Teringat pula kisah semasa kecil, sewaktu emak mengajar erti bersyukur apabila mendapat nikmat makanan. Kata emak "nasi ni teriak kalau kita makan dia tak habis, nanti dia tak mai dah kat rumah ni" (nasi akan menangis andai tidak habis dimakan dan nasi itu takkan datang kembali). Malah diajarnya juga cara menghabiskan sepinggan nasi biarpun kita sudah tidak berselera memakannya...dengan dibuatnya Rumah Nasi.
Rumah nasi dibuat dengan menghimpunkan nasi dan lauk yang masih berbaki di dalam pinggan secara berkelompok. Setiap kelompok nasi akan diandaikan sebagai sebuah rumah dan dimakan dengan sekali suap. Maka secara psikologinya, seorang anak kecil akan hanya melihat 3-4 kali suapan sahaja lagi untuk menamatkan hidangan. Memungkinkan selera makan si anak itu kembali, di samping dapat juga mengajar ilmu matematik di hadapan rezeki. Kaedah ini sangat berkesan terhadap saya...mudah sahaja kan begitu. Bagi pembaca yang berkenaan atau berkenan (berminat) dengan kaedah ini, selamatlah mencuba yer.
Terima kasih emak, di atas pesanan tersebut yang mengajarku agar tidak membazir dan bersyukur sejak kecil lagi. Lagu ini ku tujukan khas buat emak dan setiap insan bergelar ibu yang sudi membaca lamanku yang serba dhaif ini. Selamat berdendang.....
2 comments:
Assalamualaikum,
kerana dengan peringatan oleh arwah emak ambe yg terdahulu agar menghormati rezeki itu walaupun ia hanya sebutir nasi, itulah nilai keperibadian kita yang harus bersyukur di atas rezeki yang ada
W.salam....
Yer sy, amat terkesan nasihat orang tua-tua dahulu kepada generasi kita. Namun kini seolahnya nasihat seumpamanya semakin hilang...hanyut bersama jati diri yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja.
Post a Comment