Salam semua..
Ketika saya masih bersekolah rendah, saya tidak pernah gagal mendapatkan bantuan buku teks kerana pendapatan arwah ayah yang sekadar RM300 sebulan. Saya rasa rata-rata keluarga lain juga pendapatannya tidak jauh berbeza dan hidup bersederhana. Sekarang, keadaannya sungguh berbeza, mereka yang dipaparkan dalam rancangan Bersamamu tersangat dhaif..bukan lagi sederhana. Darjat kehidupan manusia akhir zaman ini terlalu luas jurangnya...sukar nak rapatkan dengan neraca akal.
Izinkan saya berkongsi satu kisah yang terjadi di zaman Rasul s.a.w, mengenai dua sahabat yang berbeza darjatnya. Ketika baginda sedang menyampaikan suatu kuliah di dalam masjid, masuk seorang sahabat miskin dengan berpakaian comot dan terus duduk di sebelah seorang kaya. Sang bangsawan terus bangun dan mencari tempat duduk lain berjauhan daripada si fakir.
Izinkan saya berkongsi satu kisah yang terjadi di zaman Rasul s.a.w, mengenai dua sahabat yang berbeza darjatnya. Ketika baginda sedang menyampaikan suatu kuliah di dalam masjid, masuk seorang sahabat miskin dengan berpakaian comot dan terus duduk di sebelah seorang kaya. Sang bangsawan terus bangun dan mencari tempat duduk lain berjauhan daripada si fakir.
Maka baginda Nabi s.a.w terus menegur si bangsawan, "Kenapa kamu bangun wahai saudaraku? Adakah kamu takut, bau busuk si miskin ini melekat pada pakaianmu? Atau kamu takut miskinnya akan berpindah kepada mu? Atau kamu takut kayamu akan berpindah kepadanya?....Terkedu sementara si bangsawan itu lantas memohon maaf kepada Nabi s.a.w. Malah beliau juga memohon maaf kepada sahabat yang miskin tadi dan menawarkan separuh hartanya kepada sahabatnya yang miskin itu. "Terima kasih atas pelawaanmu, namun aku menolak pelawaanmu kerana aku takut, penyakitmu akan berpindah kepada ku", balas si miskin dengan tenang.
Moral dari kisah ini....jangan lupa daratan, malah lautan sekalipun. Jangan lupa bahawa kaya atau miskin tidak kekal selamanya. Kepada semua pembaca abu-alfateh, harapnya kenaikan harga minyak dan harga barangan lain tidak akan memiskinkan kita semua. Manusia hanya akan miskin bila hatinya miskin, miskin daripada rahmat Allah. Bila hati manusia itu kaya, kesusahan dunia tidak menjejaskan darjatnya seperti kisah sahabat di atas. Kaya hati akan merapatkan segala jurang yang wujud antara manusia. Kaya hati juga akan menyebabkan yang kaya tidak kedekut menolong yang susah dan yang susah tidak lokek mendokan kesejahteraan yang kaya. Jika anda bertanya bagaimana caranya untuk kaya hati? Emmmmm, carilah sendiri jawapanya yer...jangan cari di buku atau perpustakaan dah ler.
No comments:
Post a Comment