Monday, April 7, 2008

Keberanian Yang Tetiba Muncul - Pelik bin Ajaib

Pernah saya ceritakan terdahulu, minat saya terhadap lakonan Barry Prima dengan pelbagai aksi stunt persilatan yang tak masuk akal. Namun otak si anak kecil tidaklah mampu membaca kehebatan yang sangat luar biasa itu sekadar suatu 'camera trick' sahaja. Kisah kepahlawanan, peperangan dan aksi cemas sememangnya diminati ramai mungkin disebabkan faktor yang satu ini; sifat keberanian.

Jika diperhatikan sejak akhir-akhir ini ramai pula nampaknya dah mula menunjuk berani. Keberanian yang tetiba muncul setelah terdapat sedikit perubahan pada iklim politik tanah air (ada paham maksud saya sekarang??). Sejak dua menjak ini juga, ramailah pula yang mengaku sebagai penyokong kuat itu dan ini, seolahnya dia ini baru hidup selepas 8hb Mac. Lantok lah ke deme, kepelbagaian sikap manusia ni camera trick pun kalah....(korbou pun mampuih, bak kata orang Rembau).

Untuk menambah seri pada posting ini, saya sertakan klip video filem The Last Samurai yang memaparkan kisah keberanian wira sejati. Keberanian sekumpulan samurai dipimpin oleh Katsumoto mempertahankan prinsip yang dipegangnya, biarpun mereka ini tewas akhirnya (tewas dengan cara terhormat). Cuba-cubalah renungkan mesej yang tersirat dari posting ini yer....Selamat bersiaran.



2 comments:

sham said...

Assalamualaikum,
ramai di antara kita yang mengaku diri mereka adalah pejuang dan seorang pembela yang cukup bermaruah
sedangkan pada hakikat yang sebenarnya tidak lebih dari hanya lakonan semata-mata.
Kepura-puraan mereka,ada yang terang dan nyata namun ada jua yang berkaca hanya nampak bayangan di mata.

Abu Alfateh said...

Wslm Sham,

Itu la pasai, di Kedah sahaja saya difahamkan para petugas PRU 12 masih segan silu nak lalu berhampiran kawasan pejabat MB. Segan jika tersempak nanti dikata orang nak meminta jawatan pula.

Yang tak segan2 berjumpa MB adalah golongan yang di atas la. Berkobar2 bagitau sokong perjuangan...alhmdulillahh MB tidaklah senaif yang disangka mereka.

Dah jadi trend nampaknya budaya sokong selepas rebah nie...