Saturday, March 12, 2011

Set Rawatan Bekam


Salam Semua,

Jika anda ingin membeli set bekam berkualiti, kebiasaannya ia dijual di kedai yang menjual peralatan salun dan spa. Adakalanya set bekam yang lebih murah dijual di pasar malam atau pasar tani. harganya agak murah, namun besar kemungkinan pam vakum yang disediakan adalah jenis yang agak mudah rosak. Kualiti alat bekam bergantung kepada jenis pam dan bilangan cup, pilihan di tangan anda. Pen bekam dan lancet pula mudah didapati di mana-mana farmasi yang berdekatan. Anda juga boleh membeli alcohol swab di sana. Secara mudahnya, peralatan bekam bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dicari.

Jika anda inginkan cara yang lebih mudah, sila lawati blog Ustaz Ahmad di sini, dengan harga sekadar RM150 termasuk wang pos. Ustaz Ahmad seorang yang aktif menjalankan rawatan perubatan Islam di sekitar Lembah Klang dan tidak lokek berkongsi ilmu di ruang maya. Beliau juga merupakan salah seorang daripada guru saya. Selamat maju jaya buat Ustaz...wassalam.

Nota : Set rawatan bekam yang lengkap hanya digunakan bagi perawat sahaja. Bagi pembaca yang belum pernah mengikuti kelas berbekam, jangan cuba-cuba merawat!

4 comments:

Nang Anna said...

salam,bagaimana dgn lesen;lesen apa yg patut kita apply utk mnjalankan bisnis ini,agar tidak mndatangkan msalah d kemudian hari.

Abu Alfateh said...

Salam Kak Anah,

So far saya tak buat bisnes bekam sebagai profesyen tetap. So tak boleh nak komen sgt kerna tak betul-betul mendalami.

Namun Kak Anah boleh bertanyakan samada Akubekam atau Rumah Sihat bekam yang menawarkan khidmat bekam secara profesional. Wallahualam.

Anonymous said...

salam.. boleh saya tahu macam mane nak bagitau kat farmasi untuk beli pen lancet dan brape hargenye???

Abu Alfateh said...

Salam Farid,

Just bgtau nak beli pen untuk check darah. Ada pelbagai jenama dipasaran, namun sy cadangkan guna Accu Chek, mudah sket cari lancet dia.

Harga berbeza2 mengikut promosi semasa, ada yang jual sekali 2 kotak lancet RM80, dan ada yg murah sket, tapi cuma ada 10 bilah lencet jer...

Sy pon dah standby satu set berserta alat bekam, kalu berminat boleh call 019 4575309.