Bila dah sentuh bab SRK dapat anugerah ni, teringat pulak cerita lama melibatkan kerajaan negeri Melaka. Sejak kecil lagi saya belajar betapa Melaka mendapat namanya bersempena pohon Melaka yang dikaitkan dengan Parameswara atau Sultan Iskandar Shah. Namun sejak dua menjak ni, saya mula terfikir mungkinkah nama Melaka itu berasal daripada bahasa Arab iaitu 'Mulaqqo' yang bermaksud tempat pertemuan. Mungkinkah negeri ini digelar sedemikian oleh pada pedagang (pendakwah) Arab dan kemudiannya diterima pakai oleh Sultan Iskandar sehingga kini?
Entahlah, takkanlah saya nak kata Lu pikirlah sendiri sekali lagi kut....Kalau pun petul, bukannya saya nak dianugerahi gelaran Datuk, kan..kan..Harapnya jika adalah pembaca di kalangan pelajar yang nak menduduki PMR minggu depan, janganlah pulak terpengaruh dengan serkap jarang pokcik ni yer. Pokcik doakang muge mung semua dapat keputusang cemerlangggg gemilanggg...wassalam.
No comments:
Post a Comment