Showing posts with label Iman dan Taqwa.. Show all posts
Showing posts with label Iman dan Taqwa.. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Enchik berasal dari mana??

Salam semua...

Kalu anda ditanya "Enchik tanya sket, enchik berasal dari mana?" Apa agaknya jawapan anda agaknya? Butterworth, Ampang, Kuantan, Aloq Setaq, Singapura, Manchester??? Abis tuh, kalu dah asal dari Aloq Setaq, nanti kita balik ke sana jugak laa...Ada juga yang rasa wali sket, katanya kita asal dari tanah, nanti kita akan kembali ke tanah...Abis tuh, pakat jadi tanah belaka ker kita nie sampai bila-bila??? Wali band jugak!

Ramai yang dah lupa, kita semua nie asalnya dari syurga...Manusia berasal dari syurga dan sepatutnya pulang ke tempat asal. Moyang kita yang mulia, Nabi Adam dan Hawa datang dari kampung syurga. Maka jika anda ditanya soalan yang sama selepas ini, agak-agak apa jawapan yang paling tepat...Emmm chek pikiq la sendiri, wassalam.

Saturday, December 17, 2011

Meh jadi orang pandai...

Salam semua...


Beberapa hari lepas saya sempat ikuti satu kuliah menceritakan amalan yang mampu mengubah hidup kita selamanya. Kata ustaz, "Nak buat baik, buat pada kesempatan yang pertama. Jangan tangguh buat satu kebaikan, sebab nak tunggu untuk buat kebaikan lain yang belum tiba". Kemudian ustaz beri beberapa contoh di dalam kehidupan yang selalu kita amalkan dan hasilnya, rugi! Rugi sebab pahala menanti di depan mata melepas, pahala yang dikejar pun terlepas.

Pernahkah berlaku suatu hari anda ada lebihan duit dan berniat nak bersedekah, datanglah fikiran agar menunggu untuk bersedekah dengan jumlah yang lebih besar. Pastu, kedua-duanya sekali anda tak buat, ke guane? Ataupun waktu memandu sorang-sorang dan ternampaklah sekali imbas seseorang yang boleh ditumpangkan. Duk berberkira-kira nak kasi tumpang ke idak, terlepas satu lagi kebajikan...Ni cuma beberapa contoh-contoh untung free yang selalu kita lepaskan?

Pernah sekali terjadi semasa saya tuk asyik memandu, tertiba ternampak seekor kura-kura yang dengan sabarnya dan steadynya nak melintas jalan. Respon saya agak lambat sehinggalah kereta meluncur melepasi si kura-kura yang kenfiden itu. Namun, saya masih berkira-kira untuk menolongnnya dan berpatah balik dengan niat yang berkobar-kobar. Hasilnya, yang tinggal hanyalah bangkai seekor kura-kura malang di tepi jalan. Rugi lagi!


Orang pandai kena cepat cari untung, tak payah nak berkira-kira sini sana. Orang pandai, tak tolak kebajikan kecil demi nak kejar kebajikan yang belum tahu tibanya. Orang pandai, tak pilih bulu nak buat kebajikan. Orang pandai, kena fikir dengan tepat! Nak fikir dengan tepat, jom kita solat! (azan asar pun dah nak berkumandang). Wassalam.

Wednesday, November 2, 2011

Liat berpuasa sunat, nak 'maintain mental'

Salam semua,

Dalam kesemua ibadah yang sunat-sunat, saya paling liat nak berpuasa. Puasa sunat ni hebat sangat buat saya, biarpun ada kengkawan yang selamba jer berpuasa Isnin-Khamis saban minggu. Puasa sunat saya kebiasaannya bertahan sekerat hari saja...Cukup jam dua belas, saya dah surrender biarpun perut tak la meragam pun. Susah berpuasa ni sebenarnya cuma kegagalan nak 'maintain mental' jer kut. Bila dah jadi wajib, posa sebulan pun rasa sempoi jer.

Bersempena bulan Zulhijjah ni, saya berazam nak cuba 'maintain mental' sampai jam 7.00 petang Insya Allah. Sebagai novis dalam ibadah berpuasa sunat ni, saya perlukan motivasi sebagai ubat penahan nafsu makan dan nafsu tengok orang lain makan. Biarpun motivasi yang dicari-cari dahpun diceritakan sejak 1400 lepas, saya yang tak perasan. Tak perasan kerana tak ambil tahu. Tak ambil tahu kerana tak pernah mahu...Tak pernah mahu kerana, belum dapat hidayah kut! Saya kongsikan motivasinya seperti hadith yang diriwayatkan di bawah ini :

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Qatadah Rahimahullah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Berpuasa pada hari Arafah krn mengharap pahala dari Allah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya”

Kalu 2 tahun lebur dosa pun belum cukup motivasi lagi, cek tak tau nak kata pa la...Kepada semua pembaca budiman yang dah lama tak berpuasa sunat tu, awal Zulhijjah nilah masanya nak berubah. Jom kita sama-sama berlajar 'maintain mental' nooo. Sekian dahulu wassalam...



Thursday, October 6, 2011

Susah Pun Ada Makna...Apadia?


Salam semua...

Katakanlah satu hari anda mendapat berita kematian seorang saudara terdekat. Katakanlah juga anda sebenarnya sedang terfikir untuk meminta bantuan kewangan daripada arwah. Mood anda pun mulalah bertukar ke daripada harap ke ratap. Kemudian anda pun berkunjung ke rumah keluarga arwah bagi meringankan beban psikologi mereka sambil turut bertahlil bersama. Tetiba sebelum bertolak pulang anda diberi satu sampul yang katanya telah diamanahkan arwah untuk diserahkan kepada anda setelah beliau tiada. Dengan muka 'welfair' menerima sampul tersebut tanpa banyak soal dan terus pulang ke rumah.

Sampai di rumah, setelah dibuka sampul misteri itu anda terkejut beruk...Isinya adalah surat geran tanah suku ekar yang dihadiahkan oleh arwah kepada andabag. Mood anda terus berubah dari ratap ker mantappp...Biarpun anda tahu arwah memiliki banyak tanah, namun anda langsung tidak menyangka akan diberikan sebidang tanah secara percuma. Anda tidur awal malam itu dan mulalah memuji-muji arwah di dalam hati, terasa bagaikan bulan jatuh ke riba.

Keesokan harinya anda terus ke lokasi di dalam geran tanah untuk melihat kawasan tersebut. Alangkah terkejutnya anda melihat tanah itu berada di lokasi yang amat strategik dan pasti mahal sekali harganya...Kali ini anda melompat kegirangan dan mood anda sekali lagi bertukar dari mantap ke 'melantun-lantun', Wohaaa (ayat standet dari blog kereta mayat)

Bagitulah halnya kehidupan dunia kita. Setiap ujian besar atau kecil, ada hikmah tersembunyi yang selalunya kita tidak sedari. Hanya setelah kita mengubah cara kita melihat ujian tersebut, melihat dengan rangka yang lebih besar barulah jelas hikmahnya. Semakin besar rangka penglihatan kita, semakin besar hikmah yang kita tafsirkan. Dengan mengubah cara melihat sesuatu ujian, kita sebenarnya mampu mencorakkan mood kehidupan. Semua orang inginkan mood yang melantun-lantun, namun masih melihat dunia dari bawah tempurung.

Cubalah fikirkan beberapa ujian yang pernah berlaku di dalam kehidupan anda dan fikirkan pula sebarang hikmahnya...Jika hikmahnya masih mendapat sebidang tanah, teruskan renungan anda. Jika hikmahnya sampai kepada alam akhirat, syurga dan kasih sayang Ilahi, emm anda bolehlah tiduk nyenyak dengan mood yang melantun-lantun. Sekian dahulu, wassalam.



Monday, August 22, 2011

Ajarlah mereka berdoa...


Salam semua...


Hari ini INSTEP bakal mengadakan program meraikan anak yatim dan golongan dhaif di sekitar kawasan Batu Rakit. Saya mengambil masa ini sebelum pulang menukar 'jersi' sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan pembaca budiman berhubung perihal pendidikan anak-anak. Satu hal yang kita seringkali terlepas pandang adalah waktu kritikal umur anak dari sejak lahir hingga ke 6 tahun. Kritikal bermakna waktu ini adalah waktu untuk dimasukkan 'software' yang tepat.


Pemilihan 'sotfware' yang salah besar padahnya. Anak-anak di waktu ini akan menerima bulat-bulat apa sahaja yang diprogramkan ke dalam minda mereka kerana mengikut kajian, minda mereka berada pada tahap 'theta'. Tahap ini seumpama seorang yang sedang bermeditasi atau dalam istilah kita, mungkin sedang fana atau 'zauk'. Pada masa ini, pemikiran logik belum kuat di dalam minda, dan mereka sangat mudah menangkap maklumat yang disampaikan.


Anak kecil ini bukan sahaja sangat genius, malah lebih dekat dengan yang Esa kerana bersihnya hati mereka...Jangan pula kita menyangka kerana tubuh mereka yang kecil, anak-anak tidak mengetahui sesuatu apa pun. Saya berpegang bahawa manusia adalah ruh yang berada di dalam suatu jasad. Kewujudan secara ruh ini sudah lama dan hanya menunggu masa untuk ditiupkan ke dalam jasad semasa di dalam rahim ibu. Saya juga berpegang pada pendapat yang menggalakkan kita meminta agak si anak kecil ini berdoa ke hadrat Ilahi untuk sesuatu hajat yang kita perlukan. Masakan tidak, mereka seumpama wali! Putih bersih, suci berseri dan pastinya doa mereka seikhlas hati nurani mereka...


Jika anda inginkan penjelasan lanjut, carilah bahan bacaaan yang bertebaran di alam internet ini. Saya pasti tidaklah rugi untuk kita menghabiskan masa atau wang yang seadanya untuk pendidikan 'minda' anak-anak. Saya maksudkan pendidikan yer, bukan pembelajaran...Saya tidak begitu gemar dengan tindakan sesetengah ibu ayah yang terlalu agresif hal akademik di saat umur anak yang masih setahun jagung. Namun, pilihan di tangan masing-masing, dan setiap manusia membuat pilihan berdasarkan kepercayaannya.


Friday, May 6, 2011

Aku orang besar, naik kereta besar, duduk rumah besar...

Salam semua,


Terkadang kita pernah berangan-angan betapa seronoknya menjadi orang 'besar-besar', dapat naik kereta besar, tinggal pula di dalam rumah yang besar. Seronok dengan kebesaran itu, kita seolahnya lupa ada makhluk lain yang lebih besar dari kita, tak kira sehebat mana kebesaran kita.

Biarpun begitu, bukanlah bermakna tak boleh berwawasan besar untuk berjaya. Yang dilarang hanyalah 'perasan besar' dan bersifat sombong. Jika berpangkat besar, kereta pun besar, rumah lebih lagi besar, namun tetap merendah diri bersujud kepada Ilahi, tiada kebesaran yang boleh menguasai kita melainkan kebesaran Allah jua semuanya.

Jika ada yang masih nak juga berasa besar, cubalah cari kebesaran itu di peta Malaysia, kemudian cari di peta dunia, cari pula di peta alam...Andai gagal ditemui semuanya, bawa-bawalah beristighfar...Sekian dahulu, wassalam.


Thursday, March 10, 2011

Rezeki datang menggolek...


Salam semua...

Saya ada satu soalan berbentuk satu keadaan yang ingin dikongsikan bersama pembaca budiman untuk dijawab sendirian.

Keadaannya:
Sebuah lori yang penuh dengan muatan buah tembikai secara tetiba terbalik hampir 200m di hadapan kereta anda. Anda turun dengan niat ingin membantu, kerana terlalu banyak buah tembikai yang bertaburan di atas jalan. Anda pun mengutip sebiji dua daripada menghalang laluan, namun masih banyak lagi yang berterabur...Apa anda nak buat dengan buah-buahan tersebut?

Jawapan pilihan saya:

Saya akan meneruskan perjalanan tanpa menolong pemandu malang tersebut. "Tunggu kalu, nanti bala duk mai", kata orang kampung saya. Malang sekali kerana ada falsafah songsang yang menjadi anutan sebahagian rakyat Malaysia untuk kes seperti ini. Umum lebih senang merembat buah tembikai daripada menolong pemandu yang malang tadi. Umum lebih rela memakan makanan yang dirembat hasil sedemikian tanpa was-was.

Entah di mana silapnya, di mana salahnya, apa dalilnya, siapa yang mengeluarkan hukum, siapa yang berfatwa, tiada siapa yang peduli. Yang penting, rezeki...Kata mereka "rezeki datang menggolek". Saya tambah, "golek terus masuk neraka", nau'zubillah...sekian dahulu buat malam ni, wassalam.



Nota: Kejadian ini sebenarnya pernah terjadi pada saya kira-kira 10 tahun lepas. Lebih malangnya, seorang pak aji yang berserban turut sama mengutip buah tembikai yang bertaburan sambil memasukkan ke dalam raga motorsikalnya...alahaiii.