Wednesday, March 5, 2008

Bersalaman Sebelum Bersilat....

Setelah wisel ditiup pengadil menandakan pertarungan bermula, semua pihak memulakan pencak biarpun pengadil diragui keadilannya. Diragui bukan kerana 'berat sebelah', tetapi kerana bertindak 'melampaui batasan'. Pengadil yang berat sebelah adalah seperti yang selalu dilihat di padang bolasepak, sedangkan yang melampau hanya wujud di gelanggang Smack Down. Semalam, sekali lagi pengadil ghaplah ini dengan bantuan dua orang 'pengacara' gusti popular tanah air membuat huru hara. Mereka tanpa segan silu berpakat membatalkan pula penggunaan kaedah calitan dawat, hampeh betul.


Sedih mengenangkan taktik kotor yang digunakan pengadil dan lawan di dalam acara sukan rakyat nie. Pedih hati mengenangkan nasib penonton setia sukan ini, yang diperbodohkan saban musim perlawanan diadakan. Tambah derita apabila diri sendiri terlibat selaku pemain.....biarpun diriku sekadar pemain di belakang tabir. Marilah kita berdoa agar segala kezaliman, kebejatan, tipu daya, taktik bodoh, penyelewengan dan segala porak peranda yang berlaku secara jelas di depan mata ini ditamatkan.


Hanya Allah jua yang mampu mengajar mereka dengan seadanya. Ku serahkan kepada Mu jua Ya Allah untuk membalas kezaliman ini...Ya Allah Kau berikanlah hidayah dan kekuatan kepada rakyat negara ini untuk menetapkan pendirian dengan adil dan bijaksana....ameeenn

No comments: