Monday, May 26, 2008

Analisa Atau Buang Masa?

Sejak dua menjak ini, saja dah terlalu kurang membaca blog berkaitan politik, entahlah dah 'cemuih kut' bak kata orang utara. Terlalu banyak analisa bersifat konspirasi yang begitu menyesakkan dada. Entah mana sumbernya, entah siapa tok dalangnya...saya tak ambil pusing. Saya mula terfikir, selain daripada duk memikir atau mereka-reka cerita, apakah agaknya gerangan kerja mereka yang akftif benar sebagai penganalisa politik nie.


Ada sahaja cerita yang mereka bawakan, PAS nak join UMNO la...Tun M keluar UMNO sebab nak halang PAS join UMNO, Anwar Ibrahim bawa masuk duit la, macam-macam ada....Yang peliknya ramai pulak yang tanpa usul periksa dah bagi komen-komen negatif biarpun hujung pangkalnya belum ke mana. Pelik juga rupanya orang yang aktif berpolitik nie. Atau mungkin juga mereka ini hanya aktif dalam blog politik jer....tulis je la apa pun, asal seronok. Mula saya terfikir, politik dalam blog nie saling tak tumpah dengan cerita di kedai kopi. Main ikut suka cakap jer.


Minat saya terhadap blog muncul semasa rakyat dahagakan media alternatif yang bebas. Saya berazam untuk turut memblog serta demi melaksanakan tanggungjawab seorang rakyat yang cintakan negara. Biarpun abu-alfateh bukan menumpukan mesej politik, saya sentiasa menganalisa politik tempatan dan cuba untuk menyampaikannya dengan nada yang lebih lembut di sini. Kelembutan ini saya tujukan kepada golongan di atas pagar yang mungkin tersempak dengan laman yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah, keputusanPRU12 tidak mengecewakan penulis blog mentah seperti saya.


Namun kini apabila kita sepatutnya menumpukan usaha membangunkan negara dengan merangka pelan yang lebih dinamik, para penulis blog politik masih seronok dengan permainan lama. Duk pusing ayat-ayat lama...yang begitu menjemukan lagi membuang masa. Harga beras dan makanan sedang naik bukan sahaja di Malaysia begitu juga dengan harga minyak dan barangan lain. Jika anda inginkan perubahan, cari langkah terbaik untuk penyelesaiannya di peringkat yang anda kuasai. Bagi para bloggers, inilah masanya untuk mengemukan idea bernas anda selain daripada berkonspirasi politik....rehat la kejap bro.


Tugas utama sekarang adalah untuk sedarkan rakyat jelata tentang tsunami ekonomi yang bakal melanda. Majoriti mereka ini kurang informasi, dan masih dengan fahaman subsidi sejak zaman-berzaman. Ketidaksediaan rakyat menhadapi tsunami ekonomi akan menyebabkan keruntuhan sosial yang tak terduga melanda Malaysia. Banyak negara membangun yang telah menghadapinya, dan pastinya Malaysia takkan terlepas. Apa persediaan makcik dan pakcik di kampung, anak-anak muda yang merempit, tak kisahlah siapa yang perintah Malaysia sekalipun. Harga beras bukan naik kerana Pak Lah perintah negara....Harga minyak juga takkan turun jika Anwar Ibrahim jadi PM. Anda tak percaya?...Itu hak anda.


Percayalah masih ramai penyangak dalam negara ini selain daripada hakim, peguam, polis dan lain-lain jabatan yang digembar-gemburkan oleh media alternatif. Sekarang adalah masanya untuk jihad yang lebih besar. Perang manusia dengan nafsu, syaitan dan dunia tak pernah berakhir...perang pilihanraya dah lama tamat. Jika kita masih duk sibuk dengan berita atau analisa blog yang sama tarafnya dengan sembang kedai kopi, kita bukan berperang dengan musuh lagi....sebaliknya akan muncul berperang sesama sendiri. Anda tak percaya? Percayalah.

Saya menysun 10 jari dan ampun maaf dipinda andai posting ini menghiris mana-mana individu mahupun aktivis parti. Tugas saya sebagai rakyat sebuah negara berdemokrasi telah terlaksana, sekarang saya sedang berjuang dalam alam perkerjaan untuk memajukan negara yang tercinta ini. Bagi mereka yang dah cukup kaya raya, atau telah pencen dan tiada kerja lain selain daripada memblog kosong, carilah kerja yang lebih berfaedah yer. Wassalam.

2 comments:

Tawel Sensei said...

Betul tu bang Abu Alfateh. Trend sekarang ni, banyak sangat ulasan dan analisis pada isu-isu yang tak sahih dan tak berlaku lagi.

Bosan dan muak juga jadinya, lebih-lebih lagi bila dicampur dengan carutan dan maki hamun. Benda-benda macam ni, bukan setakat tak mengembangkan minda, tapi makin buat orang sakit hati, emosional dan membuatkan orang atas pagar makin tak gemar nak ambil tahu isu-isu politik dan semasa.

Abu Alfateh said...

Saya harap sgt pimpinan kita tak terikut-ikut dengan tarian sesetengah blogger yg agak melampau sekarang...

Tak dinafikan peranan media alternatif dalam kemenangan PRU12, namun bila dah menang ni, semakin galak pula dema nie berspekulasi...perlu ada Action Plan segera nie. (tapi siapa yang nak usulkan yer?)