Saturday, October 23, 2010

Menjenguk Blog Prof Kamil Yang Budiman...


Salam semua...

Minggu lepas saya berkesempatan membaca buku Tavelog Haji; Mengubah Sempadan Iman karya Prof Kamil, seorang yang amat budiman pastinya.Tak sampai satu hari, buku beliau saya khatamkan dengan hati yang terasa indah bercampur terharu. Indah kerana dapat mendengar pengalaman ikhlas seorang insan menjalani perjalanan haji yang cukup bermakna. Terharu kerana saya masih belum mendapat panggilan Ilahi untuk ke sana biarpun nama sudah berada dalam senarai KIV. Keesokan harinya, dengan penuh semangat saya pergi ke Pasaraya Mydin untuk membuat sedikit 'shopping' barangan Haji, teruja setelah membaca buku Prof. barangkali.

Kepada pembaca yang ingin merasai perasaan teruja sebegini, saya cadangkan buku beliau ini segera dibaca, atau boleh juga melawat ke blog Prof Muhd Kamil di sini.


(Alhamdulillah, kini status KIV saya telah berubah, doa selepas buku dikhatam termakbul barangkali)

No comments: