Tuesday, August 31, 2010

Penyalahgunaan Surau di "Malawi" : Penghinaan Buat Umat Melayuuuui

Salam Merdeka!

Sempena 53 tahun kita menerima rahmat kemerdekaan, marilah kita sama-sama berdoa agar negara ter'chenta' ini sentiasa mendapat pemeliharaan Allah SWT jua. Masakan tidaknya, perkembangan semasa menunjukkan sesetengah pemimpin rakyat dan akhbar utama sudah semakin 'stess' malah sudah berhalusinasi. Bila ada wakil rakyat bukan Islam mendekati surau, mereka meracau dan meroyan mengalahkan orang kena santau. Hinggakan majlis sumbangan bantuan dikatakan tazkirah Ramadhan. Bila ada jemaah mendoakan agar diberikan hidayah kepada orang bukan Islam, mereka hampir 'koma' termasuklah sebilangan orang yang kununnya pandai agama.

Adakah Islam hanya untuk bangsa Melayu? Adakah rumah Allah didirikan hanya untuk beribadat dan majlis akad nikah...Anda jawablah sendiri tetapi janganlah sampai nak merujuk pada si Mufti...Sebab ada orang yang lebih bersentimen daripada mengikut 'firman', lebih berpolitik daripada bersangka baik, lebih 'cap ayam' daripada 'bapak ayam'. kalu anda marah dengan tulisan saya, anda patut marah dengan video klip dibawah; penyalahgunaan surau yang berlaku di "Malawi"...Wallau A'lam & Wassalam. (Maaf kerana mutu video yang rendah dan lakonan 'cap cipan')

Saturday, August 28, 2010

Friday, August 27, 2010

Melabur di dalam hutan...


Salam Ramadhan...

Sejak menjadi peminat Facebook, minat saya untuk mengarang mulai luntur bagaikan kain yang direndam 'klorox'. Mungkin kerana komen di Facebook agak cepat berbalas berbanding di blog membuatkan jiwa manusia lebih kuat tertarik pada laman ini. Ada yang bercerai berai kerananya malah ada yang terjumpa jodoh di sana. Biarpun begitu, bagi saya Facebook samalah seperti TV, ada baik dan buruknya. Terpulang kepada siapa anda dan sejauh mana nak dimanfaatkannya.

Sejak dua menjak ini, saya kembali mengingat memori lama. Antara yang kembali ke ingatan adalah pengalaman berkelana di dalam di hutan yang beratapkan dedaun dan berlantaikan tanah. Tambahan pula minggu lepas, saya mendapat inspirasi seorang teman lama di USM yang sama-sama bergelar 'askar pencen' sekarang. Biarpun di dalam ROTU beliau lebih senior dari saya, umurnya sebaya dan kami sama mendaftar ke USM dari negeri yang sama. Beliau memotivasikan saya kembali ke pentas blog untuk berkongsi cerita.

Kisah budak ROTU di hutan sebenarnya lebih perit dirasa dari dicerita. Namun apabila kami semua keluar sahaja dari hutan, semua kisah perit dan bahana belasahan pegawai menjadi tanda 'kehebatan' bagi si Pencerita. Bahkan ada juga yang menjadi bahan lawak jenaka setelah mengenang kembali saat-saat getir yang dilalui, termasuk sesetengah adegan ngeri yang boleh mencabut nyawa...

Dalam semua peristiwa semasa di ROTU, yang paling terkesan di hati saya adalah semasa khemah tahunan ke-2. Kami dikerahkan ke hutan Grik (kalu tak silap saya) dan dipecahkan kepada 3 Kompeni dengan kawasan pertahanan masing-masing. Kompeni saya agak malang kerana terpaksa bergerak jauh ke atas bukit sementara 2 kompeni lain sekadar di tepi sungai dan di kaki bukit sahaja. Sebelum bergerak lagi kami mendapat ujian pertama apabila hampir separuh skot saya telah cirit-birit angkara sayuran makan tengahari yang dijamah sehari sebelumnya. Saya bernasib baik tak terkena kerana saya kurang memakan sayur, tapi masih perlu membantu membawa barangan kengkawan yang sudah lembik akibat cirit.

Melihat nasib kengkawan sedemikian, kami cuma pasrah menanti perit berikutnya kerana tempat tujuan masih lagi rahsia dan belum diketahui keadaannya. Kami semua cuma mendaki mengikut langkah jurulatih yang terkenal dengan mulut 'capoi'nya, Staff Salleh. Biarpun kami dalam keadaan perit, Staff sempat lagi membaling bom mortar secara tiba-tiba menandakan kami telah diserang. "Adoihhh, belum masuk hutan dah kena!", saya merungut sendirian. Namun semua kami sudah dilatih dengan prosidur TSM (tindakan serta merta) semasa diserang. Setelah selesai bertahan dan keadaan terkawal, kami pun membuat 'grouping' bersama-sama ketua kompeni. Didapati dua orang anggota telah hilang, termasuklah 'buddy' saya Pok Ya yang berasal dari Kelantan. "Mampuih dah aku", bisik hati saya, memikirkan balasan yang bakal diterima dari staff. Namun belum pun sempat saya dibelasah, Pok ya muncul dari dalam semak dengan muka yang masih pucat dan melapor diri. "Saya pergi melabor staff", jerit Pok Ya sambil sedikit tersenyum. "Mana lagi sekor (seorang)?" balas Staff Salleh. "Dia ada duit banyak staff, belum habis lagi melabor", kata Pok Ya dengan senyuman yang makin melebar. Melihatkan Staff Salleh tersenyum lebar, hati saya kembali lega..."habis dah satu bala".

Kami semua diminta berehat di situ dan Staff Salleh hilang entah ke mana. Setelah kembali, dia membawa bekalan ubat untuk diberikan kepada skot yang 'tercirit' sebelum berjuang. Kami dimaklumkan akan kembali bergerak selepas makan tengahari kerana terlalu ramai skot yang masih keletihan akibat terlebih 'melabor'. Sebenarnya Staff Salleh memang terkenal dengan perangainya yang sedikit pelik. Ada masanya kami akan melihat dia berqiamullail di surau, solat bejemaah lima waktu solat malah turut mengikuti usrah bersama-sama mahasiswa lain. Namun, bila sahaja dipakainya uniform, waraknya hilang sepantas coklat chipsmore. Maki hamun beliau adalah yang ter'power' di kalangan semua jurulatih kami. Makiannya semakin menjadi-jadi jika skot wanita yang buat hal. Saya beranggapan Staff Salleh bertindak sedemikian kerana beliau tak begitu gemar wanita menyertai kadet ROTU. Syukurlah kerana kompeni kami hari itu tak disertai oleh kadet wanita, menandakan langit bakal cerah buat kami semua di dalam hutan nanti.

Setelah siap berehat dan menjamu selera, kami bersiap untuk bergerak ke destinasi yang masih dirahsiakan. Baru 20 minit bergerak, kami dikejutkan lagi oleh satu jeritan...kisahnya akan disambung selepas terawih nanti Insya Allah.


Tuesday, August 10, 2010

Sabar atau bersyukur, pilihan anda...


Salam semua

Jika anda diberi pilihan antara sabar atau syukur, yang mana satu agaknya pihihan anda ya? Selalu sahaja kita diminta bersabar atas dugaan yang menimpa, musibah yang terkena atau kesedihan yang tak terduga...Ayak skema dari kengkawan adalah, sabarlah. Namun sabar selalunya ada batasan, terlebih sabar boleh angin satu badan.

Ada orang yang mudah marah dan cepat reda, dia tak perlu dan tak sempat pun nak bersabar. Ada orang yang cepat sedih dan cepat reda, dia pun tak perlu bersabar. Ada orang yang lambat nak marah, cepat sedih dan lambat juga reda marah dan sedihnya....dia ni jenis selalunya suka bersabar. Manusia jenis ni juga jenis yang kekadang bila dah terlalu banyak bersabar akan meletup!

Cadangan saya kepada manusia jenis ini dan pembaca sekalian, berbanyaklah bersyukur. Sabar itu baik, namun bersyukur lebih mudah memberi ketenangan. Kita bersabar apabila telefon bimbit kita dicuri orang, tapi hati masih terbakar pada si pencuri. Jika kita bersyukur sebab hanya telefon bimbit sahaja yang hilang, nyawa tak hilang...hati pon tenang. Banyak contoh lain yang berlaku dalam hidup kita seharian boleh mendatangkan ketenangan jika kaedah ini diaplikasikan.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama bersyukur di atas segala ujian, cabaran, masalah, musibah, bala, bencana dan segala macam benda yang berkaitan dengannya. Selamat beramal! Wassalam.

Sunday, August 1, 2010

Keluarga Bahagia...kehendak siapa?




Salam semua...

Sejak 3 hari lepas, saya terlekat depan TV menonton program Tanyalah Ustaz jam 7.00 pagi. Hati mana yang tak sejuk jika dihidangkan santapan rohani daripada Ustaz Hanafi Abdul Malek yang cukup bersahaja tapi penuh isi. Dalam ramai-ramai ustaz yang berceramah kat TV sekarang, saya boleh bagi 10/10 pada Ust Hanafi. Mungkin pengalaman beliau sebagai Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia serta Pengarah Rumah Sahabat (SIDIM) banyak membantu dalam menghuraikan permasaalahan keluarga abad ini.

Beliau bukanlah pakar motivasi, bukan juga sarjana, bukan EXCO agama negeri, jauh sekali nak menagku tera. Namun bagi saya, terlau banyak mutiara yang beliau kongsikan sejak 3 hari lepas. Mungkin ada yang sedar atau buat-buat tak sedar, setiap kita mempunyai kelemahan tersendiri dalam membentuk keluarga. Bahkan, mungkin sahaja kita juga telah dilanggar ombak badai yang membuatkan keluarga huru hara.

Betapa tidaknya, anak sudah menendang ibu di muka, anak juga sudah pandai menetak si bapa, ayah pula sumbang dengan anak sendiri dan ibu pula enjoy tak sedar diri...Inilah realiti masyarakat kini, yang perlu kita hadapi. Ustaz Hanafi telah melaksanakan tanggungjawabnya bersama SIDIM, melayan karenah masyarakat yang tersesat. Sebab itu jualah beliau cukup mendalami permasaalahan keluarga yang dipandang enteng oleh sebahagian besar kita. Bila anak dah rosak, baru nak ternganga!

Saya tak berkesempatan nak catatkan segala celoteh Ustaz dalam posting yang ringkas ini. Sekadar nak ingatkan diri sendiri dan pembaca sekalian dengan satu pesanan ringkas daripada ustaz, "belajarlah cara sebenar untuk bekeluarga, berdoalah dan bersyukurlah sebanyak-banyaknya...Insya Allah, anda akan berjaya, ameen. Wassalam.