Seorang kawan di Penang Port pernah menceritakan perbualan beliau dengan isteri semasa dalam kenderaan. Perbualan ini terkandung pengajaran yang elok juga dikongsikan bersama (setelah diedit ) dan lebih kurang beginilah bunyinya...
"Isyhhhh leceh la duk ikut lori sampah nie, sudah la baunya pun ya ampun....", kata isteri.
"Isyhhhh leceh la duk ikut lori sampah nie, sudah la baunya pun ya ampun....", kata isteri.
"Jangan duk komplain sangat bau tu, betapa ramai pekerja yang dapat menyara anak bini dia makan dengan mengadap sampah tu hari-hari..," balas si suami dengan selamba.
Moral dari kisah ini....emmm fikirkan lah sendiri yer. Ketidaksukaan kita pada sesuatu perkara itu janganlah sampai melecehkan orang lain yang mungkin bergantung harap kepadanya. Tiada hinanya menjadi sampah, babi, biawak, kuli, bahalul (Buhlul, khabarnya adalah nama seorang ulamak besar zaman silam) atau apa sahaja nama yang sering digunakan sebagai cacian pada hari ini...yang pentingnya, keredhoan Ilahi. Wassalam...
No comments:
Post a Comment