melebihi RM20K sebulan dan ada tak kurang juga yang sekadar RM20 sehari, mengikut bidang.
Orang berebut-rebut untuk menjadi kuli terbaik, mendapat anugerah kecemerlangan setiap tahun dan memperoleh pendapatan lumayan. Maka adalah yang sanggup memijak kawan, mengampu majikan, mengadu domba dan pelbagai taktik politik pejabat yang penuh cerita misteri disebaliknya. Bagi mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan berhati-hatilah. Bagi mereka yang dah lama mengamalkan politik misteri ini, bertaubatlah. Untungnya hanya di dunia semata dan balasannya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Saya dahulunya bercita-cita untuk menjadi boss, dengan membuka bisnes sendiri. Kini setelah hampir 8 tahun menjadi kuli, saya lebih selesa dengan tugas sebagai kuli. Biarpun sebagai kuli, saya bersyukur kerana masih berpeluang menabur berbakti melalui pekerjaan ini. Saya yakin setiap bakti yang dicurahkan ada ganjarannya samada di akhirat, dan itulah yang menjadi motivasi untuk lebih gigih bekerja biarpun sekadar kuli. Tak lupa juga kepada semua suri rumah yang bertungkus lumus bertugas saban hari yang tidak terbayar kudrat mereka ini. Biarpun menjadi unsung heroes, jangan pula berkecil hati dan memencil diri. Pasti ganjarannya ada bagi mereka yang ikhlas berbakti.
Kepada semua warga kerja yang mengikuti blog ini, Selamat Menyambut Hari Pekerja. Mudah-mudahan sumbangan dan kudrat kita semua mendapat keredhoaan dan ganjaran Ilahi, biarpun sekadar menjadi kuli...ameeen.
2 comments:
Assalamualaikum,
ambe lah kuli yang sejati
kuli kepada kerja kerajaan
kuli kepada keluarga yang tersayang
dan
kuli kepada diri yang ingin duduk dalam keimanan
Nasib si Kuli @ machai'e...
Kerja lebih dikata bodek,
Kerja kurang dikata malas,
Tak kerja dikata no fulus..
No fulus minachi lari..
Bersederhana je lah...ikut pesan nabi....
Post a Comment