Wednesday, October 22, 2008

Sejenak Bersama Kumar


Salam Semua...


Dah hampir dua minggu tiada posting baru di abu alfateh, tak sempat gamaknyer nak menaip. Nak cari masa untuk menaip tu satu hal...nak dapatkan feel untuk kongsi benda alah yang terbungkam dalam kepala otak ni pun satu hal pulak. Sekadar untuk renungan bersama, saya nak kongsikan satu kisah bersama si Kumar semasa di Kuala Lumpur pada minggu lepas.



Kumar mencari makan sebagai pemandu teksi dan telah menjadi lumrah pemandu teksi kebiasaannya pastinya agak peramah dan mesra alam. Memandangkan perjalanan daripada KL ke KLIA agak jauh dan cuaca kat luar pun hujan lebat, saya mengambil kesempatan untuk berbual-buat kosong dengan bro Kumar. Hampir keseluruhan perbualan kami berkisar sikap orang kota terutamanya anak Melayu yang menurut Kumar sedang 'menuju ke arah kemusnahan budaya'. Kumar juga sempat mengingatkan saya agar berhati-hati dengan jenayah terbaru di kota metropolitan ini.



"Orang sekarang sudah malas bekerja", kata Kumar. "Mereka lebih gemar mencuri atau duduk lepak di rumah sahaja menunggu duit mudah", tambah beliau lagi. "You bayangkan, ada yang dah berumur 40an pun masih tidak bekerja". Saya hanya mengangguk kerana memikirkan perkara yang sama juga sedang berlaku di kampung-kampung tidak hanya di bandar besar."But, one thing you must be careful. Orang sekarang dah pandai kidnap orang tau. Dah tak kira umur lagi, tua, muda, lelaki, perempuan, semua dah kena culik sekarang", kata Kumar penuh bersemangat.



Setelah itu Kumar mula bercerita panjang beberapa teknik penculikan alaf baru yang diceritakan sendiri oleh beberapa penumpang beliau sejak kebelakangan ini. Takut juga saya mendengarnya, terutamanya apabila mendengar betapa mudahnya sindiket culik ini beroperasi. Saya katakan mereka ini satu sindikit kerana modus operandinya melibatkan banyak pihak dan terancang. Nasihat saya kepada semua pembaca budiman, berhati-hatilah semasa bermusafir tak kira siapa anda dan di mana anda berada. Mungkin sahaja seseorang yang begitu innocent meminta pertolongan dan kita berniat untuk membantunya. Namun siapa sangka, akhirnya kita diculik begitu sahaja......Anda tak percaya? Percayalah.....

No comments: