Wednesday, November 12, 2008

Apo nak di kato?.....

Salam semua...

Pernah suatu malam saya ke surau untuk mengikuti satu ceramah motivasi remaja yang disampaikan oleh seorang "ustaz cyber" yang agak terkenal di kawasan Seberang Perai. Biarpun saya pernah mendengar sedikit cerita tak berapa elok tentang cikgu Sains yang dah bergelar ustaz ini sebelumnya, saya kuatkan diri untuk mengikuti ceramah motivasi beliau.

Pada mulanya ceramah berjalan lancar apabila ustaz bercerita kisah seorang pemuda yang sanggup meninggalkan ilmu sihir yang dipelajarinya dengan pembiayaan pihak istana demi cahaya keimanan. Pemuda ini akhirnya mati dibunuh atas arahan sang Raja lantas hal ini menjadi sebab kepada berimannya sekian ramai penduduk negeri tersebut. Kisah ini adalah petikan daripada surah Al-Buruj yang berjaya disampaikan dengan penuh emosi oleh beliau. Namun babak kedua ceramah penuh caca merba......

Beliau mula menunjukkan klip video yang entah apa-apa, termasuklah daripada rancangan Seekers versi Indonesia. Saya seolahnya sedang menonton sebuah filem seram di surau tersebut dan keadaan makin bercelaru apabila beberapa rakaman suara-suara yang kununnya daripada alam kubur (yang dirakam secara tidak sengaja) mula diperdendangkan. Saya sangat kecewa dengan kandungan ceramah motivasi ini yang begitu "tak masuk akal malah tak berlandaskan nas langsung".

Biarpun saya bukanlah termasuk daripada golongan (yang mengaku) 'salafi', namun hati ini turut merasa betapa kuliah tersebut begitu jauh menyimpang daripada kebenaran. Malam ini, apabila Menteri Pelajaran pula bercakap berhubung klip video alam barzakh yang mendapat bantahan daripada segelintir ibu bapa, saya teringatkan kembali ceramah pada malam itu. Daripada berita yang digambarkan media, rasanya ia bukanlah daripada klip video yang sama (mungkin sahaja seperti klip video You Tube seperti di bawah) dan rasanya lebih bermanfaat daripada klip video yang saya tonton pada malam ceramah lepas. Tentunya ia juga lebih jauh bermanfaat daripada lambakan klip video 3gp panas yang sering dikongsi oleh para pelajar sekolah kini.

Yang peliknya, apabila timbul kes rakaman aksi lucah pelajar sekolah yang kini hangat di pasaran ni, tak ramai yang berani komen. Namun untuk kontroversi melibatkan klip video alam barzakh ini, awal-awal lagi Pak Menteri dah bagi 'statement'....apo nak di kato, korbou pun mampuihhhhhh.



2 comments:

Tawel Sensei said...

Aiseh tak seram dan mengganggu emosi pun video Alam Barzakh ni. Rasanya The Exoricst lebih seram. Hehe..ke ibu bapa yang terganggu emosinya tu?

Abu Alfateh said...

Tu la pasal...kalau tengok citer hantu siap makan2 orang, ni baru pentomin alam kubur sket dah nak tergezut...macam la takder isu lain.

Pelik jugak perangai mak bapak zaman moden,takut yang bukan2 mengalahkan Amerika takut Osama...