Monday, March 31, 2008

Take 5 - Aiya Manyak Susah Mau Bace


Salam Semua,

Hari ini saya baru temui sesuatu yang menarik di Blog Readability Test. Seronok dan bangga juga mulanya apabila blog ini tersenarai dalam kategori untuk bacaan manusia genius (perghhhhh...siap tampal sticker lagi). Malah ada pula laman lain yang mengulas kehebatan test ini seperti di link. Setelah direnung sekejap, rasanya ada yang tak kena pada ayat genius ni...cam perli jerrr bro.

Tak kisahlah, sekadar nak Take 5 jer apa salahnya kan. Perasan baguih bukan tandanya kita bagus, perasan genius, lagi tarak bagus. Pada pembaca yang ada masa terluang, cubalah uji tahap bacaan blog atau laman web kegemaran anda. Selepas tu, buat la kesimpulan sendiri yer.

Friday, March 28, 2008

Kerja Paling Seronok Dalam Dunia

Seorang rakan sekerja yang mesra dipangggil Pak Ya (seorang bekas pegawai PDRM), pernah menyoal saya perihal kerja yang paling best dalam dunia?

"Heheheh, mana la saya tau Tuan. Paling syok kerja jadi jaga parking haram la kut....duit free siang malam, income tax pun tak payah bayaq" balas saya sambil tersengih. Dia yang turut tersenyum membalas,"yang tu no.2, yang no.1 kerja buat roti canai la....cuba you perati, siap saja roti mesti dia tepuk tangan".

Hmmm relevan juga alasan tu, kerja buat roti canai ni seronok juga sebenarnya. Sila klik video di bawah, pasti anda setuju dengan pandangan Pak Ya...Selamat bersiaran.

Tuesday, March 25, 2008

Iklan Sekejap - Rumah Untuk Disewa

Rumah Untuk Di Sewa (RM700 neg)

Rumah 2 Tingkat/Teres (projek baru-seperti di gambar)

Taman Sri Murni, Sg Dua Butterworth

Lot (20 x72) Luas Binaan 2070kps ada balkoni

4 bilik tidur dengan 4 bilik air dan ruangan keluarga

Ruangan tamu dengan lampu/kipas hiasan

Persekitaran menarik dan lokasi strategik

Hubungi segera : 0194575309

Monday, March 24, 2008

Peluang Yang Tidak Datang Berpakej

Salam buat semua,

Suatu pagi ketika bersarapan dengan seorang rakan sekerja, saya menyuarakan perihal peluang pekerjaan baru yang sedang bermain di fikiran. Satu nasihat berguna daripada beliau meninggalkan kesan mendalam, yang elok juga rasanya untuk dikongsikan bersama.

"Zam, peluang tak datang pada kita secara berpakej, you akan dapat beberapa benda yang menarik....tapi mesti ada benda yang you kena korbankan" katanya dengan nada serius sambil menghirup teh tarik.


Terkedu juga dibuatnya mendengar nasihat ini, terutamanya daripada seseorang yang lebih junior. Jazakallah buat sahabatku sdr Anuar Saidin, jasamu dikenang.

"Tiada indah yang datang bergolek, tiada susah yang berpanjangan"

Wajah Masa Depan


Apabila ku tatap wajah anak-anak ini, hatiku berkata sendirian...apakah nasib yang bakal ditempuhi oleh anak-anaku sendiri? Selamatkah iman mereka? Terbelakah aqidah mereka? Terjaminkah keselamatan mereka? Aku hanya mampu memikir, tiada sebarang jawapan yang ku temui.

Jauh disudut hati ini, timbul kerisauan akan nasib masa yang mendatang. Mereka ini adalah suara di masa hadapan, mereka juga adalah penyambung generasi dan mereka jualah bakal menemaniku di akhirat kelak.

Ya Allah, selamatkanlah anak-anak ini...ameen.

Sunday, March 23, 2008

Bodoh Sombong, Cerdik Tak Boleh Menumpang...

Semasa kecil, saya pernah terdengar tok wan (datuk) merungut sendirian sambil marah -marah, katanya "dah la bodo, sombong pulak dah, hat yang cerdik tak buleh nak menumpang". (bodoh sombong, cerdik tak boleh menumpang). Oleh kerana masih mentah ketika itu, saya hanya memahami maksudnya setelah usia meningkat dewasa.

Kini, peribahasa tersebut kembali menggamit memori setelah membaca berita berhubung golongan kemaruk kuasa di bumi bertuah ini. Mungkin sahaja contoh istilah bodoh sombong boleh dilihat di link1, link2 dan link3. Yang cerdik tak boleh menumpang tak banyak contohnya, namun bolehlah dirujuk di link4 . Terkenang pula filem Aku Yang Berhormat lakonan Hj Jamali Shadat suatu ketika dahulu....namun kes di atas lebih sesuai digandingkan dengan filem Penyamun Tarbus dan Planet Of The Apes.



Saya akhiri posting dengan mendoakan kesejahteraan terhadap Tuanku Mizan kerana memimpin negara ini daripada segala kebodohan, kesombongan, para penyamun tarbus dan komuniti Planet Apes yang berkeliaran selepas PRU12 lalu.

Friday, March 21, 2008

Semangat Hijau Kuning-Tiket Percuma Untuk Peminat Kedah


Salam buat semua,

Lagu Hijau Kuning rasanya tak perlu diperkenalkan lagi, satu Malaysia dah tauuu...Hari nie naik syeikh la pulak saya, tapi tak sama yer dengan syeikh bebal ala-ala perhimpunan Jumaat lepas tu.

Masih terkejut sebenarnya mendengar berita pengumuman MB baru Kedah semalam. Katanya tiket percuma akan disediakan untuk perlawanan bola sepak antara Kedah dan Perak pada 23 Mac nie. Beritanya ada disiarkan dalam akhbar Harakahdaily.

Mesti melompat pak menakan (bapa saudara) saya di Tanjung Dawai...hehehhehe walaupon dia dahulunya UMNO pekat, sekarang ni tinggal tea-O jer yang pekat. YAB Ustaz Azizan pastinya telah meneliti buruk baiknya keputusan ini sebelum bertindak dan harapnya ada kebaikan yang tersirat.

Sebenarnya sejak minggu lepas lagi saya dah mendengar betapa Stadium Darulaman telah dilanda tsunami bendera. Khabarnya bendera PAS berkibaran di sana namun telah dihijau kuningkan dengan sedikit ubahsuai warna di bulatan tengahnya...kreatif jugak yer mamat kat sana. Kepada warga Kedah, ayuh semarakkan semangat Hijau Kuning di mana jua anda berada dan Selamat Berdendang untuk semua.


"Hijau Kuning Darahku..Negeri Kedah Negeriku......"

Tuesday, March 18, 2008

Kabinet Baru Malaysia- Tahniah Buat Mereka

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan barisan Kabinet Baru kira-kira jam 12 tengahari tadi. Tahniah kepada mereka yang dilantik, mudah-mudahan semuanya bakal mendapat perkenan Tuanku Mizan yang amat disanjungi rakyat jelata.

Agak saspen juga sebenarnya menunggu senarai penuh pak menteri, kerana terdapat ura-ura barisan Kabinet bayangan adalah seperti di link (Berhati-hati, jangan sampai terjatuh kerusi nanti). Senarai penuh anggota Kabinet baru yang sebenar boleh boleh disemak di link.

Kepada semua barisan Kabinat saya ucapkan Usaha Rajin-Rajin dan Selamat Maju Jaya. Sekali imbas bunyinya iras-iras ucapan kepada peserta pertandingan Who Wants To Be A Millionaire la pulak, hehehe jangan mare yer....Maafkan Kami 3x...wassalam.

Monday, March 17, 2008

Hormatku Pada Pemimpin Berjiwa Rakyat..

Salam buat semua,

Isu keputusan PRU12 masih lagi menjadi topik hangat yang diperbualkan. Daripada si pencuci kereta hinggalah ke sang raja AP mengimport kereta. Terus terang saya katakan, saya berkali-kali cuba untuk melarikan diri daripada mengikuti berita politik. Namun jejemari ini masih lagi gatal membuka laman yang membicarakan hal tersebut.

Posting kali ini sekadar berkongsi koleksi gambar seorang tokoh politik dunia yang dikagumi ramai samada kawan mahupun lawan. Beliau yang saya maksudkan adalah Presiden Mahmoud Ahmadinejad yang memimpin Republik Islam Iran sejak tahun 2005. Jangan pula pmbaca tersalah sangka dengan mengaitkan saya dengan fahaman Syiah penduduk Iran, saya bukan ahli membicarakan bab agama. Sekadar mengkagumi kehebatan beliau sebagai pemimpin, sepertimana saya sanjungi kehebatan Ghandi. Tiada masalah kan begitu....gambar di bawah menjadi saksi kata-kata saya.














Saya akhiri dengan rangkapan doa "Selamat Hari Lahir ke 51 & Selamat Berjuang" kepada seorang lagi tokoh hebat yang bakal mewarnai politik tanah air Ir Mohamad Nizar, MB baru Perak.



Thursday, March 13, 2008

Satu,Dua Tiga Empat..Mari Menyanyi

Salam buat semua...

Kenapa agaknya kita suka mendengar sesuatu lagu? Kerana iramanya kah, atau liriknya, mungkin juga penyanyinya, atau dek kerana kita ini memang kaki muzik? Ada orang yang suka mendengar muzik semata-mata dan ada pula yang suka mendengar sambil menyanyi. Malah ada yang sampai ke tahap 3M, Mendengar, Menyanyi dan Menari...perghhh ala-ala KBSM pulak.


Tapi, 'apa kejadahnya' saya bercerita tentang muzik? Orang duk sibuk bercerita tentang DEB, MB Perak yang tak selesai, keceramukan pakatan Barisan Rakyat dan lain-lain cerita panas politik, si mamat ni duk sibuk cerita bab muzik. Buang masa! Saya tiada niat membuang masa anda, cuma saya sendiri dah penat...kepenatan mencari irama dan lagu politik hari ini.


Sangkaan saya, iramanya adalah 'universal music' hasil gabungan nasyid kontemporeri, jazz dan sedikit sentuhan bollywood. Namun sungguh unsangkarable, hip hop yang mereka dendangkan. Daripada saya penatkan minda ini melayan hip hop, baik ditutup terus radio...hati tenang, minda tak celaru. (Hip hop hanya tak ngam di telinga saya, mungkin tidak bagi pembaca lain)

Universal ku cari,
Hip hop yang mari,
Masuk angin keluar pun angin,
Baik ku diam dari naik hanghinnn...


Marilah bersama-sama kita rehat sekejap daripada berbicara bab politik (atau mungkin rehat terus) sambil mendengar alunan merdu dan syahdu Aris Ariwatan dengan lagunnya bertajuk 1.2.3.4. , selamat berdendang.


Wednesday, March 12, 2008

Fiqh Aulawiyyat - Contoh Terbaik Dari YB Husam

Terpegun saya membaca saranan YB DUN Salor, Dato Husam Musa malam tadi. Bagi saya inilah contoh kenyataan yang patut dibuat oleh semua pemimpin Barisan Rakyat dalam masa terdekat ini. Perkara yang terpenting didahulukan daripada yang penting -Fiqh Aulawiyyat. Bukan masanya untuk kita berbicara hak menjadi MB, KM, isu perkauman dan lain-lain isu yang sengaja diperbesarkan.


Cadangan YB Husam saya sertakan di bawah ini untuk renungan bersama....

Kerajaan Rakyat akan bentuk koridor ekonomi baru di 5 negeri

KUALA LUMPUR, 11 Mac : PAS mencadangkan agar lima buah negeri yang dikuasai Barisan Alternatif (BA) sekarang bergabung membentuk koridor ekonomi di negara ini. Cadangan ini dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini Selasa lepas.
Negeri-negeri itu adalah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.“Kalau perlu kita boleh buat rel keretapi laju atau lebuhraya antara Pulau Pinang dan Kelantan merentasi Kedah dan Perak,” kata Husam. Ketika ditanya media, apakah ia boleh dilaksanakan, Husam berkata, ia boleh dilakukan dengan kerjasama para pelabur dan lima kerajaan negeri yang terlibat. “Kita kena explore segala peluang yang ada untuk kepentingan rakyat,” kata Husam.
Menurutnya, menguasai lima negeri tersebut bukan perkara kecil. “Kita kena bayangkan apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara. Lima negeri akan mendesak pengerusi agar membuat reform dalam pembangunan kewangan.“Begitu juga dalam mesyuarat Majlis Raja-raja. Lima Sultan dan MB dari negeri-negeri ini akan terlibat secara langsung dalam mesyuarat itu. Bolehlah kita bayangkan apa yang berlaku?” kata Husam. Oleh itu, katanya, apabila lima negeri bergabung, kelima-limanya bakal menghasilkan persaingan dengan negeri-negeri di bawah BN dan kesatuan di kalangan negeri-negeri BA ini.


Sebenarnya, tak bercadang pun nak mengarang topik politik sebab dah jemu mendengar andaian yang dibuat melibatkan pakatan Barisan Rakyat. Namun, untuk memberi sedikit kelegaan dan pembangunan minda, posting ini disediakan....biar minda kita berfikir sikit. Fikir untuk memajukan negara bukan merosakkan perpaduan kaum di Malaysia, yang tak habis-habis dengan isu perkauman....emmm sekian dulu no, wassalam.

Sunday, March 9, 2008

Tangisan Memohon Restu - Akhirnya Rakyat Bersuara




Apa yang terjadi adalah suatu gelombang Suara Rakyat. Gelombang yang meminta agar dihentikan segala kesombongan yang melampau di pihak Penguasa. Andai kata Sang Penguasa masih lagi diulit kesombongan yang sama....tidak mustahil 'gelombang' dari langit pula yang bakal tiba...nau'zubillahi min za lik...

Thursday, March 6, 2008

10 Soalan Lazim Mengenai Pembangkang

1. Kenapa pilih sokong Pembangkang, masa study dulu biasiawa kerajaan yang kasi ?
Biasiswa duit kerajaan, duit dari rakyat jugak, aku pon rakyat Malaysia apa.

2. Tak takut ke sokong Pembangkang, dah la kerja kat GLC ?
Laaa....adanya pembangkang sahla kita negara demokrasi, kami bukan penjenayah boss, sekadar nak bertanding pilihanraya jer bukan nak tembak orang boss...

3. Undi Pembangkang dapat apa, habuk pon tarak ?
Undi la dulu, kasi kami memerintah sepenggal, baru tau apa yang boleh dapat...kain batik, topi, baju-T cap Dacing dll. tu kat pasar malam pun belambak makcik...

4. Hampa nie duk janji syurga kat orang ramai, nak rosakkan aqidah ummah ka?
Mana boleh janji syurga sheikh, tapi kalu dah pemimpin depa pun terang-terang berpeluk cium tak tahu malu, takkan kita nak kata Alimmmm kut mamat tu...apa la sheikh nie

5. Pakatan pembangkang bersifat perkauman, menanam kebencian pada kaum lain?
Yer ker Dato', abis tu sapa yang duk terhegeh-hegeh hunus keris time perhimpunan hari tu...

6. Kalu pembangkang memerintah camner kami peniaga nak cari makan ?
Bisnes cam biasa la bang. Lagi baguih apa, takder la nak kena rasuah baru dikasi projek.

7. Cakap senang la, ingat mudah nak perintah negara, ada kelayakan ker ?
Yang duk perintah sekarang nie layak ker bro, terutamanya si Menteri Penerangan errection tu, hampeh tui...

8. Barisan Kami barisan berpendidikan, profesional dan berwawasan, hampa ada apa ?
Ada semua apa, berpendidikan tinggi, profesional, berwawasan dan paling pentingnya beramanah...kan lagi baik tu.

9. Pembangkang ni takder kerja lain ker, asyik-asyik nak membangkang ajer ?
Ader makcik, kami nak memerintah, apabila depa dah jadi pembangkng nanti, Insya Allah. Kami bangkang pun sebab libatkan kepentingan negara makcik, takmaula sampai negara tergadai...bekas PM pun sekarang duk membangkang kan.

10. Oklah, kalu hampa menang kali nie, hampa boleh bagi ke janji-janji tu ?
Kami perintah Kelantan, biarpun tak dibantu..alhamdulillah rakyat tak menderita. Malaysia ni negara makmur dan boleh menjadi negara maju. Janji kami adalah untuk memerintah dengan ikhlas, adil dan beramanah. Itu yang paling penting dalam pemerintahan negara.

Dengan keikhlasan, rakyat akan turut merasa dihargai dan tidak ditipu. Dengan keadilan, semua kaum dapat menikmati kekayaan negara dengan aman damai. Dengan beramanah, kita yakin hasil negara akan dikawal sebaiknya dan semua pembangunan bukan untuk mengkayakan kroni semata-mata. Peluang memerintah adalah satu amanah....maka pilihlah pemimpin yang terbaik untuk menjalankan amanah ini.


Sekian dahulu untuk posting pilihanraya....kita tunggu keputusannya nanti. Doa kami mengiringi semua calon-calon Barisan Rakyat yang bertanding. Wassalamualaikum

Wednesday, March 5, 2008

Bersalaman Sebelum Bersilat....

Setelah wisel ditiup pengadil menandakan pertarungan bermula, semua pihak memulakan pencak biarpun pengadil diragui keadilannya. Diragui bukan kerana 'berat sebelah', tetapi kerana bertindak 'melampaui batasan'. Pengadil yang berat sebelah adalah seperti yang selalu dilihat di padang bolasepak, sedangkan yang melampau hanya wujud di gelanggang Smack Down. Semalam, sekali lagi pengadil ghaplah ini dengan bantuan dua orang 'pengacara' gusti popular tanah air membuat huru hara. Mereka tanpa segan silu berpakat membatalkan pula penggunaan kaedah calitan dawat, hampeh betul.


Sedih mengenangkan taktik kotor yang digunakan pengadil dan lawan di dalam acara sukan rakyat nie. Pedih hati mengenangkan nasib penonton setia sukan ini, yang diperbodohkan saban musim perlawanan diadakan. Tambah derita apabila diri sendiri terlibat selaku pemain.....biarpun diriku sekadar pemain di belakang tabir. Marilah kita berdoa agar segala kezaliman, kebejatan, tipu daya, taktik bodoh, penyelewengan dan segala porak peranda yang berlaku secara jelas di depan mata ini ditamatkan.


Hanya Allah jua yang mampu mengajar mereka dengan seadanya. Ku serahkan kepada Mu jua Ya Allah untuk membalas kezaliman ini...Ya Allah Kau berikanlah hidayah dan kekuatan kepada rakyat negara ini untuk menetapkan pendirian dengan adil dan bijaksana....ameeenn

Monday, March 3, 2008

Peraduan Mencari Ayat Tersembunyi

Salam semua...

Kepada pembaca yang mempunyai mata yang power, silakan mencuba peraduan ini. Anda diminta mencari satu ayat tersembunyi pada gambar di atas. Ayat ini merujuk kepada suatu keadaan atau mungkin juga perihal seseorang (sila klik gambar untuk imej yang lebih jelas). Jika anda menjumpainya namun tidak bersetuju dengan pernyataan ayat tersebut, mata anda jer power tapi buta hati.

Kalau rasa berani cubaLah....(sayogia diingatkan yer, tiada hadiah kepada pemenangnya)

Saturday, March 1, 2008

Salam Perjuangan - Hari Tentera Darat Malaysia


Salam perjuangan...

Terus terang saya katakan tarikh 1 Mac jarang sekali menjadi tarikh yang saya ingati sebelum ini. Walaupun pernah bersama dalam PALAPES seketika, tarikh ini seakan tidak memberi sebarang makna buat penulis. Situasi ini berubah berubah setelah saya diterima masuk ke Penang Port disebabkan pernah terlibat dengan PALAPES. Saya mulai sedar betapa latihan ketenteraan mencorakkan kehidupan saya sebenarnya.

Kepada semua pembaca, marilah bersama-sama kita hargai khidmat bakti yang dicurahkan oleh pasukan tentera. Biarpun sekarang ini khidmat mereka kurang dipromosikan, namun jasa itu tetap tidak terbalas. Sesiapa yang berpengalaman mendengar dentuman sebenar sebutir bom, atau sekurang-kurangnya pernah melihat kesan sebutir peluru M-16, akan faham maksud di atas. Amat mudah bagi kita menghargai jasa seorang doktor, jururawat, anggota polis mahupun bomba. Namun jarang-jarang jasa para Pahlawan Negara ini diberi perhatian.

Betapa mereka yang syahid di medah tempur dan yang mengalami kecacatan kekal bahana senjata lawan. Semua ini mereka korbankan demi menjaga keselamatan negara yang tidak setimpal balasannya jika dihitung dari sudut material. Oleh kerana mereka ini berjuang demi Tuhan dan Rasul, ganjaran bukanlah soal utama. Kepada semua warga tentera dan dan bekas prajurit negara, "Salam Perjuangan" buat anda. Doa kami warga Malaysia yang cintakan keamanan, agar pejuangan kalian diteruskan dengan semangat jihad...ameen.

"Ingat perjuangan kita pada 8hb Mac 2008, seminggu menyusul Hari Angkatan Tentera ke 75 ini yer..." Gempur Wira! Gempur Wira! Gempur Wira! Maju!