Thursday, September 25, 2008

Terima Kasih Jemaah Tabligh...


Salam semua...

Biarpun saya dikira gagal dalam percubaan memasukkan widget imeem dalam posting lepas, saya tetap bersyukur kerana dapat menyedari sesuatu. Saya tersedar tentang sesuatu yang telah lama saya lupakan. Saat saya mula rapat ke rumah Allah hampir 20 tahun yang lepas.... (dah tua rupanya bapak si fateh ni).

Saya mula beristqomah berulang alik ke masjid berpunca daripada dorongan oleh satu kumpulan iaitu Jemaah Tabligh. Semasa kecil, saya masih teringat betapa rumah kami sering diziarahi oleh sekumpulan pak lebai yang jernih sangat air mukanya. Pak-pak lebai ni tak lain tak bukan adalah Jemaah Tabligh yang mulai aktif berdakwah pada awal tahun 80an dahulu. Biarpun arwah saya bukanlah pengikut mereka, namun setiap ziarah ke rumah tetap dilayan dengan baik dan sesekali ayah turut serta ke surau menjengok program yang mereka lakukan. Namun ketika itu saya belum pun mencecah usia aqil baligh. Segalanya berubah setelah saya berpeluang masuk ke SMKA untuk pendidikan menegah.

Semasa mula menjejakkan kaki ke SMKA sewaktu di tingkatan satu dahulu tahap kejahilan saya berbanding pelajar lain teramatlah tinggi. Pelajar SMKA lebih ramai yang berasal daripada kawasan pendalaman dan mereka mempunyai pengetahuan agama yang boleh dikatakan tahap superb...Saya dan sebilangan kengkawan yang datang dari pekan Alor Setar pula 'tercengang beruk' bila kali pertama perkataan Qiamullail disebut ustaz. Namun dek kerana dah 'termasuk' ke SMKA, kami semua layannn jerr...

Perkara ini berlarutan sehingglah saya berada di tingkatan dua dan berkesempatan mendengar tazkirah daripada salah seorang guru Matematik yang bernama Cikgu Rahim. Cikgu Rahim sebenarnya adalah otai Jemaah Tabligh di Kedah, semua orang Tabligh kenai dia. Kami menggelarnya Professor Serba Tau (PST), kerana janggut panjangnya yang sebijik ala-ala PST di dalam majalah Gila-Gila. Namun setelah beberapa kali mendengar tazkirah (orang Tabligh namakannya Bayan) yang disampaikan beliau, saya terdetik untuk mula berjemaah ke masjid semasa di rumah.

Sejak itulah saya mula berjinak-jinak dengan masjid dan berpeluang pula mengikuti pelbagai majlis ilmu tidak formal yang mengatasi silibus pelajaran agama di SMKA. Bukanlah niat untuk memperkecilkan silibus di SMKA, ketika itu SMKA masih di tahap percubaan dan kurang mendapat tempat di kalangan ibu bapa. Pada masa itu juga bukan semua pelajar SMKA yang ada asas agama secukupnya. Ada seorang kawan saya sampai ke sudah masih tak mampu menyebut perkataan 'Al lughatul Arobiyyah' dan akhirnya terpaksa bertukar sekolah sebelum menduduki peperiksaan SRP.

Saya menyedari betapa Jemaah Tabligh lah yang telah menghubungkan nur hidayah kepada insan kerdil ini. Sehingga kini, saya amat menghormati Jemaah Tabligh biarpun tidak terlibat sebagai ahli. Berdesing telinga ini apabila sesekali mendengar kata-kata sumbang daripada mulut sesetengah para pendakwah yang memandang sinis aktiviti mereka. Bagi saya, ambil sahaja yang positif daripada aktiviti mereka, jangan nak borong semuanya tak relevan, tak ada dalil dan pelbagai alasan lain. Tak perlulah pula kita nak menjadi jaguh mengaudit tiap kesalahan yang kita sendiri tak begitu pasti isunya. Emmm....dah terpanjang la pulak posting pagi ini, harapnya adalah yang sudi membacanya sehingga ke huruf terakhir. Sekian dulu untuk kali ni tuan-tuan yang mulia, mudah-mudahan apa yang baik dapat kita sampaikan pada rakan-rakan yang tiada di sini...Insya Allah. Wasslamualaikum.

2 comments:

Tawel Sensei said...

Lama duduk di negara orang ni, saya perhatikan jemaah tabligh tak berapa diminati oleh orang-orang Arab. Selalunya yang menggerakkan jemaah tabligh di bahagian Barat adalah bangsa Pakistan dan India.

Tapi logik la tu kan sebab memang jemaah ni berasal dari sana. Cuma yang tak sedap tu, sekarang ni bukan setakat memandang sinis saja. Bahkan dah sampai menyesatkan malah memasukkan mereka daripada 72 golongan yang akan masuk neraka. Hujahnya, perbuatan mereka itu bidaah sebab Nabi dulu tak keluar berdakwah 3 hari, 40 hari, dan sebagainya.

Macam-macam..

Abu Alfateh said...

Entahlah bro Tawel..

Dunia dah nak meletup...org ajak orang p masjid pun bidaah sesat..saya tak join Tabligh tapi sesekali akan duduk dengar bayan kat surau yang depa ziarahi.

Biarpun cara mereka keluar berdakwah dipertkaikan, saya nampak itu masalah kecil dan setiap jemaah ada pertikaiannya sendiri..Cuma bila bersembang dengan karkun2 nie, tenang sket hati...