Friday, March 28, 2008

Kerja Paling Seronok Dalam Dunia

Seorang rakan sekerja yang mesra dipangggil Pak Ya (seorang bekas pegawai PDRM), pernah menyoal saya perihal kerja yang paling best dalam dunia?

"Heheheh, mana la saya tau Tuan. Paling syok kerja jadi jaga parking haram la kut....duit free siang malam, income tax pun tak payah bayaq" balas saya sambil tersengih. Dia yang turut tersenyum membalas,"yang tu no.2, yang no.1 kerja buat roti canai la....cuba you perati, siap saja roti mesti dia tepuk tangan".

Hmmm relevan juga alasan tu, kerja buat roti canai ni seronok juga sebenarnya. Sila klik video di bawah, pasti anda setuju dengan pandangan Pak Ya...Selamat bersiaran.

2 comments:

Anonymous said...

salam, asyik gak tengok roti terbang, tp terpikir gak kot ada benda terbang terlekat kat roti, kan dekat dgn lampu..huhu.. mcm2 gaya hidup org mencari rezeki halal..dan yg berkeliaran secara rasmi dan tdk rasmi cari rezeki haram tak kurang juga.. :)

Abu Alfateh said...

Salam anon...baru tghari tadi ketika baru keluar kereta, sy didatangi seorang lelaki yg meminta RM1. Katanya "saya lapar sy minta bang, bagi la seringgit"...

Saya terus jer bagi, sebab fikirkan ramai lagi yang lapar or lalloq, dia tak minta duit...tapi kebassss reta benda orang. Lagi penat tuh.