Sunday, June 29, 2008

Spanish Flu dan Susu Lembu


Salam buat semua,

Pernahkah pembaca sekalian mendengar kisah Spanish Flu (SF) yang berlaku pada zaman perang Dunai Pertama sekitar tahun 1918? Emmm…saya sendiri hanya mendengarnya dalam satu kursus yang dihadiri minggu lepas. Kisah ini agak menarik dan ingin saya kongsi bersama dengan pembaca abu-alfateh.

Sebenarnya kewujudan wabak SF tiada kena mengena langsung dengan negara Sepanyol melainkan ramai rakyat Sepanyol meninggal kerananya. Al kisahnya, wabak itu bermula daripada negara Uncle Sam. Namun ketika Perang Dunia meletus, kerajaan Amerika telah menghantar pesakit dengan wabak SF ke medan perang untuk dikorbankan secara bermaruah la kununnya (strategi perang yang cukup menjijikkan). Pelik kan begitu, penyakitnya bermula di Amerika namun Sepanyol yang dipersalahkan. Dan yang lebih malang lagi, hampir 30 juta warga Sepenyol terkorban akibat penyakit ini meskipun Sepanyol langsung tidak terlibat di dalam kancah perang.

Apalah agaknya moral daripada cerita ini…? Emmmm fikirkanlah sendiri yer. Tak semua benda itu perlu diterangkan dan diheboh-hebohkan. Bak kata pantun moden nukilan daripada pepatah orang lama “Lembu punya susu, sapi dapat nama…. kalau dah lembu tak mengaku, sapi la yang nak kena"…Biarpun cerita ini disampaikan dengan nada santai, namun jika ia dikaitkan dengan suasana politik antarabangsa agak sensasi juga jadinya, sekian dahulu lah yer wassalam.

Friday, June 27, 2008

Tuan Pengerusi Pun Kena...


Salam semua,

Semalam saya sempat membaca kisah Pengerusi syarikat Hyundai Motor iaitu Chung Mong-Koo, yang telah didapati bersalah menggelapkan wang syarikat. Beliau dijatuhi hukuman penjara tiga tahun namun kemudiannya ditukar kepada hukuman lebih ringan akibat masalah kesihatan. Beliau dikehendaki melakukan kerja kemasyarakatan selama 300 jam termasuklah antara lainnya menyusukan bayi di pusat jagaan bayi dan memberikan ceramah ekonomi kepada umum.

Seronok juga yer kalau hukuman yang sama dapat dikenakan kepada para pengkhianat sebenar di negara kini. Boleh juga tengok muka-muka bekas Pak Menteri atau yang masih bergelar menteri, para YB, Datuk, Tan Sri malah Tun sekalipun menyusukan bayi di rumah anak-anak yatim. Lepas menyusu, mungkin tiba giliran si isteri pula mengajar kelas Al Quran dan Fardhu Ain kepada anak-anak yatim di asrama puteri. Tapi yang selalu dok jadi, kes tak habis bicara, orangnya pun dah padammm......hampeh duk adaaaa

Monday, June 23, 2008

Orang Biasa Basikal Tua..


Salam semua...

Sejak harga minyak naik, ada rakan sekerja saya yang telah berkira-kira untuk membeli motosikal. Saya pula memilih untuk berbasikal, sesuatu aktiviti yang lama telah saya tinggalkan. Tetapi bukan berbasikal untuk ke tempat kerja yer, sekadar untuk berriadah dan kegunaan bagi perjalanan yang lebih dekat jaraknya. Sebenarnya angan-angan untuk berbasikal ini telah lama bermain di fikiran, cuma perlaksanaannya jer yang belum. Bila lihat gambar di atas aksi para MP kita yang dah mula naik basikal, saya pun nak join kedua-dua kaki.

Insya Allah hujung minggu ini "angan-angan ku di suatu masa, basikal ku kan tukar kereta...". Macam nak sama pula rangkap di atas dengan lirik lagu Basikal Tua dendangan Allahyarham Sudirman yang cukup popular suatu ketika dahulu. Cumanya kali ini maksudnya ialah kereta yang digantikan dengan basikal..dah terbalik dunia ni nampaknya. "Orang biasa...basikal tua....orang biasa basikal tua.." Jom kayuh....!

Tuesday, June 17, 2008

Amanat Seorang Ayah


Malam ini saya berkesempatan menonton rancangan bual bicara bersama Tan Sri Presiden Petronas di TV1 yang dihoskan oleh Datuk Johan Jaafar. Sambil Tan Sri sibuk menjawab deretan soalan daripada 2 orang wakil media yang turut bersama dalam rancangan tersebut, saya sibuk menjeling senarai SMS yang masuk di kaca tv. Alhamdulillah, ramai yang menghantar SMS tidak menyalahkan Petronas sepenuhnya, mungkin staff Petronas agaknya...hehehe.

Saya tulis posting ini bukan untuk menjelaskan sebarang polisi Petronas yang pada saat ini seolahnya menjadi pengkhianat negara, kerana tidak peka dengan kesengsaraan rakyat. Saya juga tidak berniat untuk menjawab dakwaan pemimpin PR tertentu, yang lebih sudu dari pinggan....hampeh betul. Posting ini ditulis kerana saya tersentuh dengan ucapan penutup daripada Tan Sri di dalam rancangan tersebut.

Tan Sri Hassan Merican menutup ucapannya malam ini dengan menceritakan rintihan anak-anak buahnya betapa rakyat sekarang melepas geram kepada staff Petronas....seperti yang saya sendiri alami. Saya berbangga kerana hal ini yang diucapkan sebagai kata-kata akhir, bukannya kesimpulan daripada perbincangan seperti yang biasa dilakukan dalam mana-mana rancangan bual bicara. Seolahnya, Tan Sri hadir di kaca tv malam ini semata-mata untuk memujuk rakyat Malaysia agar jangan tersilap sasaran. Inilah tindakan seorang ayah....

Pekerja Petronas di seluruh dunia berusaha keras untuk bersaing dengan syarikat minyak lain dan berjaya muncul sebagai syarikat global yang berjaya biarpun rizab minyak negara tidaklah sebanyak mana. Melalui usaha keras ini, Petronas telah banyak membantu negara sejak sekian lama dan perlu dikekalkan selama mungkin. Kalau rakyat nak marah juga silakan, itu hak anda...tapi dosa tanggung sendiri yer. Wassalam.

Saturday, June 14, 2008

Ulat Dalam Batu Pun Pandai Cari Makan

Salam semua..

Sejak hidup merantau di Kuantan, saya mula rapat dengan kawan-kawan baru yang terdiri daripada pemandu bas. Saban minggu saya berulang alik daripada Kuantan ke Butterworth, pemandu bas pun dah cam muka mamat sorang ni. Tambahan sejak bermulanya musim cuti sekolah, tiket di kauter sentiasa habis. Tiket lagi dua minggu pun dah habis kena sapu....bukan oleh penumpang, disapu oleh ulat.

Yer, ulat-ulat yang bersepah di perhentian bas utama di Malaysia ni dah semacam raja di sana. Senang-senang dia naikkan harga tiket yang telah dibelinya sejak awal kepada pelanggan yang terdesak. Saya juga pernah menjadi salah seorang daripadanya...sebagai pembeli yer bukan ulat. Namun apa kan daya, kalu tak dibeli tiket dah habis...Nak naik ke Kl cari bas Butterworth di Puduraya, kat situ bukan ulat lagi dah, bapak naga yang menunggu. Bayangkanlah harga tiket ke KL-Butterworth sahaja dah mencecah RM50, kalah naik flight.

Ada juga member yang beri cadangan naik firefly, boleh terbang terus ke Penang....masalahnya jadual flight bukan nak ikut selera kita. Logistik ke airport juga terhad, parkingnya pula boleh tahan, sama dengan harga tiket bas sehala...parok gok kalau nak balik setiap minggu. Maka bas menjadi pengangkutan paling ideal bagi orang seperti saya, dan pemandu bas adalah penyelamat. Selamat semasa perjalanan dan selamat daripada menjadi mangsa ulat zaman moden.

Tak rugi saya berkenalan dengan abang-abang dreba ni, di saat genting ketiadaan tiket...saya sentiasa mendapat seat dreba (seat kecil bersebelahan tangga bas) biarpun tidaklah seselesa seat penumpang. Pernah sekali saya lihat seorang mamat Bangladesh terpaksa duduk di atas tangga kerana seat dreba dah penuh, saya tersenyum sendirian. Sebulan berlalu, giliran saya pula menggantikan seat VIP tu...heheh pada muka saya duk rajin senyum kat orang sangat. Sebenarnya pemandu bas tidak memberi seat VIP ini sembarangan, namun kerana kesian pada penumpang...terpaksalah membantu. Saya lebih suka mendapatkan seat dreba (atau seat VIP) daripada melayan ulat durjana yang mencekik darah. Kerana sikap kita yang memberi muka kepada mereka, ulat-ulat moden dalam (bangunan) batu ini hidup mewah.

Pesan saya kepada pembaca semua, pastikan anda membeli tiket lebih awal sebelum ingin menggunakan bas ekspress. Jika tiket dah habis dan anda (berseorangan) benar-benar perlu bermusafir....jumpa sahaja dengan pemandu bas. Mereka mungkin boleh membantu untuk memberikan seat dreba dengan harga yang berpatutan. Jangan layan si ulat atau bapak naga yang berkeliaran, dah banyak sangat mangsa yang mereka telannnnn...sekian wassalam.

Thursday, June 12, 2008

Siri Motivasi Minyak Naik @ Naik Minyak

(Gambar dipetik daripada blog Hembusan)


Setelah harga minyak naik sejak seminggu lepas, rakyat dah mula naik minyak. Saya yang baru 2 bulan sertai Petronas pun turut terasa bahangnya..hehehe, siap kena bancuh lagi oleh seorang pakcik hari tu. Habis diungkitnya, daripada hal Malaysian Philharmonic Orchestra hinggalah kepada soalan yang tak terjangkau oleh minda. Dek kerana terlalu marah, ada yang dah terhilang arah, emmmm terpulanglah. Jangan sampai mengamuk kat station petrol dah la yer....Bangladesh tukang pam minyak tu tak salah apa-apa pun tau.

Kata saya di dalam hati kepada pakcik tadi "Sendri yang salah pangkah, orang lain pulak nak dipangkah aparaaaa....."

Wednesday, June 11, 2008

Iklan Sekejap - RFC lawan KFC



Salam semua...
Posting hari ini bukan sekadar nak iklankan produk, malah menjadi tuntutan fardhu kifayah bagi saya dan umat Islam lainnya juga untuk turut sama mengiklankannya. Produk RFC singkatan kepada Radix Fried Chicken ini dikeluarkan oleh syarikat jualan langsung HPA, milik sifu saya Tn Hj Ismail Ahmad. Saya bukanlah fanatik kepada jualan langsung namun, HPA bukan calang-calang syarikat. Semua pekerjanya di kilang ubatan herba diwajibkan berwudhuk malah dimestikan juga solat dhuha ketika bertugas....

Pengalaman saya berguru dengan Hj Ismail dalam bidang perubatan herba juga meyakinkan saya, beliau bukan sekadar nak lariskan jualan. HPA adalah syarikat jualan langsung yang bercita-cita tinggi untuk melaksanankan tuntutan fardhu kifayah umat Islam kini. Produk terbarunya RFC muncul diikuti dengan pembukaan restoran RFC di Sungai Petani Kedah ini tepat pada masanya. Bukan sahaja makanan terjamin halal yang dihidangkan, malah harga makanannya juga lebih murah daripada berbelanja di restoran makanan segera lain.


Saya sungguh berbangga dengan pembukaan restoran ini, dan tak sabar pula rasanya nak singgah buat pertama kalinya pada hujung minggu ini Insya Allah. Kepada semua pembaca yang berkesempatan silalah berkunjung ke restoran serba canggih yang terletak di Lagenda Height Sungai Petani ini. Dan kalau tak berkesempatan sekalipun, tolong sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan. HPA turut sedia menyediakan francais kepada mereka yang berminat, datang jangan tak datang.....3X
Mai secaewannnnnnn....

Sunday, June 1, 2008

Kisah Antara Dua Darjat


Salam semua..

Ketika saya masih bersekolah rendah, saya tidak pernah gagal mendapatkan bantuan buku teks kerana pendapatan arwah ayah yang sekadar RM300 sebulan. Saya rasa rata-rata keluarga lain juga pendapatannya tidak jauh berbeza dan hidup bersederhana. Sekarang, keadaannya sungguh berbeza, mereka yang dipaparkan dalam rancangan Bersamamu tersangat dhaif..bukan lagi sederhana. Darjat kehidupan manusia akhir zaman ini terlalu luas jurangnya...sukar nak rapatkan dengan neraca akal.

Izinkan saya berkongsi satu kisah yang terjadi di zaman Rasul s.a.w, mengenai dua sahabat yang berbeza darjatnya. Ketika baginda sedang menyampaikan suatu kuliah di dalam masjid, masuk seorang sahabat miskin dengan berpakaian comot dan terus duduk di sebelah seorang kaya. Sang bangsawan terus bangun dan mencari tempat duduk lain berjauhan daripada si fakir.

Maka baginda Nabi s.a.w terus menegur si bangsawan, "Kenapa kamu bangun wahai saudaraku? Adakah kamu takut, bau busuk si miskin ini melekat pada pakaianmu? Atau kamu takut miskinnya akan berpindah kepada mu? Atau kamu takut kayamu akan berpindah kepadanya?....Terkedu sementara si bangsawan itu lantas memohon maaf kepada Nabi s.a.w. Malah beliau juga memohon maaf kepada sahabat yang miskin tadi dan menawarkan separuh hartanya kepada sahabatnya yang miskin itu. "Terima kasih atas pelawaanmu, namun aku menolak pelawaanmu kerana aku takut, penyakitmu akan berpindah kepada ku", balas si miskin dengan tenang.

Moral dari kisah ini....jangan lupa daratan, malah lautan sekalipun. Jangan lupa bahawa kaya atau miskin tidak kekal selamanya. Kepada semua pembaca abu-alfateh, harapnya kenaikan harga minyak dan harga barangan lain tidak akan memiskinkan kita semua. Manusia hanya akan miskin bila hatinya miskin, miskin daripada rahmat Allah. Bila hati manusia itu kaya, kesusahan dunia tidak menjejaskan darjatnya seperti kisah sahabat di atas. Kaya hati akan merapatkan segala jurang yang wujud antara manusia. Kaya hati juga akan menyebabkan yang kaya tidak kedekut menolong yang susah dan yang susah tidak lokek mendokan kesejahteraan yang kaya. Jika anda bertanya bagaimana caranya untuk kaya hati? Emmmmm, carilah sendiri jawapanya yer...jangan cari di buku atau perpustakaan dah ler.