Showing posts with label Iklan Sekejap. Show all posts
Showing posts with label Iklan Sekejap. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Jimat petrol dengan cara terjimat!



Salam semua,

Lebih kurang 5 tahun lepas, ambe pernah guna produk jimat petrol yang tersohor di dunia. Ambe pakai ubat gegat jer! Ramai yang takut nak mencuba, tapi ambe belasah jer sebab time tu ambe cuma pakai toyota 2nd hand yang memang agak kuat sket makan minyak. Hampir setahun ambe pakai, takder la apa-apa kesan negatif pada kereta, alhamdulillah. Kini biarpun ambe dah kerja dengan syarikat minyak, tetiba teringat kembali petua hebat tuh!


Kepada pembaca yang nak mencuba, ambe ada beberpa nasihat:

a) Pastikan anda pakai ubat gegat yg 99% dibuat dari naftalena.

b) Pastikan anda beli ubat gegat yang putih bersih bukan yang berkaler-kaler.

c) Ubat gegat hanyalah octace booster, jangan isi terlalu banyak...3-5 biji untuk full tank.

d) Gunakanlah untuk perjalanan jauh, untuk jarak dekat kurang sket kesannya.

e) Isi tangki biar penuh, baru masukkan ubat gegat dan tutup segera tangki...

f) Jangan dibuka tangki minyak selepas diisi ubat gegat.

g) Anda boleh cuba selepas konfiden dengan kaedah ini, jika tidak isi jer la minyak macam biasa.


Sebelum anda konfiden dengan kaedah ini, silalah google dahulu sepuasnnya berkenaan tajuk ni untuk mendapatkan kepastian secara sahih dan saintifik. Ambe malas nak citer panjang-panjang. Pendapat ambe ni takder kaitan dengan syarikat ambe kerja, sekadar pandangan peribadi ambe yang lemah dan jahil ni. Kepada yang nak mencuba, sendiri mau tanya! Wassalam...


Nota: Sy bukan mencadangkan anda guna ubat gegat, anda sendiri yang memilih dek kerana nak jimat duit...Harapan saya duit yang dah dijimat tuh diguna untuk bersedekah, bukan untuk beli dadah (isap rokok)

Tuesday, September 20, 2011

Promosi Kain Pelikat Tenun Asli Terengganu

Salam semua,

Posting kali ini adalah iklan jualan kain pelikat tenun asli di Terengganu yang saya sering war-warkan pada blog jualan jubah di sini. Untuk makluman, kain pelikat tenun ini memang sukar dicari biarpun di negeri Terengganu sendiri. Secara kebetulan saya telah ditemukan dengan pembekalnya yang bersetuju untuk menjadi rakan niaga biarpun baru sahaja berkenalan. Jika di Pahang, memang agak mudah untuk mendapatkan kain pelikat tenun Diraja, namun harganya la pulak yang kurang meberansangkan dek kerana status Diraja nya dan mungkin juga pada kualiti benang songket yang digunapakai.


Kain ini boleh sahaja digunapakai seperti kain pelikat biasa atau untuk dijadikan sampin. Pada pendapat saya, kain sarong ini 'terbaekkk' untuk dijadikan hadiah kerana ia adalah sesuatu yang sangat jarang-jarang ditemui di pasaran. Saya sekadar mencadangkan ia dijadikan hadiah kepada para bakal Haji, staff yang bakal bersara mahupun kepada tetamu korporat atau insan tersayang tak kira jantina. Terdapat pelbagai rekaan yang bersesuaian yang akan saya kemaskini gambarnya nanti.



Buat sementara ini, saya sudahpun berjaya menjual 8 helai kain ini secara offline, dan sekarang sedang bercita-cita untuk memasarkannya secara online. Saya menawarkan harga RM150 kepada yang berminat untuk membeli secara runcit. Kepada yang nak memborong, silalah hubungi saya di talian yer...sekian wassalam.




Contoh gambar kain pelikat tenun yang telah pun terjual

Saturday, October 3, 2009

Berniaga Kembali...Ayuh Hidup Sihat!

Salam semua....

Sedar tak sedar, dah hampir dua bulan saya tak 'update' blog. Bukan sibuk yang menghalang, bukan masa yang membatasi...saya sebenarnya kurang motivasi. Motivasi yang semakin membasi dek kerana terlalu membaca blog politik yang sukar untuk dilepaskan setiap kali menyentuh laptop. Cerita demi cerita, andaian demi andaian, tuduhan tak pernah padam, semua pihak tak nak kalah, semua pihak nak tunjuk handal, sesama kawan kata hang aku, rakyat jelata haru biru.

Tambahan pula ketika balik beraya di Alor Setar 'Bandaraya Sampah' bebaru ni statusnya masih kekal seadanya, pi mai pi mai duk tang tu jugak. Habislah pahala puasa saya duk mengutuk si juara sampah sewaktu dia tak jadi YB dulu....hampeh duk ada. Namun dengar katanya, Alor Setar akan berseri semula November ini. Janji yang diberikan oleh MB Kedah, untuk menyelesaikan masalah sampah menyampah ini. OK la tu, janji boleh selesai harapnya...jangan janji tinggai janji, masuk buah keluar biji....

Sebenarnya di sepanjang 2 bualan saya menyepi, saya sibuk mentelaah kaedah untuk kembali berniaga. Dah lama sangat saya tak berniaga, biarpun itu adalah cita-cita utama saya setelah bergelar mahasiswa. Portal mudah.my sentiasa dikunjungi untuk melihat barang-barang yang sering diiklankan, dan saya turut sesekali mengiklankan beberapa produk untuk 'test market'. Saya juga turut membaca tulisan beberapa penulis seperti Chef Li dan Azizi Ali untuk mendapatkan kembali 'feel' menjadi peniaga. Bukan duit yang menjadi dorongan, minat terhadap perniagaan sebenarnya yang membuatkan hati ini sentiasa terpaut untuk kembali 'aktif' seperti dulu-dulu.

Sejak bersekolah lagi saya aktif berniaga, bermula di stadium Darulaman kemuadian di tapak pesta, saya menjual belon dan pelbagai jenis kekacang. Semasa di universiti juga tak kurang hebatnya bisnes juga yang saya majukan, dengan menjadi 'tokey' kertas A4, perkhidmatan photostat, makanan segera tak segera pun ada, macam-macam adaaa.....Habis je belajar saya terus membuka bisnes kecil-kecilan dengan modal sendiri, kedai photostat dan perkhidmatan lain yang sewaktu dengannya. Sayang sekali, bisnes hanya mampu bertahan setahun sahaja setelah saya mendapat tawaran berkhidmat di Penang Port. Semasa di Penang Port juga minat berniaga masih membara, masa terluang dihabiskan dengan membungkus kekacang dan keropok untuk dihantar ke kedai dan kantin kilang. Pendek kata, namakan apa saja produk keperluan harian, saya pasti tahu harga borongnya ketika itu. Kini, semuanya tinggal kenangan....

Dengan kesibukan dan penat lelah di pejabat dan masa yang diluangkanbersama keluarga, saya selesa sekadar menjadi pembeli semata-mata. Sesekali geram juga untuk kembali berniaga, namun dipendamkan sahaja cita-cita itu menjadi angan-angan. Sehinggalah sejak sebulan lepas setelah saya membaca satu buku karangan Chef Li bertajuk OKB, Orang kaya Bertaqwa. Saya seolahnya seperti dikejutkan dari mimpi. Mimpi yang membuai diri ini semenjak mendapat rezeki berganda menerusi pekerjaan baru dan anak pinak. Saya terasa perlu untuk melakukan sesuatu untuk memenuhi impian dan cita-cita.

Mungkin ada hikmahnya saya masih belum bergelar peniaga sepenuh masa, namun berazam untuk kembali ke gelanggang asal sebelum di mamah usia. Buat masa ini, biarlah saya usahakan dahulu perniagaan yang saya minati secara sambilan dan masa hadapan saya serahkan kepada yang Esa untuk menentukan. Saya masih setia bersama majikan dan saya juga masih bersemangat untuk meneruskan tugasan harian. Perniagaan hanyalah usaha sampingan untuk mengisi ruang kosong yang terluang sambil membantu mereka yang memerlukan. Insya Allah saya akan sediakan perkhidmatan "berbekam" di sekitar kawasan bandar Kuantan ini sebagai permulaan. Inilah langkah pertama saya untuk kembali berniaga...doakan saya maju jaya. Sekian dahulu, wassalam.

Monday, December 15, 2008

Berehat setelah Berpenat....


Salam semua...

Terlebih dahulu saya memohon ampun dan maaf kerana dah tak terdaya nak kemaskini blog dalam masa terdekat. Buat masa ini, saya begitu sibuk dengan pelbagai program (di pejabat dan peribadi) termasuklah yang terkini memindahkan barang rumah ke Pekan, Pahang. Namun Alhamdulillah, semuanya selamat dipindahkan semalam. Dengan tenaga yang berbaki...saya dan beberapa ahli keluarga masih sempat mengecat rumah sewa kami di Taman Mentiga, Pekan. Semalam juga kami sempat menjamah murtabak istimewa hidangan khas dari Pekan, iaitu Murtabak Mengkasar. Kesedapan yang tak boleh nak diceritakan di blog....kena cuba sendiri, pasti nak lagi.


Jika anda belum pernah mendengarnya, emmm sila buka link berikut. Pesanan akhir dari saya sekeluarga, jemputlah berkunjung ke Pekan yer. Nanti kita boleh balun Murtabak Mengkasar bersama-sama.....wassalam.

Sunday, July 27, 2008

Perlukan Penyewa Segera...


Salam Semua...

Rumah saya ini perlukan penyewa segera (penyewa lama dah beli rumah)..Tolong sebar-sebarkan yer.


Rumah Untuk Di Sewa (RM700 neg)
2 Tingkat/Teres (projek baru-seperti di gambar)
Taman Sri Murni, Sg Dua Butterworth
Lot (20 x72) Luas Binaan 2070kps ada balkoni
4 bilik tidur dengan 4 bilik air dan ruangan keluarga
Ruangan tamu dengan lampu/kipas hiasan
Persekitaran menarik dan lokasi strategik
Hubungi segera : 0194575309

Thursday, July 10, 2008

Serangan Tak Bertuan...


Salam semua...

Sejak dua menjak ni, saya kurang memblog kerana kesuntukan masa. Namun hasrat untuk menambah satu artikel baru terpadam seketika akibat serangan spam posting di abu-alfateh. Pelik juga memikirkan aktiviti spammer....blog cam abu-alfateh ni apa la sangat faedahnyer nak diserang-serang. Lainlah kalau saya mengusahakan skim cepat kaya ker...(tak yah pikir lah lagi senang).
Terima kasih kepada yang prihatin dan membantu...Insya Allah petang ni saya cuba usahakan satu posting hasil kaji selidik tidak rasmi saya terhadap peratusan orang ramai yang bersolat semasa dalam perjalanan....tungguuuuu....wassalam.

Wednesday, June 11, 2008

Iklan Sekejap - RFC lawan KFC



Salam semua...
Posting hari ini bukan sekadar nak iklankan produk, malah menjadi tuntutan fardhu kifayah bagi saya dan umat Islam lainnya juga untuk turut sama mengiklankannya. Produk RFC singkatan kepada Radix Fried Chicken ini dikeluarkan oleh syarikat jualan langsung HPA, milik sifu saya Tn Hj Ismail Ahmad. Saya bukanlah fanatik kepada jualan langsung namun, HPA bukan calang-calang syarikat. Semua pekerjanya di kilang ubatan herba diwajibkan berwudhuk malah dimestikan juga solat dhuha ketika bertugas....

Pengalaman saya berguru dengan Hj Ismail dalam bidang perubatan herba juga meyakinkan saya, beliau bukan sekadar nak lariskan jualan. HPA adalah syarikat jualan langsung yang bercita-cita tinggi untuk melaksanankan tuntutan fardhu kifayah umat Islam kini. Produk terbarunya RFC muncul diikuti dengan pembukaan restoran RFC di Sungai Petani Kedah ini tepat pada masanya. Bukan sahaja makanan terjamin halal yang dihidangkan, malah harga makanannya juga lebih murah daripada berbelanja di restoran makanan segera lain.


Saya sungguh berbangga dengan pembukaan restoran ini, dan tak sabar pula rasanya nak singgah buat pertama kalinya pada hujung minggu ini Insya Allah. Kepada semua pembaca yang berkesempatan silalah berkunjung ke restoran serba canggih yang terletak di Lagenda Height Sungai Petani ini. Dan kalau tak berkesempatan sekalipun, tolong sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan. HPA turut sedia menyediakan francais kepada mereka yang berminat, datang jangan tak datang.....3X
Mai secaewannnnnnn....

Tuesday, March 25, 2008

Iklan Sekejap - Rumah Untuk Disewa

Rumah Untuk Di Sewa (RM700 neg)

Rumah 2 Tingkat/Teres (projek baru-seperti di gambar)

Taman Sri Murni, Sg Dua Butterworth

Lot (20 x72) Luas Binaan 2070kps ada balkoni

4 bilik tidur dengan 4 bilik air dan ruangan keluarga

Ruangan tamu dengan lampu/kipas hiasan

Persekitaran menarik dan lokasi strategik

Hubungi segera : 0194575309