Salam semua...
Beberapa hari lepas saya sempat menonton rancangan bual bicara menampilkan Dato' Mohd Nadzmi Salleh yang kini menerajui Konsortium Transnasional Berhad (KTB). Tajuk yang dibicarakan adalah tentang kenaikan harga tambang bas, sesuatu yang sangat berkait dengan kehidupan saya. Kenaikan yang belum diberitahu berapa peratusnya..namun jangkaan ramai adalah 40-50%.
Sebenarnya saya sendiri bersetuju harga tambang patut naik, kerana simpati kepada nasib pemandu bas yang tidak terbela sewajarnya. Cubalah bayangkan apabila harga minyak naik, pengusaha bas cuma mendapat subsidi untuk harga diesel. Namun terdapat peningkatan kos operasi lain melibatkan harga sevis dan alat ganti yang melambung sehingga 200% tanpa kawalan. Banyak syarikat kecil yang bakal gulung tikar...dan tentu sahaja syarikat kecil ini milik siapa agaknya yer....
Saya pernah menumpangkan seorang pemandu bas dalam perjalanan ke Alor Setar. Semasa perjalanan barulah saya tahu beliau adalah seorang tokey bas sebenarnya. Menurutnya, agak sukar bagi pengusaha kecil sepertinya mendapatkan pinjaman bank kerana industri bas tidak meyakinkan pihak bank untuk memberikan pinjaman. Malah kata beliau yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pemandu bas kilang, bas pertama yang dibelinya adalah berasaskan modal daripada hasil penjualan tanah pusaka. Kos penyenggaraan makin tinggi, kos sara hidup tak payah ceritalah, maka upah pemandu juga perlu dinaikkan. Jika harga tiket dikekalkan seadanya, beliau akan gulung tikar....mungkin terpaksa menjual bas pusakanya itu.
Saya yakin kenaikan harga tambang akan mengezutkan orang ramai buat seketika, dan selepas itu keadaan akan kembali rancak di terminal bas di seluruh negara. Biarpun kenaikannya mungkin sehingga 50%, ia masih dikira jauh lebih murah daripada kos memandu sendiri. Cuma biarlah berpada kenaikan kali ini, memberi keuntungan pada kedua-dua pihak. Teringat pula saya ketika harga feri di Pulau Pinang naik 2 tahun lepas, kecoh satu dunia....walhal tambang yang naik pun tak tertampung kerugian yang ditanggung oleh Penang Port, syarikat lama saya bekerja (yang tidak diberikan subsidi yer).
Apabila kita semakin maju..kita perlu bersedia untuk menerima arus kemajuan yang mendadak. Arus ini akan menghanyutkan mereka tidak bersedia, dan bagi yang bersedia pula akan melayarinya dengan cermat dan berhati-hati. Ceramah 4 hari 4 malam pun tak akan menyelesaikan masalah, mungkin tambah buruk lagi adalah...Kalu anda rasa anda dah terlalu susah, ingatlah rakyat di Palestin dan Myanmar lagi susah. Ya Allah Kau peliharalah kami daripada segala dugaan dan cabaran kecil yang kami terima di dunia ini...ameen.
2 comments:
Saya pun tonton rancangan dengan Dato' Nadzmi malam tadi, siap dengan wartawan Bernama dan Sinar Harian lagi. Itupun secara kebetulan selepas Tilawah Interaktif, satu lagi rancangan kegemaran saya.
Dato' Nadzmi ni pula salah seorang tokoh korporat yang saya suka. Tidak menonjol apa-apa salah lakunya, sekiranya ada. Tidak seperti ramai tokoh korporat lain.
Berhujjah pun secara aman, tenang, dan senyum. Tidak menyerang keperibadian, tidak confrontational. Hujjahnya saya boleh faham, apatah lagi saya juga tidak makan gaji.
Mungkin ramai tak faham bahawa orang berniaga juga adalah rakyat negara ini yang sama-sama mengundi, yang membayar cukai, yang membayar zakat, yang sama memerlukan perhatian pemerintah. Sekadar cara mendapat/mencari rezeki sahaja yang berbeza.
Orang berniaga juga adalah pembeli. Orang berniaga pun membeli tepung, ayam, dan alat-alat ganti.
Kata Dato' Nadzmi, "Ayam boleh naik, tepung boleh naik. Tambang bas tak boleh naik?"
Apatah lagi industri pengangkutan bas ini memerlukan kos yang tinggi. Bas-bas ekspres yang selesa kita naik itu, kini ada yang sebuah berharga rm1juta! Kalau yang murah pun rm500,000!
Musim perayaan yang nampak tinggi permintaannya, tapi permintaan itu semuanya satu hala. Bas-bas yang ke kampung sebelum Hari Raya semuanya penuh-penuh belaka, tapi waktu bas-bas itu balik, semuanya kosong belaka. Habis Raya, bas-bas ke Kuala Lumpur, penuh-penuh belaka, tapi bila bas-bas itu balik semula ke kampung, kosong belaka. 50% loading. Break even loading 60%. So tak pun break even lah. Aduuh....
Salam Tn Hj..
Itulah sebabnya, bila saya tanyakan pemandu2 bas, berapa ramai penumpang pada hari biasa? Jawapannya tak sampai pun 10 seat yg terjual....hari cuti dan musim perayaan jer yg ramai.
Itu belum masuk kena saman sebba turunkan penumpang di luar kawasan terminal. Bila tak turunkan penumpang bising2, bila diturunkan kena saman la pulok...emmmm, masuk angin keluar asap.
Post a Comment