Friday, December 28, 2007

Ikut Style McGyver


Salam untuk semua..

Hari ini hati saya tenang setelah 2 hari berkongsi masa dengan peserta Kursus Industrial Fire Fighting di Kulim. Tenang kerana dapat menjalankan tugas harian seperti biasa dan masa berceramah telah tamat. Saya meneruskan program latihan tersebut walaupun terpaksa menahan sakit kerongkong yang telah menjelama semula akibat kerakusan meminum air berais di musim kenduri ini.

Saya cuba menarik perhatian peserta kursus ketika berceramah dengan mengingatkan watak hero pujaan ramai suatu ketika dahulu iaitu kisah Mac Gyver. Ya, siapa yang tidak kenal hero berwajah kering, bertubuh kecil, tidak romantis, tidak pandai berkung fu, tidak pandai bergaya, tidak menggunakan senjata melainkan akal yang tajam semata-mata. Beliau hanya menggunakan akal dan kewarasan untuk bertindak, mengikut kesesuaian masa dan pakar meng"IMPROVISE"kan segala macam benda yang ada di sekelilingnya. Beliau langsung tidak seperti hero-hero lain yang bergantung pada special effeck seperti senarai di atas untuk berjaya dan menarik perhatian penonton.


Mungkin suatu hari nanti saya ingin menulis kesan drama bersiri tersebut terhadap penonton setianya di seluruh dunia. Biarlah kali ini sekadar mengimbau kembali kenangan yang masih terpahat dalam memori ini. Tak dapat dinafikan drama bersiri ini telah membentuk diri saya dan mungkin berjuta penonton lain untuk berfikiran positif, kreatif dan proaktif...tidak perlu bercerita berjam-jam untuk menerangkan apa itu minda dan sikap yang positif. Cukuplah sekadar kata-kata hikmat, " Ikut style Mac Gyver".

1 comment:

Anonymous said...

Saya difahamkan RTM 2 akan menayangkan seluma siri Mac Gyver bermula 27 Jan ini, namun tarikh sebenar harap dapat dipastikan sendiri oleh pembaca. Tak sangka pulak, dapat kembali menatap hero serba boleh ni setelah lama tak berjumpa.