Dah sekian lama saya tak menulis di blog, malah untuk menjengah ke blog lain yang selalunya menjadi bacaan pun jearang sekali dibuat. Sejak setahun lepas, banyak peristiwa berlaku yang mengubah jadual hidup saya dan saya masih belajar mengatur masa. Terasa bagaikan tak cermat kita menghabiskan masa setiap hati...Paling sedih, dah sekian lama ia berlangsung sedemikian!
Tahun 2015 ini saya bercadang untuk mengoptimumkan masa. Nak konsisten mempelajari bahasa Arab bagi memahami Al Quran. Cita-cita saya untuk menjadikan tahun ini, tahun saya merawat hati dengan Al Quran. Saya tak mengalami penyakit hati secara fizikal, namun disudut rohani, banyak penyakit yang belum diubati. Riak, ujub, sombong, dengki, gopoh mungkin kedengaran biasa sahaja jika disebut dalam perbincangan harian. "Alah, biasa la orang Melayu, mesti kena PHD, penyakit hasad dengki", kata seorang sahabat saya sambil menghirup kopi Jantan.
Namun kebiasaan inilah yang ingin saya perbetulkan, setidak-tidaknya untuk saya amalkan... Namun, ubat penyakit riak tiada di hospital mahupun farmasi. Tiada siapa yang boleh mengaku dirinya pakar dalam mengubat penyakit hati ini. Pengakuan sebagai pakar itu dan ini pun boleh sahaja mejerumus kepada penyakit hati yang lain...Amat sukar untuk diubati penyakit ini kerana ia adalah bisikan syaitan, bukan ke telinga namun ke dada manusia. Syaitan tahu jika dibisiknya ke telinga, masuk telinga kanan, keluar balik pun dari telinga kanan! Sebab itu syaitan membisik ke hati manusia sepertimana yang dinukilkan pada surah ke 114 di dalam Al Quran,
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia" An Naas
Maka, sesiapa yang merasakan dia tiada penyakit hati ini berkemungkinan besar penyakitnya sangat parah! Ubatnya ada di dalam surah yang sama... Siapa yang cari, memerhati, mentadabbur, bertanya guru, pasti akan berjumpa Insya Allah.
Ya Allah, aku berlindung dengan mu, wahai Robb sekalian manusia. Wassalam