Thursday, April 10, 2008

Ayahanda Adnan Masuk PAS- Biaq Betoi!

Sepanjang berita pasca PRU12, tidak ada satupun yang betul-betul membuatkan saya jatuh kerusi. Tapi 'hari ini dalam sejarah' . Dato'Adnan Ibrahim, bekas pengetua semasa saya di STAR Ipoh mengikuti Matrikulasi USM telah hantar borang masuk PAS.....fuiyohh nasib baik saya tak duduk atas kerusi.

Bagi para pelajar Martikulasi USM di STAR sekitar tahun 1994-95 tentu masih ingat betapa hampehnyer Cikgu Adnan Ibrahim semasa bergelar pengetua dahulu. Ada ka patut, siap bawa pistol ke sekolah, nak belagak orang BTN la kunun....sapa la nak bunuh pengetua pada zaman tu (sekarang tak tau la pulak). Dengan title seorang Tok Aji, setiap petang Ayahanda akan turun padang berseluar pendek ketat dengan rambut afronya ala-ala Diego Maradona.

Kelakar juga bila mengenangkan 6 orang sahabat kami yang ditangkap merokok siap ditangkap gambar beramai-ramai dengan rokok penuh di mulut. Katanya nak dijadikan bukti suatu hari nanti apabila mereka dah menjawat jawatan penting (Khir Toyo pun sekadar kasi penyapu jer). Haaa ada lagi satu last, dia juga orangnya yang constant mencerca dan mencamdek Ustaz Basyir setiap pagi di perhimpunan disebabkan faktor politik semata-mata (rasanya Ustaz akhirnya bersara dan jadi ADUN PAS sepenggal di Perak).

Namun, sekeras hati manusia akhirnya Allah jualah yang mencampakkan hidayah...Syukur saya ke hadrat Ilahi, Ayahanda Adnan akhirnya insaf dan memilih jalan yang betul. Insaf sepertimana berita di link, yang melaporkan dia sendiri mengaku banyak kesalahannya dahulu.
"Saya ini banyak buat salah, menukarkan guru-guru ke tempat yang jauh. Saya ingin menebus kesalahan saya, kerana itulah saya menyertai PAS, bimbinglah saya sekeluarga" katanya dengan nada sayu.
Tak ramai orang yang sanggup mengaku sedemikian, biarpun declare sudah insaf. Saya berharap dia telah insaf sepenuhnya dan mendoakan kesejahteraan Dato' Adnan sekeluarga. Ayahanda juga memilih jalan yang betul, dengan memasuki PAS dan mengisytiharkannya secara terbuka.

Posting ini bukanlah untuk bercerita perbuatan orang yang pernah saya meluat suatu ketika dahulu, tidak pula nak membodek beliau. Saya tidak kenal rapat dengan beliau sejak dulu dan kini sekalipun, namun berharap agar perjuangan baru ini akan menghimpunkan kami bersama selamanya...amennnn.

4 comments:

Hasbullah Pit said...

Kita satu sekolah?

Abu Alfateh said...

Saya di STAR tahun 93-94 jer. Itu pun menumpang sebagai pelajar matrikulasi...pengalaman masuk SBP antara yang terglamour di Malaysia yang teramatlah berharga.

Nak kata STAROBA nanti kena hamput plak bang..hehe

sham said...

Assalamualaikum,
Cikgu Adnan yang ambe kenal semasa masih di dalam bidang pendidikan
namun tidak jua ambe ketahui apa citarasa dan minat peribadi pada sokongan yang diberi
sekarang,Alhamdulillah apa yang nyata sudah terserlah dan kesedaran telah berubah
harap2 kekal lah


p/s
ambe lahir tahun 70

Abu Alfateh said...

Wskm Sham,

Mungkin jugak dialah Cikgu Adnan tu, di link atas ada wajahnya sekali.

Nampak gaya saya nie muda 5 thn la dari bro Sham nie, emmm bila lagi nak mula buat blog bro?