Tuesday, May 13, 2008

Harta Intelek, berkat atau berkarat…?



Suatu ketika dahulu, saya sempat mengikuti perbincangan isu hakcipta bersama komuniti sebuah laman web yang jauh terkenalnya daripada abu-alfateh. Agak hangat juga rupanya perbincangan isu hakcipta ni, tambahan pula bila komen yang diberikan melawan arus. Hasilnya…pandangan saya dipadam terus oleh admin, kelas gitu. Namun sebagai tetamu, saya akur tindakan admin memadam apa jua komen yang bertentangan.

Kalau dah kena reject di tempat orang, baik disuarakan saja di laman sendiri…lagipun, saya sekarang agak kekurangan masa nak update blog. Kalau para pembaca termasuk dalam golongan yang taksub mempertahankan nilai harta intelek, baik berhenti bacaan anda di sini sahaja. Jangan pula nanti komen anda yang terdelete di abu-alfateh. Kita mungkin berharta, tapi kesenangan tak boleh dimiliki. Kita mungkin berjawatan tinggi, namun kuasa bukan milik kita. Ilmu dan pelajaran boleh dibeli namun intelek tiada nilainya...mampukah nak dijual beli? Inilah yang menjadi pegangan saya, intelek bukan harta peribadi yang boleh dijual beli. Hari ini anda berakal kerana diizinkan Allah, esok lusa belum tentu beb…

Apabila wujud pertentangan antara keberkatan dengan nilai harta intelek, saya syorkan anda memilih keberkatan. Atas sebab ini jualah saya sejak dulu kurang mesra dengan sesetengah perkhidmatan yang kenakan cas melampau kununnya melibatkan hak intelek. “Piiraaahhh, banyak la hang punya harta intelek”, kata saya kepada seorang kawan yang bermazhab sedemikian. Ada pula kawan yang nak berdakwah dengan berkarya demi mencari berkat. Namun bila terdapat karyanya disiarkan (kununnya diciplak) oleh pihak lain , ribut pula jadinya. Soal berkat diketepikan, soal harta intelek pula menjadi keutamaan. Jangan sampai intelek tak ke mana, dakwah pula yang berkarat...


Berkat tak boleh ditafsirkan dengan logik akal, dan mustahil dapat ditimbang dengan neraca barat. Di mana logiknya hadith Nabi s.a.w yang menjamin pertambahan harta melalui amalan bersedekah jika kita menggunakan teori ekonomi moden? Di mana pula logiknya untuk kita merelakan hak intelek diciplak, jika kita berhak menyaman malah boleh untung berjuta-juta lemon? Namun saya tidaklah sewenangnya menolak cas kepakaran, terutamanya yang berpada dan kena pada tempat. Pertimbangan antara keuntungan dunia atau pahala akhirat adalah pilihan yang sukar, atas kita untuk membuat pilihan.

Harta intelek tidaklah salah, namun cara kita menanganinya boleh menghalang Rahmat Allah. Bagi yang memperjuangkan soal keberkatan dan dakwah, jangan terlalu diungkit soal hak intelek. Mana mungkin ilham mengusahakan bahan dakwah itu datang dari kepala otak kita sendiri. Kepala otak boleh berputar…namun nilai pahala dan keberkatan yang kita usahakan akan kekal selamanya. Maka sekali lagi pesan saya pada diri ini dan pembaca sekalian…pilihlah berkat. Terlajak celoteh la pulak kali ni, ampun maaf andai posting ini menghiris hati anda. Sekian wassalam.

3 comments:

Hasbullah Pit said...

NI lanjutan daripada cerita yang mana satu?

aku pening nak baca.
Kasi test case sikit.

Abu Alfateh said...

Tuan sebol..

Hehehe jgn peningkan kepala anda, laman tu pastinya bukan Beraspadu...

Sayangnya tak dapat nak kasi tips atau test case(sebab dah tutup kes punya pasai, kalu buka semula ramai yg akan marah nanti)...wallahua'lam....

sham said...

Assalamualaikum,
Keberkatan sesuatu perkara itu bergantung kepada tahap keikhlasan diri kita yang melakukannya.
Bagaimana pulak nilai keikhlasan itu ditentukan?
Allah sahaja yang Maha Mengetahui