Setelah 8 hari Ramadhan berlalu, terasa pulak betapa cepatnya masa bergerak...cepat tapi tak nampak. Emmm, dalam diam dah lebih 25 tahun berlalu sejak saya mula berpuasa dahulu. Zaman ketika mercun bola masih tiada di pasaran, tiada istilah buffet ramadhan dan tak dak satu manusia pun yang selambanyer duk makan dengan orang ramai lalu lalang di depan. Dunia dah maju, zaman dah berubah!....Kini setelah 8 hari Ramadhan berlalu, saya mula teringatkan kembali kata-kata daripada Ustaz Kazim Ilias di dalam satu kulaih beliau suatu ketika dahulu.
"Suatu ketika dahulu, kita masih kecil dan tengok abang kita berkhatan...tak lama setelah tu, kita pula yang mengadap tok mudim. Suatu ketika dahulu kita tengok abang kita masuk sekolah, tak lama pulak kita pun masuk belajaq sama.....Suatu ketika dahulu, kita tengok abang kita ambik periksa Ujian Penilaian, SRP lepas tu SPM dan kita juga tak lama selepas tu sama juga ambil periksa. Suatu ketika dahulu kita tengok abang kita masuk ke kolej atau universiti dan kita juga tak lama selepas itu turut mengikut jejak ke menara gading dan sebagainya. Suatu ketika kita seronok tengok abang kita berkahwin dan mempunyai anak. Kita seronok melayan anak- anak saudara kita, namun tak lama kemudian kita pula yang berkahwin dan mempunyai anak sendiri".
Cerita di atas bersambung sehinggalah sampai kepada saat suatu hari kita bakal melihat abang atau rakan kita menempuh alam kubur....dan pastinya tak lama selepas itu kita juga bakal menyusul. Emmmm dah lama tak saya teringatkan perihal mati....mungkin kerana terlalu seronok hidup, kita mudah sangat terlupa akan mati. Saya langsung tak berniat nak buka cerita sedih di saat kita masih meraikan kegembiraan Aidilfitri, namun hari ini saya terasa dah agak tua rupanya diri ini. Sedar tak sedar saya dah 33 tahun hidup, telah mempunyai keluarga sendiri dan sedang melakar sebuah lukisan yang bakal mencorak kehidupan ini. Biarpun saya masih bertatih melukis....saya berdoa dan berharap agar lukisan saya tidak tersalah tajuk. Kepada semua pembaca dan rakan-rakan yang sudi mengikuti blog abu-alfateh sedari dahulu, sama-samalah kita berdoa agak segala usaha kita ini tidak sesia juga hendaknya. Ameeenn
Saya sudahi posting ini dengan sebuah lagu daripada kumpulan Wings bertajuk Dari Tuhan, selamat berdendang dan wassalam.
No comments:
Post a Comment