Tuesday, September 28, 2010

Jadi Ketua atau Ketuat?

Salam Syawal,

Hari ini emosi saya agak terganggu dek kerana ada keputusan Sang Ketua yang membelakangkan keputusan mesyuarat. Saya naik angin, berangin dan mula memikir nak belasah orang yang akainya "sekupang tak cukup seringgit". Dah lama ayat tu tak digunakan, sejak saya meninggalkan Pulau Mutiara.

Biarpun isunya kecil sahaja, tetapi memandangkan hal ini melibatkan integriti dan kepercayaan orang ramai, saya mengamuk. Saya menyampah dan menyumpah seharian. Geramnya kerana ada manusia yang beriya-iya panggil mesyuarat, cakap berlipat-lipat, akhirnya lain pulak yang dibuat. Ini ketua ka ketuat?

Jadi ketua kalanya mudah, cakap saja kerja dah sudah, orang lain yang bersusah-payah, penat lelah langsung tak endah, janji bonus bertambah-tambah...Nasiblah kamu wahai si kuli, cakap benar pun tak dipeduli, sepak terajang mainan rasmi, muka tebal asyik diperli, korbou pon mampuih kalu macam nie...

Cukuplah sikit saya bermadah, nak cakap lebih nanti disanggah, pemimpin ikhlas menjalankan amanah, pemimpin culas buleh paedahhh! Wassalam


Tuesday, September 21, 2010

DAP buat hal lagi! Hina Islam di bulan Syawal...

Salam Syawal....


Kata orang tua-tua,"berkokok berderai-derai tapi ekor penuh najis". Kalu tak paham apa yang saya leterkan, silalah tontoh klip video di bawah. Bedebah punya pemimpin...Saya yang mulanya nak marah, dah jadi sedih pula...Kepada peminat kaum pemimpin jenis otak 'cap ayam' macam nie, tolonglahhhhhhhh...Lu pikirlah sendiri. Sekian wassalam.



Saturday, September 11, 2010

Kertas punya pasyalll...


Salam Aidilfitri, buat semua pengunjung budiman...

Berseronok sukalah adik kakak di hari mulia ini mengira fulus yang diterima. Makcik-pakcik pastinya tersenyum suka membuka sampul pemberian anak menantu, sampailah ke cucu. Namun semua itu hanyalah kertas, dikoyak terputus dibakar hangus. Sanggupkah kita melihat nilai kertas ini jatuh bedebuk seperti tompok-tompok tahi unta? Negara Zimbabwe telah merasainya...Nak beli telur pun kena bayar sampai 100 Billion, korbau pun mampuih! (klik di sini)

Bermula Syawal ini, saya telah berazam untuk meyimpan emas. Bukannya emas maya seperti ramai yang telah 'terkena', saya akan menyimpan emas fizikal. Tak kiralah yang namanya dinar emas, jongkong emas, duit emas janji bukan emas Zhulian, Insya Allah saya akan simpan. (Malah akan menjualnya sekali Insya Allah).

Kepada rakan pembaca, carilah ilmu berkenaan simpanan emas dan perak, akan memanfaatkan anda. Sebagai permulaan saya syorkan anda melawat laman berikut emaskini.com. Sekian dahulu untuk kali ini bagi posting berkisar Simpanan Emas ini...wassalam.

Tuesday, September 7, 2010

Sebak sendirian di dalam hutan...




Salam Lailatul Qadar...

Kisah di hutan Grik yang terhenti seketika minggu lepas adalah satu hutang yang cukup liat untuk dibayar. Masakan tidak, puas saya cuba mengingat kembali beberapa kisah penting yang dirasakan perlu untuk dikongsi bersama namun CPU lama berkarat ni dah tak sebaik dahulu. Bukan kisahnya sahaja yang dah terpadam dari memori, nama rakan skot pon turut sama ter'delete'...Apa la nak jadi, mesti pasai makan maggi!

Dipendekkan cerita, kami sampai juga tapak markas setelah meredah beberapa halangan dan rintangan (termasuklah seorang rakan skot yang tercedera dikepala setelah tergelincir dan kepalanya tersadung M16 rakan). Setelah mendapat taklimat dari IC, kami semua membuat persiapan kubu masing-masing dan persiapan markas termasuklah menghantar anggota ke 'sentry'. Saya agak bernasib baik kerana ditugaskan untuk memulakan sentry ketika yang lain sibuk membuat persipan markas yang jauh lebih meletihkan badan yang dah sedia letih.

Biarpun tugas di 'sentry' antara tidur dan jaga, saya masih sempat memikirkan betapa mulianya tugas askar sebenar yang menjaga perbatasan negara. Mereka ini keluar masuk ke hutan berbulan-bulan lamanya. Meninggalkan kesedapan dunia, anak isteri dan keluarga...Saya dan rakan skot yang baru seminggu di 'tepian' hutan pon dah mula terasa separuh gila. Saya mula memikirkan kesedapan berada di dunia luar yang penuh kesenangan dan kesedapan. Terbayang di fikiran saya betapa sedapnya koeyteow kerang Iman yang menjadi favourite saya di Alor Setar, murtabak mamak di Pulau Mutiara dan pelbagai menu yang mustahil didapati di saat kami berada di dalam hutan rimba.

"Sedapnya kalau dapat lena di asrama", bisik hati saya sambil air mata jatuh berderai tanpa dipaksa. Saya sedih mengenangkan pengorbanan para tentera yang bertugas demi negara yang tercinta. Saya sedih mengenangkan betapa sukarnya kehidupan seorang insan bergelar tentera. Saya sedih mengenangkan nasib anak dan keluarga yang mereka tinggalkan tanpa berita. Saya sedih mengenangkan gaji seorang tentera yang tak seberapa. "Muga Allah mengurniakan mereka ini yang bertugas dengan ikhlas, rahmat dan pahala yang berlipat kali ganda" ameeeen...

(Nantikan kisah benar cabaran kami mengharungi sungai di malam hari)