Thursday, April 28, 2011

Pindah ke Batu Rakit


Salam semua...

Mulai 2hb Mei ini, saya akan berkhidmat dengan Institut Teknologi PETRONAS (INSTEP) di Batu Rakit, Kuala Terengganu. Biarpun sekali lagi terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak-anak, kami berdoa moga perpindahan ini bakal memberi 'makna' yang besar. Cumanya secara kebetulan, saya berpindah pejabat setiap kali isteri mengandung. Teruja juga nak berkhidmat di institusi latihan setelah sekian lama saya menyimpan hasrat untuk mengajar atau bersama-sama dengan para pelajar...Alhamdulillah, lokasi yang diletakkan di dalam GPS minda ini semakin dihampiri. Kepada semua pembaca budiman, doakan saya berjaya dalam tugasan baru ini, ameen. Sekian wassalam.

2 comments:

syafiq said...

aslkm....nk tanya ni, mcm mna cara nk apply study kt INSTEP?

Abu Alfateh said...

Salam Syafiq,

Selalunya iklan akan keluar dalam akhbar harian. Sekarang ni, cuma kursus setahun bagi lepasan Diploma sahaja yang akan ditawarkan. Jika berminat nanti kalu ada keluar iklan saya cuba war-warkan...iAllah.