Friday, May 23, 2008

Keputusan dari Belanda - Oh Batu Putihku...


Salam semua....

Hampir setengah jam saya menunggu keputusan hal milik Pulau Batu Putih ..punya la panjang penghakimannya, sempat juga nak belek Abu Alfateh. Setelah semua usaha dan perancangan dibuat, harapan dan doa rakyat Malaysia agar Batu Putih dipulangkan kepada negara asalnya. Biarpun banyak yang merungut perhatian serius pimpinan utama negara terhadap isu hal milik pulau ini. Dan seperti yang sudah dijangka...Malaysia kalah lagi. Sudahla dalam sukan hoki kita kalah, badminton pun kalah, bolasepak lagilah tak pernah-pernah tak kalah. Yang menang hanya tinggal mat rempit dan dr cocok jer...Biarpun keputusan hak milik Pedra Branca ini tidak berpihak kepada kita, masih ada isu lain yang tak kurang pentingnya iaitu WPI. Ketika kita sibuk memperjuangkan Batu Putih yang sekangkang kera, satu wilayah besar bakal tergadai ke jiran sebelah. Sila ikuti ulasan di link untuk mengikuti lebih lanjut. Jika Pak Kadok menag sorak kampung tergadai, Pak Lah pula kalah disorak kampung pun tergadai.

Ya Allah selamatkanlah tanah air kami daripada segala malapetaka dan bala bencana yang menimpa. Ya Allah kurniakanlah keamanan kepada negara kami agar rakyat hidup aman damai dan sentiasa bersatu dengan mengamalkan ajaranmu Ya Allah ameen...

2 comments:

Tawel Sensei said...

Dengar-dengarnya Malaysia kalah sebab hujah kita tak cukup kuat; tak buat homework sangat.

Abu Alfateh said...

Tq for visiting bro..seronok la pulak tgk sifu Sensei di Abu Alfateh.

Sejak awal lagi kekalahan Malaysia telah diramalkan, ala-ala keputusan bolasepak juga. Sebelum bertanding pun dah tau kalah...sebabnya, emmm komitmen. Kalu komitmen kuat, kalah pun orang tak marah sangat...