Terus terang saya katakan, saya teramat lega dengan keputusan undian tersebut. Sila lawati Harakahdaily untuk mengundi atau boleh terus saja semak keputusannya di link berikut.
Sifat asal kejadian manusia tidak akan berubah, namun sikap manusia tak pernah berhenti berubah...berubah dengan semangat HIJRAH
Tuesday, May 27, 2008
Mari Mengundi...di Harakahdaily
Terus terang saya katakan, saya teramat lega dengan keputusan undian tersebut. Sila lawati Harakahdaily untuk mengundi atau boleh terus saja semak keputusannya di link berikut.
Monday, May 26, 2008
Analisa Atau Buang Masa?
Ada sahaja cerita yang mereka bawakan, PAS nak join UMNO la...Tun M keluar UMNO sebab nak halang PAS join UMNO, Anwar Ibrahim bawa masuk duit la, macam-macam ada....Yang peliknya ramai pulak yang tanpa usul periksa dah bagi komen-komen negatif biarpun hujung pangkalnya belum ke mana. Pelik juga rupanya orang yang aktif berpolitik nie. Atau mungkin juga mereka ini hanya aktif dalam blog politik jer....tulis je la apa pun, asal seronok. Mula saya terfikir, politik dalam blog nie saling tak tumpah dengan cerita di kedai kopi. Main ikut suka cakap jer.
Minat saya terhadap blog muncul semasa rakyat dahagakan media alternatif yang bebas. Saya berazam untuk turut memblog serta demi melaksanakan tanggungjawab seorang rakyat yang cintakan negara. Biarpun abu-alfateh bukan menumpukan mesej politik, saya sentiasa menganalisa politik tempatan dan cuba untuk menyampaikannya dengan nada yang lebih lembut di sini. Kelembutan ini saya tujukan kepada golongan di atas pagar yang mungkin tersempak dengan laman yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah, keputusanPRU12 tidak mengecewakan penulis blog mentah seperti saya.
Namun kini apabila kita sepatutnya menumpukan usaha membangunkan negara dengan merangka pelan yang lebih dinamik, para penulis blog politik masih seronok dengan permainan lama. Duk pusing ayat-ayat lama...yang begitu menjemukan lagi membuang masa. Harga beras dan makanan sedang naik bukan sahaja di Malaysia begitu juga dengan harga minyak dan barangan lain. Jika anda inginkan perubahan, cari langkah terbaik untuk penyelesaiannya di peringkat yang anda kuasai. Bagi para bloggers, inilah masanya untuk mengemukan idea bernas anda selain daripada berkonspirasi politik....rehat la kejap bro.
Tugas utama sekarang adalah untuk sedarkan rakyat jelata tentang tsunami ekonomi yang bakal melanda. Majoriti mereka ini kurang informasi, dan masih dengan fahaman subsidi sejak zaman-berzaman. Ketidaksediaan rakyat menhadapi tsunami ekonomi akan menyebabkan keruntuhan sosial yang tak terduga melanda Malaysia. Banyak negara membangun yang telah menghadapinya, dan pastinya Malaysia takkan terlepas. Apa persediaan makcik dan pakcik di kampung, anak-anak muda yang merempit, tak kisahlah siapa yang perintah Malaysia sekalipun. Harga beras bukan naik kerana Pak Lah perintah negara....Harga minyak juga takkan turun jika Anwar Ibrahim jadi PM. Anda tak percaya?...Itu hak anda.
Percayalah masih ramai penyangak dalam negara ini selain daripada hakim, peguam, polis dan lain-lain jabatan yang digembar-gemburkan oleh media alternatif. Sekarang adalah masanya untuk jihad yang lebih besar. Perang manusia dengan nafsu, syaitan dan dunia tak pernah berakhir...perang pilihanraya dah lama tamat. Jika kita masih duk sibuk dengan berita atau analisa blog yang sama tarafnya dengan sembang kedai kopi, kita bukan berperang dengan musuh lagi....sebaliknya akan muncul berperang sesama sendiri. Anda tak percaya? Percayalah.
Saya menysun 10 jari dan ampun maaf dipinda andai posting ini menghiris mana-mana individu mahupun aktivis parti. Tugas saya sebagai rakyat sebuah negara berdemokrasi telah terlaksana, sekarang saya sedang berjuang dalam alam perkerjaan untuk memajukan negara yang tercinta ini. Bagi mereka yang dah cukup kaya raya, atau telah pencen dan tiada kerja lain selain daripada memblog kosong, carilah kerja yang lebih berfaedah yer. Wassalam.
Saturday, May 24, 2008
Pengalaman mengatasi teori
Mari kita ikuti kisah seorang nelayan tua dan seorang prof pakar kajian laut. Suatu hari prof telah menggunakan khidmat nelayan untuk ke laut bagi melakukan suatu ujian. Semasa perjalanan, prof pun bertanya "Adakah pakcik mengetahui ilmu kiraan dan kajian laut setelah hampir 20 tahun mencari rezeki di sini?". Si nelayan hanya menggelengkan kepala. "Pakcik tahukan ilmu geografi atau ilmu kajian bintang?" tanya prof lagi dengan jawapan yang masih sama dari nelayan. "Nampaknya pakcik telah mensia-siakan hidup pakcik selama 20 tahun, malang sekali", kata prof dengan penuh ego. Setelah sekian lama, secara tiba-tiba keadaan laut menjadi bergelora disebabkan angin ribut melanda. "Sampan dah nak karam! Encik tahu berenang ke?", tanya si nelayan sambil bersedia untuk terjun. Si Prof hanya menggelangkan kepalanya dengan muka yang pucat lesi kerana dia tidak memakai safety vest.
Kesimpulannya, jangan terlalu taksub dengan ilmu yang terbuku...biar ilmu apa sekalipun. Pengalaman adalah puskata ilmu kepada manusia, yang tidak ternilai harganya. Jika kita berilmu tinggi sekalipun, ingatlah suatu hari kita tetap akan meninggalkannya......Setinggi mana ilmu manusia hanyalah seumpama setitis air daripada lautan luas jika dibandingkan dengan ilmu Pencipta manusia. Sekian wassalam.
Friday, May 23, 2008
Bagi free pun salah...
Pun begitu elok juga rasanya untuk menghargai sesuatu biarpun diberikan percuma. Bak kata cikgu saya "3 benda paling syok dalam dunia, mengata orang, naik basikal turun bukit dan yang last sekali makan free". Kenape, tak percaye....sekian dulu yer, wassalam.
Keputusan dari Belanda - Oh Batu Putihku...
Salam semua....
Ya Allah selamatkanlah tanah air kami daripada segala malapetaka dan bala bencana yang menimpa. Ya Allah kurniakanlah keamanan kepada negara kami agar rakyat hidup aman damai dan sentiasa bersatu dengan mengamalkan ajaranmu Ya Allah ameen...
Monday, May 19, 2008
Commando Rest - Mau Rasa Ka.? ...
Salam semua...
Moral daripada kisah di atas :
Kisah di atas sebenarnya hanyalah secebis daripada apa yang telah berlaku sepanjang program khemah tahunan kami di Asahan. Dek pengalaman inilah, saya dan kengkawan yang lain menjadi manusia yang lebih bersyukur sekarang. Zaman kami dahulu takder program PLKN, namun kalu ada pun...hehehe celah gigi jer tu (bukan naik riak yer). Kerana pengalaman sebeginilah saya rasa lebih menghargai nikmat kesenangan sekarang dan bersyukur terhadapnya. Kepada rakan-rakan skot yang lain pula, jangan lupa slogan Gempur Wira! 3x Maju! Wasssalam...
Tuesday, May 13, 2008
Harta Intelek, berkat atau berkarat…?
Suatu ketika dahulu, saya sempat mengikuti perbincangan isu hakcipta bersama komuniti sebuah laman web yang jauh terkenalnya daripada abu-alfateh. Agak hangat juga rupanya perbincangan isu hakcipta ni, tambahan pula bila komen yang diberikan melawan arus. Hasilnya…pandangan saya dipadam terus oleh admin, kelas gitu. Namun sebagai tetamu, saya akur tindakan admin memadam apa jua komen yang bertentangan.
Kalau dah kena reject di tempat orang, baik disuarakan saja di laman sendiri…lagipun, saya sekarang agak kekurangan masa nak update blog. Kalau para pembaca termasuk dalam golongan yang taksub mempertahankan nilai harta intelek, baik berhenti bacaan anda di sini sahaja. Jangan pula nanti komen anda yang terdelete di abu-alfateh. Kita mungkin berharta, tapi kesenangan tak boleh dimiliki. Kita mungkin berjawatan tinggi, namun kuasa bukan milik kita. Ilmu dan pelajaran boleh dibeli namun intelek tiada nilainya...mampukah nak dijual beli? Inilah yang menjadi pegangan saya, intelek bukan harta peribadi yang boleh dijual beli. Hari ini anda berakal kerana diizinkan Allah, esok lusa belum tentu beb…
Apabila wujud pertentangan antara keberkatan dengan nilai harta intelek, saya syorkan anda memilih keberkatan. Atas sebab ini jualah saya sejak dulu kurang mesra dengan sesetengah perkhidmatan yang kenakan cas melampau kununnya melibatkan hak intelek. “Piiraaahhh, banyak la hang punya harta intelek”, kata saya kepada seorang kawan yang bermazhab sedemikian. Ada pula kawan yang nak berdakwah dengan berkarya demi mencari berkat. Namun bila terdapat karyanya disiarkan (kununnya diciplak) oleh pihak lain , ribut pula jadinya. Soal berkat diketepikan, soal harta intelek pula menjadi keutamaan. Jangan sampai intelek tak ke mana, dakwah pula yang berkarat...
Berkat tak boleh ditafsirkan dengan logik akal, dan mustahil dapat ditimbang dengan neraca barat. Di mana logiknya hadith Nabi s.a.w yang menjamin pertambahan harta melalui amalan bersedekah jika kita menggunakan teori ekonomi moden? Di mana pula logiknya untuk kita merelakan hak intelek diciplak, jika kita berhak menyaman malah boleh untung berjuta-juta lemon? Namun saya tidaklah sewenangnya menolak cas kepakaran, terutamanya yang berpada dan kena pada tempat. Pertimbangan antara keuntungan dunia atau pahala akhirat adalah pilihan yang sukar, atas kita untuk membuat pilihan.
Harta intelek tidaklah salah, namun cara kita menanganinya boleh menghalang Rahmat Allah. Bagi yang memperjuangkan soal keberkatan dan dakwah, jangan terlalu diungkit soal hak intelek. Mana mungkin ilham mengusahakan bahan dakwah itu datang dari kepala otak kita sendiri. Kepala otak boleh berputar…namun nilai pahala dan keberkatan yang kita usahakan akan kekal selamanya. Maka sekali lagi pesan saya pada diri ini dan pembaca sekalian…pilihlah berkat. Terlajak celoteh la pulak kali ni, ampun maaf andai posting ini menghiris hati anda. Sekian wassalam.
Wednesday, May 7, 2008
Di Palang Ini - Rintihan Mereka Yang Dizalimi
Sebuah lagu yang menyentuh jiwa, menyedarkan kita perihal kezaliman yang berlaku tanpa pembelaan. Mereka ini hanya mampu merintih dan berdoa di sebalik palang yang memisahkan kebebasan....wassalam
Langit Terbuka, Mulut Ditutup...
Ada pihak yang mudah sekali mengiyakan kenaran penahanan politik ini dengan dalil naqli : "Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh". Dosa membuat fitnah bukan boleh dibiarkan sembarangan, sebab itulah perkara ini serius dan tindakan tegas amat perlu. Nampak seperti relevan pula alasan ini sekali dengar. Namun jika difikirkan semula, siapakah pihak yang membuat fitnah itu sebenarnya? Nak saya huraikan apa fitnahnya, takyahlah....mengabehkan boreh jer.
Tajamnya mata pena menikam, tajamnya bahasa binasa, tajamnya perkataan menambah lawan. Biarlah mulut ditutup, tangan diikat dan mata dipejam, karya daripada blogger sentiasa tajam. Tajam bukannya untuk menikam, membinasa atau mencari lawan, hanyalah semata-mata untuk menyuarakan kebenaran. Wallahua'lam, wassalam.
Monday, May 5, 2008
Hinakah Menjadi Sampah?
"Isyhhhh leceh la duk ikut lori sampah nie, sudah la baunya pun ya ampun....", kata isteri.
Moral dari kisah ini....emmm fikirkan lah sendiri yer. Ketidaksukaan kita pada sesuatu perkara itu janganlah sampai melecehkan orang lain yang mungkin bergantung harap kepadanya. Tiada hinanya menjadi sampah, babi, biawak, kuli, bahalul (Buhlul, khabarnya adalah nama seorang ulamak besar zaman silam) atau apa sahaja nama yang sering digunakan sebagai cacian pada hari ini...yang pentingnya, keredhoan Ilahi. Wassalam...