Tuesday, June 17, 2008

Amanat Seorang Ayah


Malam ini saya berkesempatan menonton rancangan bual bicara bersama Tan Sri Presiden Petronas di TV1 yang dihoskan oleh Datuk Johan Jaafar. Sambil Tan Sri sibuk menjawab deretan soalan daripada 2 orang wakil media yang turut bersama dalam rancangan tersebut, saya sibuk menjeling senarai SMS yang masuk di kaca tv. Alhamdulillah, ramai yang menghantar SMS tidak menyalahkan Petronas sepenuhnya, mungkin staff Petronas agaknya...hehehe.

Saya tulis posting ini bukan untuk menjelaskan sebarang polisi Petronas yang pada saat ini seolahnya menjadi pengkhianat negara, kerana tidak peka dengan kesengsaraan rakyat. Saya juga tidak berniat untuk menjawab dakwaan pemimpin PR tertentu, yang lebih sudu dari pinggan....hampeh betul. Posting ini ditulis kerana saya tersentuh dengan ucapan penutup daripada Tan Sri di dalam rancangan tersebut.

Tan Sri Hassan Merican menutup ucapannya malam ini dengan menceritakan rintihan anak-anak buahnya betapa rakyat sekarang melepas geram kepada staff Petronas....seperti yang saya sendiri alami. Saya berbangga kerana hal ini yang diucapkan sebagai kata-kata akhir, bukannya kesimpulan daripada perbincangan seperti yang biasa dilakukan dalam mana-mana rancangan bual bicara. Seolahnya, Tan Sri hadir di kaca tv malam ini semata-mata untuk memujuk rakyat Malaysia agar jangan tersilap sasaran. Inilah tindakan seorang ayah....

Pekerja Petronas di seluruh dunia berusaha keras untuk bersaing dengan syarikat minyak lain dan berjaya muncul sebagai syarikat global yang berjaya biarpun rizab minyak negara tidaklah sebanyak mana. Melalui usaha keras ini, Petronas telah banyak membantu negara sejak sekian lama dan perlu dikekalkan selama mungkin. Kalau rakyat nak marah juga silakan, itu hak anda...tapi dosa tanggung sendiri yer. Wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

Rakyat tak salahkan Petronas. Rakyat cuma salahkan orang atau orang-orang yang menyalahgunakan hasil Petronas.

Kita ni kadang sensitif tak kena tempat.

Abu Alfateh said...

Emm tak juga bang, org kat KLCC dah kena macam2. Siap ada yg kena tolak keluar dari LRT, ada yang sampai pecah cermin kereta...

Kekadang pelik juga, tapi nak buat camner nasib la dah keja sini..Kami senasib ngan doktor2 kat hospital kerajan, buat baik, setia pd negara dan gaji tak padan...tapi orang maki hamun jugak...

Org yg tak terlibat dlm O & G bukannya tahu cabaran kat sini....tapi nak buat camner kan, deme ada akal, faktanya pun tersedia, guna jer la kan ...

Anonymous said...

Rasanya tak boleh samakan dengan doktor kerajaan.

Doktor kerajaan banyak bekerja berinteraksi terus dengan rakyat yang sakit yang ke hospital kerajaan.

Pekerja Minyak & Gas tidak selalunya berinteraksi terus dengan rakyat jelata sebagai pelanggan. Yang jual hasil Minyak & Gas terus kepada rakyat jelata kebanyakannya adalah franchisee, dan yang setahap dengannya.

Doktor kerajaan merawat terus pesakit di hospital kerajaan. Doktornya pelbagai, pesakitnya pun pelbagai.

Dan rakyat ni manusia biasa yang pelbagai. Ibarat makmum yang pelbagai. Tak semua ada ilmu. Yang ada ilmu pula, tak semua ilmunya yang betul. Ramai pula emosional.

Imam yang pandai akan faham dan akan pandai melayan kerenah makmum pelbagai ini.

Oh ya, mula-mula saya kenal pendekan O & G ni dulu, ianya bermaksud Obstetric & Gynaecology (Perbidanan & Sakit Puan). :-)

Abu Alfateh said...

Emmm...tak terpikir la pulak saya sampai ke tahap tu bang. Cuma perbandingan dibuat berdasarkan peranan sebagai "unsung heroes"...

Rakyat Malaysia tak tahu, Petronas sedang dilanda krisis..pekerja2 mahirnya sedang dipancing oleh syarikat2 asing terutamanya di middle east.

Di kilang MLNG Bintulu, pernah terjadi satu production shift lari..dan jumlah kerugian sehari jer dah puluhan juta. Saya rasa pembangkang juga salah sebab dah sedikit 'over' dalam hal ini...

Imam yang pandai pun bang sesekali tewas gak kalu dah satu negara duk pukul canang main suka hati jer ..Entahlah bang, ramai staff Petronas yg dah sedikit merajuk...duk tunggu gak kut2 ada yg tampil dengan sedikit kelegaan.