Hari nie amber sangat teruja! Teruja sebab tegok satu klip video yang sangat kreatif tahap wali...Kalu anda tak percaya, saksikanlah sendiri di bawah. Untuk mendapatkan klip2 daripada tuan yang empunya cipta, anda boleh saksikannya sendiri di SINI
Sifat asal kejadian manusia tidak akan berubah, namun sikap manusia tak pernah berhenti berubah...berubah dengan semangat HIJRAH
Friday, January 27, 2012
Terbaik dari You Tube
Hari nie amber sangat teruja! Teruja sebab tegok satu klip video yang sangat kreatif tahap wali...Kalu anda tak percaya, saksikanlah sendiri di bawah. Untuk mendapatkan klip2 daripada tuan yang empunya cipta, anda boleh saksikannya sendiri di SINI
Wednesday, December 14, 2011
Daer rdeaer, if you can raed tihs psas it on!!
Salam semua,
Sekadar berkongsi maklumat dari blog http://acespiretribe.wordpress.com/ , bagus untuk melatih lidah bercakap ala-ala Sir Alex Ferguson. Hahaha...duk merapu apa nie, aku ni peminat Prof Arsene! Apa-apa pun, posting kali nie nak menguji kemahiran anda berfikir, selamat membaca.
Olny srmat poelpe can raed tihs. I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy. It deosn’t mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed tihs psas it on!!
Ntoa: Syaa dah cbua dlaam Bhsaaa Meaylu, tpai hisanyla tak mtnaap snaagt!
Tuesday, October 4, 2011
Orang Muda Pun Poyo Jugak Rupanya...
Monday, October 3, 2011
Subaru Impreza vs Nissan Latio...

Salam Semua,
Wow! Power betoi Nissan Bluebird rupanya. Sungguh 'unsangkarable' bagi kereta yang mungkin sahaja dah berumur hampir 30 tahun. Kalaupun enginnya dah bertukar baru, saya teruja juga sebenarnya tadi. Huh...Tipah tertipu bang!
Saturday, June 4, 2011
'Badak' dalam kehidupanku
Friday, March 6, 2009
Angan-angan ku di suatu masa...
Friday, February 6, 2009
Kawan Makan Kawan....
Saya dah tak minat nak mengulas perihal menceritakan drama 'Lompat si Katak Lompat' atau 'Kejor Yop Kejor' yang nampaknya masih belum selesai. Sekadar nak berkongsi satu klip video yang agak menarik di YouTube menceritakan betapa pentingnya sebuah persepakatan atau bahasa mudahnya 'Pakatan'. Andai kita tersilap pilih partner, alahai alamat kena makan la kome...Selamat bersiaran, wassalam.
Saturday, September 27, 2008
Touching Video Clips on Road Accident
I got nothing to comment on the video clips below but only to agree. And for myself, Insyallah by tonight at 8.15pm I shall be leaving Kuantan and going back home on an extra bus. Do wish me a safe journey and have a nice day to all my beloved readers. My last advise before leaving, emmmm please watch the clips and kindly share it with others as well...wassalam.
Wednesday, September 24, 2008
Saya Anak Malaysia...
Minggu ni saya agak kering idea untuk mengarang, mungkin mood nak beraya sudah mari..biarpun sepatutnya mood Lailatul Qadar yang dicari. Apa-apa pun niat nak berkongsi cerita di abu-alfateh masih membara.
Posting kali ni saya nak mencuba masukkan lagu tanpa klip You Tube, biarpun dah ramai blogger yang mahir bab ni, saya baru nak cuba try test tengok... (update : Syukur...dengan bantuan bro Tawel, impianku tercapai) kalu menjadi ekperimen hari ni, abu-alfateh bakal bergegar....Namun untuk posting hari ni, saya tujukan sebuah lagu daripada Dr Sam bertajuk Saya Anak Malaysia. Lagu yang ditujukan khas buat teman-teman dimana jua anda berada. Selamat bersiaran.....
p.s : Sejak kecil lagi saya dah minat lagu ni, sungguh tak ku sangka masa belajor kat Toronto (Tronoh la tu) sempat pula berjumpa Dr Sam kat tangga School EE. Dia dah jadi orang kuat Jemaah Tabligh dan ke sana untuk berjumpa kawan sejemaah (School EE adalah pusat jemaah Tabligh di Tronoh)
Saturday, August 9, 2008
Selamatkan dunia dengan berjimat...
Monday, March 31, 2008
Take 5 - Aiya Manyak Susah Mau Bace
Salam Semua,
Tak kisahlah, sekadar nak Take 5 jer apa salahnya kan. Perasan baguih bukan tandanya kita bagus, perasan genius, lagi tarak bagus. Pada pembaca yang ada masa terluang, cubalah uji tahap bacaan blog atau laman web kegemaran anda. Selepas tu, buat la kesimpulan sendiri yer.
Friday, March 28, 2008
Kerja Paling Seronok Dalam Dunia
"Heheheh, mana la saya tau Tuan. Paling syok kerja jadi jaga parking haram la kut....duit free siang malam, income tax pun tak payah bayaq" balas saya sambil tersengih. Dia yang turut tersenyum membalas,"yang tu no.2, yang no.1 kerja buat roti canai la....cuba you perati, siap saja roti mesti dia tepuk tangan".
Hmmm relevan juga alasan tu, kerja buat roti canai ni seronok juga sebenarnya. Sila klik video di bawah, pasti anda setuju dengan pandangan Pak Ya...Selamat bersiaran.
Thursday, February 28, 2008
Rehat Minda : Kisah YB Yang Terlampau
Ubah Gaya Hidup
10 minit masa yang dihabiskan mengikuti siaran berita jam 8 malam cukup menyiksa minda. Untuk menyelamatkan TV di rumah daripada dihempuk ke lantai (aksi ala "Orang Utan"), saya terus menutupnya.....Terpaksa pula mengadap PC lebih awal untuk mendapatkan berita alternatif. Maka tersempaklah dengan klip video di atas yang sedikit merehatkan kembali minda ini. Tiada niat untuk menambah dosa kering, saya sekadar mengajak pembaca menyelami peristiwa aneh yang sedang berlaku di bumi bertuah ini....(klip video lain yang berkaitan boleh didapati di YouTube - Siri YB)
Selamat bersiaran......(maaf kerana menyiarkan berita berat sebelah, dacing yang saya pakai dah senget)
Monday, February 25, 2008
What is greater than God
More evil than the devil?
The rich need it?
The poor have it?
(Jawapan tepat drpd Gurindam Jiwa = Nothing)
p.s : Kesemua posting dalam kategori Take 5 adalah petikan daripada laman web secara percuma, so bagi pembaca yang allergik pada posting sedemikian, tak perlulah membaca...atau boleh tekan Alt F4, terima kasih...
Friday, February 22, 2008
Rehat Minda - Kisah Suami Romantis
Date : 22 Feb 2008
Subject : Abangmu telah selamat sampai
Salam buat ayangku,
Abang tahu Ayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Notebook siap dengan broadband pun ada..., dapat la jugak abang kirim emel pada ayang. Abang seronok sangat tengok semuanya kat sini dok ready, menanti kedatangan Ayang esok hari. Dah tak tahan sangat rindu nak jumpa Sayang esok. Abang doakan agar perjalanan Ayang ke sini akan lebih bermakna seperti yang Abang lalui ketika ini. Cepat-cepat sampai yer...wassalam
Thursday, February 14, 2008
Klip Pilihan - Hadhari Versi Jepun
Setelah puas menguji IQ pada posting lepas, minda saya agak stress dan perlu sentuhan lagu-lagu segar. Selak punya selak di YouTube terjumpalah pula satu klip yang pada hemat saya agak mencuit hati. Sekali tonton pasti tak puas...namun terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian. Seperti biasa saya nasihatkan, bagi sesiapa yang terlalu serius, sila elakkan daripada membuka klip ini...anda mungkin akan bertambah stress. Selamat berdendang pada yang lain, wassalam.
Wednesday, February 13, 2008
Ujian IQ – Rehatkan Otak Anda
Salam buat semua,
Oleh kerana suasana di shoutmix agak panas dengan beberapa komen politik , eloklah kita rehatkan minda dengan sesuatu yang agak ringan. Marilah kita menguji IQ kali ini dengan beberapa soalan mudah. Jika semua soalan itu dijawab dengan tepat, pembaca bolehlah tersenyum lebar kerana berstatus genius gilerr....andai kata anda kantoi, silalah buat temujanji untuk dibekam kepala anda (acah jer yer jangan mare)
Ok, sudi-sudikanlah mengikuti kesemua soalan ini, tidak rugi mencuba terutamanya jika anda terlalu bosan mengadap PC. Perhatian penting adalah anda perlu jujur dengan mengambil masa 10 saat sahaja untuk menjawab, kemudian sila semak jawapan yang disediakan....selamat mencuba. (Soalan-soalan ini juga mungkin tidak sesuai bagai pembaca yang terlalu serius)
Soalan Pertama:
- Namakan tikus yang berjalan menggunakan dua kaki sahaja?
Bagus Mickey Mouse....mudah jer kan, IQ anda hebat,teruskan dengan soalan seterusnya...
- Namakan itik yang berjalan menggunakan dua kakinya sahaja?
Jika anda menjawab Donald Duck....tandanya anda perlu dibekam segera kerana itik sememangnya berjalan dengan dua kaki sahaja...(jangan putus asa, cuba soalan seterusnya jika masih berminat mengetahui tahap IQ anda).
- Dalam suatu pertandingan merentas desa, anda memotong pelari di kedudukan tempat kedua, apakah kedudukan anda sekarang?
Jika anda menjawab no 1, anda boleh buat temujanji bekam, jawapannya tempat ke 2 la brader.......dah potong orang no 2, mestila di kedudukan kedua.
- Jika anda memotong pelari yang terakhir, berapakah pula kedudukan anda sekarang?
Jika anda menjawab no 2 terakahir....anda masih perlukan rawatan ...sebab tak mungkin anda boleh memotong peserta terakhir(mana boleh potong orang last, ingat F1 ker)...ok sila jawab soalan terakhir, ini adalah penentu kepada semua soalan di atas, jika anda berjaya, anda memang GENIUS...tak perlu dibekam.
- Bapak Aini mempunyai 5 orang anak perempuan iaitu Nana, Nani, Nanu, Nini...apakah agaknya nama anak yang ke 5?
Jika jawapan anda Ninu....makanlah banyak2 jus kurma & kismis minda yer...jawapannya tentulah Aini.