Saya mulakan posting dengan petikan sebuah hadith daripada baginda yang bermaksud :
“Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai para syaitan.” (al-Bukhari dan Muslim)
Saya bukanlah alim ulamak nak mengupas hadith tersebut, namun suatu ketika dulu saya tercari-cari maksud sebenar hadith ini. Terdapat banyak kupasan ulamak berhubung ayat dirantai ini, ada yang menafsirkan perkataan dirantai itu dengan dibelenggu. Maka ayat dibelenggu hanyalah menyatakan keadaan kepayahan bukannya terhalang secara mutlak. Ada juga pendapat yang mengatakan biarpun syaitan itu dirantai, ia masih boleh bertindak dengan membandingkan seekor anjing yang dirantai. Biarpun anjaing dirantai, ia masih boleh menyalak dan berkejar-kejar dalam lingkungan rantaiannya. Perbahasan beberapa tokoh ulamak boleh didapati di sini sebagai panduan dan sedikit pencerahan.
Namun sebenarnya saya teringatkan hadith ini setelah membaca beberapa kes histeria yang masih belum reda di kawasan Pantai Timur ini biarpun di bulan Ramadhan. Kes yang kini telah menggamit tenaga warga kampus untuk mengkaji lebih lanjut sebab musababnya berlaku terutamanya kepada umat Islam semta-mata. Saya pernah sekali dipanggil untuk menenangkan seorang pekerja kilang yang disampuk jin suatu ketika dahulu. Keadannya agak menggerunkan, dan saya berdoa agak Allah tidak menjadikan saya sebagai salah seorang ghost buster di muka bumi ini. Cukuplah sekali tu...seminggu juga lamanya saya nak melepas diri daripada gangguan lain yang muncul sejak berlakunya kes pertama.
Pengalaman diganggu jin di bulan Ramadhan sebenarnya masih kuat melekat di fikiran saya. Kejadian yang berlaku semasa di STAR Ipoh, ketika menjadi pelajar Matrikulasi USM. Sejak kes itu (yang tak perlu rasanya diceritakan di sini) saya yakin bahawa sememangnya tak semua jin yang dirantai semasa Ramadhan. Maka sewajarnya kita sentiasa beringat-ingat dan menuruti ajaran Islam untuk mengelakkan gangguan samada jin, binatang buas, hasad manusia, penyakit Ain, khianat dan sebagainya. Senjata kita sebagaimana yang disarankan oleh junjungan Nabi s.a.w. hanyalah dengan berdoa dan meminta pertolongan Ilahi. Nak tahu doanya? Emmm, rajin-rajinlah bertanya pada ustaz yer...saya dah lambat nak ke majlis berbuka ni, sekian wassalam.
3 comments:
Yang bunyi tapak kaki tu ke?
Eh camner tau nih..hehe lupa plak bro Sebol ni STAROBA.
Bukan sekadar tapak kaki jer bro, gegak gempita tandas time sy sorang2 kat situ. Pas tu time cross padang pun ada kutu duk ikut, bila sampai jer kat depan pejabat , hilang plak kutu tu...ajaib2....
Eh camner tau nih..hehe lupa plak bro Sebol ni STAROBA.
Bukan sekadar tapak kaki jer bro, gegak gempita tandas time sy sorang2 kat situ. Pas tu time cross padang pun ada kutu duk ikut, bila sampai jer kat depan pejabat , hilang plak kutu tu...ajaib2....
Post a Comment