Wednesday, April 9, 2008

The 13th Warrior - Perjalanan Ahmad Ibnu Fadlan


Saya baru sahaja selesai menonton filem The 13th Warrior yang diadaptasikan daripada sebuah novel Eaters Of The Dead perihal catatan perjalanan Ahmad Ibnu Fadlan . Biarpun filem ini tidaklah menggambarkan dengan tepat cacatan bersejarah Ibnu Fadlan, masih berbaloi bagi saya menontonya. Terutamanya dengan 'ending'nya yang cukup menyentuh kalbu...(Ketua Pahlawan mati dalam keadaan terduduk bagaikan seorang raja di istana).


Saya sebenarnya mula tertarik mendapatkan filem ini setelah membaca ulasan ilmiah dari laman Saifulislam. Sejarah sebenar di sebaliknya tidaklah difikirkan sangat, saya bukannya orang ilmiah. Sekadar teruja mengikuti filem adaptasi kisah pengembaraan seorang Muslim yang jarang sekali diangkat ke layar perak. Di Malaysia filem seumpamanya mungkin sahaja seperti Sembilu Kasih, Janji Diana, Sepet dan Mukhsin (hehehe, marah abg Yusof Haslam dan kak Yasmin nanti).

Tak layak bagi saya untuk mengulas bab filem nie, mengabehkan boreh jer jang. Saranan saya kepada semua pembaca, carilah DVD filem ini di pasaran jika berkesempatan. Baik la sikit daripada asyik menonton Mr Bean jer kannn....Selamat mencari dan menonton.

1 comment:

sham said...

Assalamualaikum,
ambe dah selesai menonton filem tersebut semasa mula ia ditayang.
ada pengajaran dan ada iktibar tersirat yang terkandung di dalam filem tersebut selain daripada ia menceritakan tentang satu2 sejarah yang telah berlaku