Wednesday, June 11, 2008

Iklan Sekejap - RFC lawan KFC



Salam semua...
Posting hari ini bukan sekadar nak iklankan produk, malah menjadi tuntutan fardhu kifayah bagi saya dan umat Islam lainnya juga untuk turut sama mengiklankannya. Produk RFC singkatan kepada Radix Fried Chicken ini dikeluarkan oleh syarikat jualan langsung HPA, milik sifu saya Tn Hj Ismail Ahmad. Saya bukanlah fanatik kepada jualan langsung namun, HPA bukan calang-calang syarikat. Semua pekerjanya di kilang ubatan herba diwajibkan berwudhuk malah dimestikan juga solat dhuha ketika bertugas....

Pengalaman saya berguru dengan Hj Ismail dalam bidang perubatan herba juga meyakinkan saya, beliau bukan sekadar nak lariskan jualan. HPA adalah syarikat jualan langsung yang bercita-cita tinggi untuk melaksanankan tuntutan fardhu kifayah umat Islam kini. Produk terbarunya RFC muncul diikuti dengan pembukaan restoran RFC di Sungai Petani Kedah ini tepat pada masanya. Bukan sahaja makanan terjamin halal yang dihidangkan, malah harga makanannya juga lebih murah daripada berbelanja di restoran makanan segera lain.


Saya sungguh berbangga dengan pembukaan restoran ini, dan tak sabar pula rasanya nak singgah buat pertama kalinya pada hujung minggu ini Insya Allah. Kepada semua pembaca yang berkesempatan silalah berkunjung ke restoran serba canggih yang terletak di Lagenda Height Sungai Petani ini. Dan kalau tak berkesempatan sekalipun, tolong sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan. HPA turut sedia menyediakan francais kepada mereka yang berminat, datang jangan tak datang.....3X
Mai secaewannnnnnn....

2 comments:

Anonymous said...

Mana boleh "solat dhuha ketika bertugas" brader!

Kena berhenti tugas, pergi sembahyang dhuha, lepas tu sambung balik tugas.

He he he...

Abu Alfateh said...

Hehehe, tak tau nak guna penyambung apa...tu yg keluar ayat "ketika"...

Maksud tu : Kalu datang kerja dia kena solat, tak datang kerja....sendri mau ingat la nak solat ke idak...heheheh last2 jadi ketika la pulak...tq atas teguran...